Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Saturday, November 13, 2010

Ntahapahapantah 11 ~ Apa Lagi Nak di Kenang OOiiii !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Khazanah Seni Istana Raja Beloot


          Kenangan Oh Kenangan...manusia mana yang tak ada kenangan dalam hidup dia. Kalau manusia tak ada kenangan maka tak layaklah dia jadi manusia. ( Kalau tak jadi manusia nak jadi apa )....Sebab kalau nak jadi manusia wajiblah ada kenangan. Tak kiralah kenagan manis ke, pahit ke, masam ke, suam suam ke, saje nak buat kenangan ke tak kisahlah...asalkan ada kenangan !!!

          Tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita perlu ada kenangan. Mengapa Allah jadikan kita ni ingat je pada kenangan. Sampai tersengeh tergelak sorang-sorang...Mengapa tak hilang je terus sebab benda dah berlaku dan berlalu, tak mungkin akan kembali lagi...Betapa Allah itu memahami jiwa manusia yang dijadikanNya. Jiwa manusia suka membandingkan sesuatu dengan sesuatu. Dibandingkan hidup sekarang dengan hidup dalam kenangan dia, dibandingkan hal sekarang dengan hal dulu, dibandingkan suami sekarang dengan pakwe dulu, isteri sekarang dengan makwe dulu...dan keputusannya kehidupan dan segala bandingan dari zaman kenangannya itu adalah yang paling baik dan indah serta membahagiakan. Dirasakannya hidup realitinya sekarang tidak seronok, membosankan, bosan dan menyakitkan hati kerana dia telah dirasuk oleh hantu yang bernama KENANGAN!

          Sebenarnya kenangan diciptakan untuk kita muhasabah diri. Bagaimana keadaan kita dulu dengan keadaan kita sekarang. Kalau dulu kita jahat, sekarang kita ubahlah diri jadi baik. Kalau kita dah sememangnya baik, perbaikkanlah lagi diri kita. Dan kenangan kita itu boleh dijadikan rujukan dan panduan. Ada guna jugak kenangan ni yer...

Hahaha apa yang aku merapu ni...tapi anyway...TQ lah kerana sudi baca sampai sini. Hehehehe aku hadiahkan korang yang suka membaca ini dengan sebuah lagu dari XPDC - Apa Lagi Nak Di Kenang...hehehe jangan marah haaa !! Arrgghhh NTAHAPAHAPANTAH !!!


APA LAGI NAK DI KENANG

Di mana bumi di pijak
di situ langit dijunjung,
biar kaya budi dan adat
pasti kita kan disanjung,
hancur badan di kandung tanah,
budi baik dikenang juga
berkawan biar beribu
berkasih biarlah satu...pantun lama !

Masih segar diingatanku
pantunmu nyata palsu
bagai syair tanpa lagu
yang tinggal hanyalah pilu
tanam padi tumbuh lalang
musnahlah satu impian jodoh
tuhan tantukan jadikan pengajaran...oh kenangan !

Apa lagi nak dikenang biarkan hilang
datang dan pergi hilang berganti
belum pasti sampai bila
esok lusa
ingin aku lupakan semua oh  kenangan
kenangan silam bagai semangat yang hilang
sampai bila esok lusa
yang lepas usah di kenang oh kenangan
kenangan silam
selamat tinggal oh kenangan

Masih segar diingatanku
pantunmu nyata palsu
bagai syair tanpa lagu
yang tinggal hanyalah pilu
tanam padi tumbuh lalang
musnahlah satu impian jodoh
tuhan tantukan jadikan pengajaran...oh kenangan !

Raja Beloot : kenangan yang paling pahit adalah kenangan yang paling manis !!!????

Friday, November 12, 2010

Kisah sembahyang dan Nabi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Balairongseri Istana Raja Beloot

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgslabOEf6Q0yIn0ks5lPAGn9heGv92ffMchMW8d8T1Ul8komhaik4IOBkDIFQHtvJ0lrqAHq2f7eRJSPXNjy_1lVBKbUuBvJ-rIElVYrjWBOnsjvTXmyHQEY8WweLCcAFsBP8WivTerBwh/s1600/edited_2.jpg
          Salam dari beta. Menurut firasat beta, semua perkara yang Allah jadikan atau perintahkan kesemuanya adalah untuk kebaikan dan keperluan manusia itu sendiri. Tak kiralah samada kebaikan itu semasa manusia hidup di atas muka bumi yang fana ini ataupun selepas mereka mati nanti. Begitu juga dengan solat. Betapa Allah menjadikan solat itu sebagi sunnah para Rasul agar menjadi ikutan seluruh umat manusia dan juga sebagai tanda perhambaan paling tulus terhadap Allah s.w.t...

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig85MtL0gueiLxmzR-aK7j6Rdqa4DScM8ZU_AnwFCFWWfcNmaawtmH5haKrx8HSvv36mi2JFrFWWVSi_FzeL6beIHdwngaz7fT9TYWlvrjRRa7E-PcNwNac6cphXysVOLHlqOA7yWii4s/s640/solat-1.jpg

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Raja Beloot : sudahkah anda bersolat ?

Thursday, November 11, 2010

Qunut Nazilah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam dari Singgahsana Raja Beloot








PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


DOA QUNUT NAZILAH



Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

 Raja Beloot : jangan lupa solat...





Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com