SAHABAT
Sahabat
Kutahu jiwamu tercalar luka
Sesak nafasmu bagai hilang hela
Namun kau gagahi jua
Menahan tangis yang kian menyucuk hujung mata
Hatimu kecewa
Sahabat
Ku cuba selami sakit hatimu
Angkara manusia yang ingin menjadi dewa
Mahu dipatuh dan diturut
Perintahnya perlu diikut
Gesanya kasar agar kau takut
Sahabat
Ku tahu kau sukar berdebat
Hujahmu tidak kuat
Katamu tidak padat
Sumpahmu tidak lekat
Sanggahmu tidak hebat
Ucapmu tersekat-sekat
Pada siapa dapat kau adu resahmu
Pada atasan yang tak menyebelahimu
Atau pada kawan yang tak mampu menolongmu...
Maafkan aku sahabat
Lukamu tidak mampu ku ubat
Kecewa dukamu tidak mampu ku rawat
Namu aku hanya mampu menemanimu
Untuk kita merintih dan menangis bersama
Agar lerai resah derita
Yang kian membalut tebal di jiwa
15 Ogos 2022
12.48 tghri