Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Saturday, August 20, 2011

Amalan 10 Terakhir Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://razzyy.com/images/MALAMLAILATULQADAR_6FC2/lailatulqadar.jpg

Malam 27 Likur
Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah
 
Boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan umat Islam Malaysia mengistimewakan malam 27 likur. Malam ini ditandai dengan lampu minyak atau pelita yang dinyalakan di sekeliling rumah. Penduduk bandar tidak ketinggalan, hanya sahaja mereka tidak menggunakan lampu minyak. Sebaliknya mereka menggunakan lampu elektrik yang dinyalakan di pagar atau halaman rumah.

Malam 27 likur sinonim dengan malam 27 Ramadhan. Ramai yang mempercayai bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam al-Qadar, atau lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Dalam risalah yang ringkas ini penulis akan cuba memperkenalkan Lailatul Qadar kepada para pembaca sekalian berdasarkan keterangan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.
 

Keistimewaan Lailatul Qadar

Keistimewaan Lailatul Qadar jelas terserlah apabila Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan sebuah surah yang khusus untuknya di dalam al-Qur’an. Surah tersebut dinamakan surah al-Qadar dan ia berbunyi:

 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar?
Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril
dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya
pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[al-Qadar 97:1-5]
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Dia menurunkan al-Qur’an al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Dalam 365 hari, Allah telah memilih satu hari untuk menurunkan buku panduan kepada manusia, iaitu pada Lailatul Qadar. Lailatul Qadar ini letaknya adalah di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain:
 
Pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185]

Keistimewaan seterusnya bagi Lailatul Qadar adalah ia lebih baik daripada seribu bulan. Jika dihitung, seribu bulan bersamaan dengan kehidupan selama 83 tahun dan 4 bulan. Ertinya satu malam ini lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ini adalah satu keistimewaan yang tiada tandingannya. 

Keistimewaan ketiga bagi Lailatul Qadar adalah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun membawa ketetapan bagi segala urusan dalam kehidupan ini. Hal ini dijelaskan lagi dalam ayat yang lain:
 
Haa, Miim. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang berkat;
(Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.
(Kami menurunkan Al-Quran pada malam tersebut kerana) pada malam yang berkat itu,
dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.
Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami. [al-Dukhan 44:1-5]

Bilakah malam Lailatul Qadar?
Gandingan antara surah al-Qadar dan ayat 185 surah al-Baqarah, kita dapat mengetahui bahawa Lailatul Qadar berlaku di dalam bulan Ramadhan. Hal ini kemudiannya dikhususkan lagi oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan menjelaskan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ
مِنْ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.

Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil
daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.


Jika seseorang itu tidak mampu mencarinya pada sepuluh malam yang terakhir, hendaklah dia berusaha sekurang-kurangnya untuk mencari pada tujuh malam yang terakhir sebagaimana pesan baginda:
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ
فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلاَ يُغْلَبَنَّ
عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي

Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar.
Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah (putus asa)
pada baki tujuh malam yang terakhir.
 
 
Adakah Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan?
Lailatul Qadar boleh berlaku pada 27 Ramadhan akan tetapi ia tidak semestinya berlaku pada 27 Ramadhan. Sememangnya merupakan pendapat yang masyhur di kalangan sebahagian umat Islam bahawa Lailatul Qadar jatuh pada 27 Ramadhan. Kemasyhuran ini diulas oleh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah:

Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalah malam 27 bulan Ramadhan. Ubay bin Ka‘ab pernah bersumpah akan hal ini kerana alamat-alamat yang dia lihat. Hal ini juga terkenal di kalangan jumhur kaum Muslimin sehinggakan malam itu (malam 27) diperingati dengan peringatan yang rasmi.

Sebenarnya tidak ada yang meyakinkan dalam hal ini. (Wujud) banyak pendapat yang memberikan ketentuan (kepada bilakah malam Lailatul Qadar). Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyebut sekurang-kurangnya 46 pendapat dalam hal ini. (Di antara pendapat-pendapat tersebut), sebahagiannya dapat dikembalikan kepada sebahagian yang lain. Yang paling kuat adalah ia berlaku pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ia berpindah-pindah (dari tahun ke tahun) sebagaimana yang dapat kita fahami daripada hadis-hadis yang membicarakan masalah ini.
 
Hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara tepat
Hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara tepat adalah sebagai motivasi kepada umat Islam untuk sentiasa berusaha menghidupkan kesemua sepuluh malam terakhir dengan ibadah dan doa. Seandainya Lailatul Qadar telah ditetapkan pada malam yang tertentu, nescaya umat Islam akan mengabaikan ibadah dan doa pada malam-malam yang lain. Sekali lagi, penjelasan Yusuf al-Qaradhawi menjadi tumpuan kita:

Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja. Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipatgandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah.

Hal ini sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan Nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan.
Beberapa alamat Lailatul Qadar 
Di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan tiga alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar:
  1. Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.
  2. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.
  3. Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik.
Tiga alamat di atas adalah benar. Akan tetapi seseorang itu hanya akan dapat mengetahui secara yakin Lailatul Qadar setelah berakhirnya bulan Ramadhan dengan menganalisa kesemua sepuluh malam terakhir berdasarkan alamat-alamat di atas. Ini kerana alamat-alamat di atas mungkin wujud secara berbeza-beza di antara malam yang berbeza-beza. Sebagai contoh, malam 21 mungkin memiliki alamat sinaran matahari yang tidak terik pada pagi harinya, malam 23 mungkin memiliki alamat suasana yang nyaman, malam 25 mungkin memiliki suasana yang lebih nyaman berbanding malam 23, malam 27 mungkin disinari dengan bulan yang terbit seperti potongan bekas simpanan air manakala malam 29 mungkin memiliki kesemua tiga alamat sekali gus.
Tujuan diterangkan alamat-alamat Lailatul Qadar bukanlah untuk menetapkan malam yang tertentu tetapi sebagai sumber motivasi untuk terus beramal dalam rangka mencari Lailatul Qadar.
Apa yang seharusnya dilakukan pada Lailatul Qadar?

Mulai sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, seseorang itu hendaklah memperbanyakkan solat malamnya. A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila memasuki sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan, beliau mengasingkan diri daripada para isterinya (tidak bersetubuh) dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamulail.
Di samping itu dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan bahawa dia pernah bertanya: 
“Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ
فَاعْفُ عَنِّي.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi untuk mengampun,
maka ampunilah aku.”

Demikian pengenalan yang dapat penulis berikan kepada para pembaca sekalian berkenaan Lailatul Qadar. Ringkasnya ia adalah satu malam teristimewa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada kita umat Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Lailatul Qadar berlaku pada salah satu daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Sengaja tidak ditentukan secara tepat Lailatul Qadar untuk memberi motivasi kepada umat Islam untuk sentiasa menghidupkan sepuluh malam yang terakhir tersebut dengan qiamulail dan doa, bukan dengan nyalaan lampu. Malam 27 Ramadhan bukanlah Lailatul Qadar akan tetapi ia adalah salah satu daripada sepuluh malam yang mungkin berlakunya Lailatul Qadar.
  
Raja Beloot : malam seribu bulan !!!

Friday, August 19, 2011

Petua Imam Syafie !!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://4.bp.blogspot.com/_7SDFlehEAPs/TQGKJVm3YbI/AAAAAAAABQM/Jzsx6bLS92o/s400/images%2B%25281%2529.jpg

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

http://arizonabrowns.com/uploads/healthy_food.jpg

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Raja Beloot : tarbiah di madrasah Ramadhan !!

Monday, August 15, 2011

Ntahaphapantah 36 ~ Duit Syiling Baru 2012 !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia

       Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.   
          Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
      Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. 
          Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran 1.

Reka Bentuk Duit Syiling

  • Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara. 
  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi Ikon
50 sen Sulur Kacang
20 sen Bunga Melur
10 sen Orang Asli Motif
5 sen Destar Siga

  • Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
          Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah. Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini. 

Lokasi Jualan

 

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Raja Beloot : menarik jugak design dia kan !!!

