Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Wednesday, October 6, 2010

Antara Dunia, Hidup Dan Mati

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Anjung Seri Istana Raja Beloot


gambar harimau
          
          Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

          Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

          Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya plak…

           Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuu .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOB6ACXiwSZzc0e-5AnUclJvb_SdP4MrE-nJzGyLFyTdCVAqnxSJhiHf5gjiK7x5COT2V5y0oNc0ATpx2tWx1fdLA4RAe4RxOpD0wO6VQD4ecymbKkdbgvmQzS8YcripGhWY_ZpsdIIvE/s1600/gambar_harimau_2.jpg

Kalau semua nak tahu ...

          Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.


           Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. .RENUNGKANLAH..same2 kita berubah ke arah yang lebih baik..

Raja Beloot : berpadalah mengejar dunia...

Monday, October 4, 2010

Ntahapahapantah - 5 ~ Kesedihan & Kegembiraan

Bismillahirrahmnairrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot


          Kata aku, kegembiraan dan kesedihan itu ibarat minyak dan air. Tak mungkin bersatu. Jika kamu sedang bersedih anda tidak mungkin gembira begitu juga kalau kamu gembira adakah di waktu itu kamu bersedih. Kegembiraan dan kesedihan adalah sinonim dengan kehidupan. Sepanjang hayat seseorang itu dia akan terus-terusan merasai kegembiraan dan kesedihan. Ketika dia bergembira dia akan melupai  kesedihannya yang lalu. Di ketika dia bersedih pasti kegembiraan semalam lenyap dari ingatannya.Kegembiraan itu membuat kita yakin dalam kehidupan. Kesedihan itu membuat kita lemah dan mudah menyerah.

          Bagi aku, manusia itu jika dia gembira...akan ramai manusia lain di sisinya meraikan kegembiraannya. Waktu itu dia akan melupakan Tuhannya ! Jika dia bersedih...pasti di ketika itu dia akan berseorangan. Pada waktu itu dia kembali kepada Tuhan. Manusia yang gembira...dia akan mudah menerima kehidupannya. Manusia yang bersedih...sukar untuk dia menerima kenyataan kenapa hidupnya sesedih itu. Manusia yang sedang gembira...kekadang sukar untuk berterima kasih kepada yang memberinya kegembiraan. Manusia yang bersedih...selalunya menyalahkan orang lain terhadap kesedihan yang di alaminya termasuklah menyalahkan dirinya sendiri...

          Sebenarnya...kunci kegembiraan dan kesedihan itu sebenarnya terletak pada hati kita. Hati yang baik,tenang, kuat dan bersemangat akan pasti melahirkan kegembiraan di setiap perbuatannya. Hati yang kusut, lemah dan tidak bersemangat biasanya akan mudah menyerah kalah, mudah menangis dan suka menyendiri. Oleh itu, tenangkanlah hatimu kawan... Carilah insan atu teman yang boleh menggembirakanmu. Teman yang ihklas dan tidak akan mengambil kesempatan di atas kelemahan dirimu waktu kamu bersedih.  Juga ingatlah forman Allah, " Bahkan dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang !"...

          Jadi kepadamu ku berpesan, janganlah kamu bersedih lagi. Setiap kesedihan dan juga kegembiraan itu  sebenarnya adalah ujiandalam kehidupan kita bagi menguji sekuat mana ingatan, kesabaran dan keimanan kita kepada Allah s.w.t. Oklah, dah jadi macam kaunselor pulak aku...hahahaha NTAHAPAHAPANTAH !!!!

 

Tommy Page: A Shoulder to Cry On Lyrics

Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
You down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone 'cause I'll be there

All of the times

When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
A shoulder to cry on continued

To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Chorus:

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone
'cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone, you wont be alone
'cause I'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on

Raja Beloot : Hapuskan air matamu !

Saturday, October 2, 2010

Pesanan Ringkas...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita. 

 
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan. 


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 


Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. 


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. 

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya

Raja Beloot : beramallah untuk akhirat tapi jangan lupa rezekimu di dunia ! 
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com