Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Sunday, September 25, 2011

Kurniaan

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum 
Salam Dari Raja Beloot



KURNIAAN

Walaupun bertahun mencari tiada ganti
Walaupun jalannya berliku-liku
Lupa dulu kisah yang pilu
Cuba hidup baru…
Lupa dulu kisah yang pilu
Cuba hidup baru…
Cuba hidup baru…

Apabila cinta memanggilmu ikutlah dia
Pabila sayapnya merangkum mu
Kau pasrahlah, menyerahlah
pergilah padanya…
Kau pasrahlah, menyerahlah
pergilah padanya…

Lara pilumu…
Tiada siapa yang peduli
Hanya keazaman tak terpadam…
Biarpun bagaikan bara
Kau tetap akan menggenggamnya
Lumrah dunia…
Ada kisah sedih
Ada kisah duka
Hanya ketabahan menempuhi…

Bridge:

Cinta adalah kurniaan Tuhan
Lara pilumu…
Tiada siapa yang peduli
Hanya keazaman tak terpadam…
Lumrah dunia…
Ada kisah sedih
Ada kisah duka
Hanya ketabahan menempuhi…

Raja Beloot : lupa dulu Qisah pilu...

Sunday, September 18, 2011

Ntahapahapantah 38~Kepompong & Rerama Part II

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum 
Salam Dari Raja Beloot 




HILANG

Tidak pernah ku rasa sesayu ini
Tidak pernah ku ratap sepilu ini
Kau hilang dari mata
Kau pergi dari hati
Biar ku belai ku jaga
Kau hilang jua....

Ku selam ke dalam diri
Cari apa salah ku...tiada ku temu
Airmata ini sekali mengalir
Di dalam hidupku..keranamu
Tiada pernah ku rasa sesunyi ini...

Tahu kah engkau
Erti setitis airmata
Mungkinkah perlu ku titiskan darah
Mengalir di pipiku 
Untuk kau mengerti
Aku kehilangan senyummu...

Raja Beloot : takkan melayu hilang di dunia !!!

Monday, September 12, 2011

Puasa 6 Syawal Sekali Dengan Qadha’

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifjxZ6KyFkPkNuvLoyuunk9IcX4AgBScreKI44oKJlsSxREDWbw5gQI0yYY1COL84u26ezuWTxBbHK9gOEFBu11MWaNFjXQ9xm55mOPwk8xDcrnCr7YrixNCvnn2_cU-8uQpltyHO9CIH6/s1600/puasa+enam.jpg


Di bulan Syawal terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.


Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.


Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)


Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.


Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.


Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.


Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.


Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.


Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.


Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.


Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.


Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.


Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.


Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’


Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.


Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.


Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.


Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.


Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.


“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih).”


Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.


Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.


Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.


Raja Beloot : Selamat beribadah...

Friday, September 9, 2011

Ntahapahapantah 37 ~ Hikayat Fasha Saodah : The Return !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

        

          Kini kembali menyusuri sebuah hikayat yang telah hilang. Hilang di mata namun tetap sebati di jiwa. Kisah dulu bermula di negeri lembah beringin bernama Semolek Air tetap subur mengalir, menyisir seluruh belikat dan jantung sesiapa yang mampu berfikir. Hamba kembali bersimpuh di sini, menghayati sebait kata bak puisi meniti sepanjang hari berlari di anak mata lalu jatuh berlabuh di hati. 

          Semolek Air tiada seperti dulu lagi. Rajanya sudah berganti. Si Raja durjana sudah dibuang negeri. Fasha Saodah juga sudah diusir pergi. Namun Jajahan tidak juga sepi.  Ahhh kacau juga....Kini warisnya yang entah dari mana memunculkan diri menuntut takhta mengaku diri berhak mengganti....Qisah di Kota Jajahan tak pernah lekang berulang menjadi tatapan dan santapan !!

      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkTqD_gzyuqfWW_QrQTvZssv_OwIg5R9O3pZQHWMz0qLsJNeYVKGOoWNv_jgzeLiot_xQdXXTno1inZkRvMdQFjmqcZTjIvDKsoASuIyQuexWuZHugSXhlyU4mpbGJC8R97aftDqF3B4g/s1600/bayangkan.jpg     

KEPOMPONG DAN RERAMA

Kepompong itu
teguh melindungi puteri rerama
agar membesar jadi rerama yang canteQ
teman berteman selagi celiQ...

puteri rerama kini sudah canteQ
ingin terbang sendirian
kepompong terbiar usang....

puteri hinggap di dahan mawar
dihampiri kumbang durjana
puteri rerama terkesima
dek persona sang kumbang lawa...

Sang kumbang berpuisi
marilah bersamaku puteri
terbang ke sana ke mari
lupakan saja kepompong itu
kau bagai terkurung di situ
akan ku bawa kau melihat buana
kau pasti bahagia...

tersenyum puteri mengecap bahagia
sang arjuna bagai pembela
pisahkan kepompong dari rerama
ahh...persetan segala yang bakal melanda....

berpadu janji mereka berdua
terbang bebas melihat dunia
tiada mahu berpisah lagi

hingga puteri tidak sedari
masih ada tali mengikat diri....

Kepompong mendayu...
wahai puteri...jangan berulang kisah yang dulu
selesaikan satu persatu
kerana aQoo tahu
sang kumbang tidak seperti aQoo
aQoo pelindung tidak sesekali mengongkong
aku peduli...cemburu tidak sesekali
namun apa dayaQoo...itu pilihanmu...
tapi di setiap rembesan sayapmu
aQoo berseru...semoga kau bahagia selalu !!!

Raja Beloot : seloka hamba hanya sendaan !!!         
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com