Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah
pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad
s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah
satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara
ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai
penganut baru Islam.
- Teks bahasa Arab: لا إله إلا الله محمد رسول الله
- Transliterasi: Lā ilāha illaLlāhu Mu'ammadun rasūluLlāh.
Bermaksud :"Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah
pesuruh-Nya”
Pengucapan syahādah secara jujur, dalam Bahasa
Arab, di hadapan dua orang saksi Muslim, adalah cukup untuk seorang
menjadi seorang Islam menurut kebanyakan sekolah-sekolah tradisional.
Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.
Syarat Sah Syahadah
Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya
beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan
nyawa seperti orang Islam.
Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
- Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
- Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
- Mamahami makna kedua-duanya.
- Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
- Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
- Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
Hak Syahadah
Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib
bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan
kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan
menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain
Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan
bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka
yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang
perintah solat.
No comments:
Post a Comment