Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
Kini kembali menyusuri sebuah hikayat yang telah hilang. Hilang di mata namun tetap sebati di jiwa. Kisah dulu bermula di negeri lembah beringin bernama Semolek Air tetap subur mengalir, menyisir seluruh belikat dan jantung sesiapa yang mampu berfikir. Hamba kembali bersimpuh di sini, menghayati sebait kata bak puisi meniti sepanjang hari berlari di anak mata lalu jatuh berlabuh di hati.
Semolek Air tiada seperti dulu lagi. Rajanya sudah berganti. Si Raja durjana sudah dibuang negeri. Fasha Saodah juga sudah diusir pergi. Namun Jajahan tidak juga sepi. Ahhh kacau juga....Kini warisnya yang entah dari mana memunculkan diri menuntut takhta mengaku diri berhak mengganti....Qisah di Kota Jajahan tak pernah lekang berulang menjadi tatapan dan santapan !!
KEPOMPONG DAN RERAMA
Kepompong itu
teguh melindungi puteri rerama
agar membesar jadi rerama yang canteQ
teman berteman selagi celiQ...
teman berteman selagi celiQ...
puteri rerama kini sudah canteQ
ingin terbang sendirian
kepompong terbiar usang....
puteri hinggap di dahan mawar
dihampiri kumbang durjana
puteri rerama terkesima
dek persona sang kumbang lawa...
Sang kumbang berpuisi
marilah bersamaku puteri
terbang ke sana ke mari
lupakan saja kepompong itu
kau bagai terkurung di situ
akan ku bawa kau melihat buana
kau pasti bahagia...
tersenyum puteri mengecap bahagia
sang arjuna bagai pembela
pisahkan kepompong dari rerama
ahh...persetan segala yang bakal melanda....
berpadu janji mereka berdua
terbang bebas melihat dunia
tiada mahu berpisah lagi
hingga puteri tidak sedari
masih ada tali mengikat diri....
Kepompong mendayu...
wahai puteri...jangan berulang kisah yang dulu
selesaikan satu persatu
kerana aQoo tahu
sang kumbang tidak seperti aQoo
aQoo pelindung tidak sesekali mengongkong
aku peduli...cemburu tidak sesekali
namun apa dayaQoo...itu pilihanmu...
tapi di setiap rembesan sayapmu
aQoo berseru...semoga kau bahagia selalu !!!
Raja Beloot : seloka hamba hanya sendaan !!!
No comments:
Post a Comment