Thursday, August 4, 2011

Tamu Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://fc05.deviantart.net/fs48/f/2009/221/e/5/Ramadan_Wallpaper_by_AboArb.jpg


Dia mencipta dan Dia memilih. Dia bebas dengan kehendak dan mahuNya. DiciptaNya langit dan bumi, lalu dilayarkan lewat  samudera masa dalam 12 bulan yang berulang – ulang. DipilihNya 4 daripadanya, lalu dinobatkan kemuliaannya sebagai bulan – bulan yang haram (mulia). Itulah pilihanNya sedari alam tercipta di tangan dan mahuNya.

Ramadhan adalah daripada 12 tetapi bukan daripada 4 yang terpilih oleh mahuNya itu. Ia terpinggir dari arus kemuliaan tetapi ia tiada gusar! Ia menanti dalam sabar dan rindu. Ia merindu dalam cinta dan tasbih. Saatnya nabi agung terutus, saatnya umat agung terbangkit, ia akan menari dan bersuka ria dalam malam tiada terperi.

Di malamnya, satu daripada 30, dari lapis langit ketujuh tersaksilah pada sekelian alam kejadian janji agung yang terkota oleh al Rabbul Jalil. Turun berjejeranlah dan berbanjar – banjarlah para malaikat Allah didepani ‘al Ruuh’   beralunan lunak tasbih dan tahmid, memuji dan memuja pada meraikan dan merayakan turunnya sebuah janji agung daripada empunya semesta alam, Rabbul alamiin.


Malam itu al Quran turun. Turunlah dari kota Lauh Mahfuz, dari utuh Ummil Kitab, dari sisi arasyNya yang agung. Turunlah ke lapis terbawah daripada langit yang terhias oleh jutaan bintik – bintik bintang bercahaya berkerdipan bagai lampu – lampu neon di majlis perajaan.

Ia malam penuh berkat. Diberkati dan memberkati. Malam Lailatul Qadr. Malam setanding seribu bulan, sejangkau 80 tahun hayat insani. Berimanlah, beramallah di malam terkota janji ganjaran seribu bulan dalam iman dan amal! Bertempiklah, bertakbirlah, manikam janji yang tidak terperi..

Satu malam yang memberkati 30 malam disekelilingnya. Malam – malam Ramadhan yang penuh keberkatan. Dia bertandang kepada kita, tetapi kitalah tetamunya, bukan dia tetamu kita. Dia menjamu dan kita dijamu sepuas – puasnya.

Al Quran turun dari langit diiring Jibril ‘alaihissalam menuju insan teragung, Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam di gua Hira’, gua tauhid dan kebenaran. Bacalah wahai Muhammad, dengan nama Tuhanmu..

Kita di bumi. Al Quran di langit. Ramadhan menarik langit ke bawah dan menolak bumi ke atas. Ramadhan adalah medan masa kita dan al Quran berjabat. Berpeganglah pada tali al Quran sekuat – kuatnya agar kita tidak jatuh ke bumi, ke lembah palsu dan plastik! Atau, al Quran diangkat langit dek tiada yang mengendahinya.

Kallaa!  Tidak sesekali tidak! Inilah umat Muhammad. Tercipta untuk terpilih oleh mahu Empunya alam. Terpilih untuk menjadi pemegang amanah kalamNya yang suci dan yang agung hingga dunia digoncang  janji dan ajal tuannya. Selagi umat Muhammad, selagi itulah al Quran dibaca, ditadabbur dan dilunaskan dalam medan amal dan perjuangan. Dalam hidup dan kehidupan..
Allah, Allah, Allah.. Aku tersyahdu menghirup al QuranMu. Jadikan aku hambaMu. Kerana aku hambaMu.

Selamat berkunjung ke qaryah Ramadhan. Kampung masa yang kudus dan khusyu’ diterangi juntaian neon ayat – ayatNya yang memancar menerangi dunia yang kelam dan gelap.


Raja Beloot : Ramadhan yang amat indah...

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

“Sempena kedatangan Ramadhan yang lama dirindui ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan di atas segala kesilapan dan kesalahan, sepanjang umur saya… Semoga Allah menaungi hati-hati kita dengan kasih silaturrahim yang suci dan dikurnia maghfirah-Nya di atas segala kekhilafan.”
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan
“Ya Allah , jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

 

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Semoga Kita Dapat Menjalankannya Dengan Cemerlang.
Ikhlas Dari :

Raja Beloot
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com