Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Monday, May 30, 2011

Haram & Halal Secret Recipe !!!


secretrecipe2

Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu... Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah! kata jer Malaysia ini negara islam? tapi persekitaran? kedai-kedai makan pun banyak yang was-was! Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk enzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah! 

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. 
Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’ Syarikat tersebut adalah: Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) link: Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.

8. TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE

BRAND: PURATOS 

-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 30/11/2011 



9. TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS

-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 30/11/2011 





Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM. 



(sumber:selatan online)







BACA INI PULAK...


SHAH ALAM – Secret Recipe menafikan khabar angin mengatakan produk keluaran syarikatnya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam dua bahan yang digunakan untuk ramuan kek keluaran mereka.

Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal berlaku hebahan dalam beberapa blog yang memberitahu kedua-dua bahan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.
“Kami amat kesal kejadian begini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula turut mendakwa bahan itu kini digunakan rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Sementara itu, laman web milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Zawani berkata, syarikatnya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.
“Kesemua bahan diambil di Belgium terlebih dahulu mendapat perakuan halal daripada Jakim. Malah, kita tidak ada kena mengena atau mengambil bahan ramuan dengan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.katanya (SH)

Raja Beloot : yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...diantara keduanya adalah syubhah !!!

Wednesday, May 25, 2011

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot




SeQuel terbaru Zombie Kampung Pisang dan  Hantu Kak Limah Balik Rumah karya Mamat Khalid. Tapi aQoo tak taulah bila akan ditayangkan. Rasanya tahun depan kot. aQoo belum contact si Mamat Khalid tu. Dia pun dah lama tak contact aQoo. Hahahaha...
Kat bawah ni aQoo bagi korang tengok gambar scene-scene dari filem tersebuta juga teaser trailernya. Mungkin dah boleh buat kita senyum...hehehe Layannnn !!!

Poster BaeQQQQ Punyer !!!


http://1.bp.blogspot.com/-YZHPLhs2qHM/TaLd8Y6ibXI/AAAAAAAAAEk/NMxb8roLk2M/s1600/usopmoto.jpg
Welcha Usop yang diupgrade jadi motor !!!

http://3.bp.blogspot.com/-jVqfkuJX_Rw/TaLd9yh2XpI/AAAAAAAAAEs/N1wJlljvL4U/s1600/199227_201249313229881_185178141503665_607408_6401809_n.jpg
Sabooorr jelahhh !!


http://2.bp.blogspot.com/-kHLmlblKJXE/TaLd_81ikNI/AAAAAAAAAE0/tAkeYCegS70/s1600/199639_198637666824379_185178141503665_591396_1037793_n.jpg
Warong Pak jabit dah ada astro & wi-fi !!!

http://4.bp.blogspot.com/-wgDt6psD90U/TaLeCaBrWlI/AAAAAAAAAFA/cnS4b9TYRnY/s1600/husin...jpg
Ape ke heyy...Husin main belon buih sabuuun !!



Raja Beloot : apakah akan jadi fenomena lagi ???

Sunday, May 22, 2011

Kerana Sebiji Tembikai

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://cikmin.com/wp-content/uploads/2010/03/Tembikai2.jpg

          Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.






          Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala
ketentuan-Nya."

          Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Raja Beloot : bersyukurlah dengan segala rezeki yang Allah kurniakan !!!

Wednesday, May 18, 2011

Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2009

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://2.bp.blogspot.com/_VMXpnHEKtps/SwDFvuG10vI/AAAAAAAAALQ/yeSRQQqwkX8/s1600/pesan+guru+nak+exam.jpg

Musim exam dah dekat. Di sini aQoo senaraikan link-link untuk soalan-soalan percubaan UPSR tahun 2009. Kalau boleh digunapakai. Downloadlah ia seadanya...semoga bermanfaat !!! Tapi kalau ada yang dah dead link sorry lah ek...

Muat Turun Koleksi Soalan Percubaan UPSR
A.) Bahasa Melayu
  1. Percubaan UPSR BM 2009 (Sarawak)
  2. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Johor)
  3. Percubaan UPSR Penulisan 2009 ( Johor
  4. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 ( Perak )
  5. Percubaan UPSR Penulisan 2009 (Negeri Sembilan)
  6. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Negeri Sembilan )
  7. Percubaan UPSR Penulisan 2009 (Pahang)
  8. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Pahang)
  9. Percubaan UPSR Penulisan 2009 (Melaka)  
  10. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Melaka)
  11. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Terangganu)
  12. Percubaan UPSR Penulisan 2009 (Terengganu)
  13. Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (Terangganu)
  14. OTI3 2009 Penulisan (Terengganu)
  15. OTI3 2009 Pemahaman ( Terengganu)
  16. OTI2 2009 Penulisan ( Terengganu)
  17. OTI2 2009 Pemahaman ( Terengganu)
  18. Koleksi Soalan Bahasa Melayu 2008
  19. Percubaan UPSR 2008 K1 ( Terengganu )
  20. Percubaan UPSR 2008 K2 ( Terengganu )

B.) Bahasa Inggeris

  1. Percubaan UPSR BI 2009 ( Sarawak )
  2. Percubaan UPSR BI 2009 P1 ( Johor )
  3. Percubaan UPSR BI 2009 P2 ( Johor )
  4. Percubaan UPSR BI 2009 P1 (Perak )
  5. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Perak )
  6. Percubaan UPSR BI 2009 P1 (Negeri Sembilan)
  7. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Negeri Sembilan)
  8. Percubaan UPSR BI 2009 P1 (Terengganu)
  9. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Terengganu)
  10. Percubaan UPSR BI 2009 P1 ( Sabah )
  11. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Sabah)
  12. Percubaan UPSR BI 2009 P1 (Melaka)
  13. Percubaan UPSR BI 2009 P2 (Melaka)
  14. Percubaan UPSR BI 2009 P1 ( Perak )
  15. Percubaan UPSR BI 2008 P1 ( Terengganu )
  16. Percubaan UPSR BI 2008 P2

C.) Matematik

  1. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Sarawak)
  2. Percubaan UPSR 2009 MT K2 ( Sarawak )
  3. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Perak)
  4. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Perak)
  5. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Negeri Sembilan)
  6. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Negeri Sembilan)
  7. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Johor)
  8. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Johor)
  9. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Pahang)
  10. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Pahang)
  11. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Kuala Lumpur)
  12. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Kuala Lumpur)
  13. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Sabah)
  14. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Sabah)
  15. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Melaka)
  16. Percubaan UPSR 2009 MT K2 ( Melaka )
  17. Percubaan UPSR 2009 MT K1 (Terengganu)
  18. Percubaan UPSR 2009 MT K2 (Terengganu)
  19. OTI 2 MT K1 2009 (Terengganu)
  20. Ujian Pengesanan MT 2009 (Terengganu)
  21. UPSR 2008 MT -dwibahasa
  22. UPSR 2005 MT K2
  23. UPSR 2006 K2
  24. UPSR 2007 K2
  25. Percubaan K1 MGB Selangor 2008 
  26. Percubaan K2 MGBSelangor 2008
  27. Percubaan K1 Perak 2008
  28. Percubaan K2 Perak 2008
  29. Percubaan K1 Terengganu 2008
  30. Percubaan K2 Terengganu 2008
  31. Himpunan Soalan Matematik Daerah Kulaijaya 2008 = Thn 1Thn 2 ,   Thn 3 ,   Thn 4 ,   Thn 5.

D. ) Sains

  1. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A ( Sarawak ) 
  2. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Sarawak )
  3. Percubaan UPSR 2009 Sains ( Johor )
  4. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Perak )
  5. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Perak )
  6. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Negeri Sembilan)
  7. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah B (Negeri Sembilan)
  8. Percubaan UPSR 2009 Sains Bah A (Pahang)
  9. Percubaan USR 2009 Sains Bah A (Kedah)
  10. Percubaan UPSR 2009 Sains (Sabah)
  11. Percubaan UPSR Sains 2009 Bah A (Melaka)
  12. Percubaan UPSR Sains 2009 Bah B (Melaka)
  13. Percubaan UPSR 2009 (Terengganu)
  14. OTI 2 2009 (Terengganu)
  15. Percubaan 2008 ( Terengganu )
  16. Tambah Nilai 2008 ( Terengganu )
  17. Percubaan 2008 ( Pahang )
  18. Percubaan 2008 -Bahagian A 
  19. Percubaan 2008- Bahagian B      


Raja Beloot : selamat menempuh peperiksaan !!!

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU KE 40 !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


          Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru samada yang telah lama jadi guru, yang baru nak jadi guru, yang sedang jadi guru atau yang dah pencen dari jadi guru juga untuk guru-guru aQoo di SK Seri Nilam Chabang Tiga, Kuala Terengganu (1979-1984), SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu (1985-1989), Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) (1990-1993) serta terkini semua pensyarah OUM yang pernah mengajar aQoo.


 http://2.bp.blogspot.com/_CF5jj5rpvbw/S_EDPdrFNEI/AAAAAAAAA2Y/FiOeL_tRcY8/s1600/Untitled.jpg
SEJARAH HARI GURU

          Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. 

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk  perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.


2.  Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan  taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif perana guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. 

Raja Beloot : terima kasih cikgooo !!!

Sunday, May 8, 2011

Perang Dah Tamat (Malique feat RABBANI)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


INTRO (SAMPLE: TUN DR. MAHATHIR)
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

CHORUS (RABBANI)
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.

VERSE 1 (MALIQUE)
Berita yang ditunggu kini sedang tersebar
seluruh umat manusia boleh tersenyum lebar
perang sudah tamat terpampang di dada akhbar
senjata dah dilucutkan malahan dibakar
jalan dah dibuka, bekalan dah dihantar
pengawal sempadan bersalaman dan bergambar
tiada lagi askar-askar luka main kejar- kejar,
kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar.
Bumi berhenti bergetar, tak perlu rasa gentar
tiang dah dipacakkan, bendera berkibar
yang sembunyi keluar, dah bersinar di luar
burung besi pulang yang sebenar legar- legar
langit koyak dah ditampal tiada halilintar
laut merah pudar, jala kembali ditebar
di desa bunga mekar, di bandar bangunan tegar
bunyi mercun, bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
apakah benar? Perang dah tamat.

CHORUS (RABBANI)
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.

VERSE 2 (MALIQUE)
Perang sudah tamat, kita jadi buta warna
lihat kulit manusia, semuanya sama saja
pembunuhan, permusuhan, semua syak wasangka
harus dihentikan berkuatkuasa serta merta
Piagam Madinah dihidup dan dijana
semua agama Ibrahim aman hidup bersama
perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
tak disebut, tak diguna, tak lagi dicari makna.
Perang sudah bubar, perang sudah bubar
ganti sebiji peluru dapat sebatang cigar
perang sudah bubar, perang sudah bubar,
ganti sebatang senapang dapat sebiji gitar
mereka kata tidak mungkin, aku balas benar
cuba tutup mata baca risalah diedar
perang sudah tamat, kunyanyi separa sedar
perang dah tamat, maaf bukan cerita sebenar.

CHORUS (RABBANI)
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.

VERSE 3 (MALIQUE)
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
bukan aku, bukan kamu, ajal Dia yang tentukan
ada Torah, Zabur, Injil, ada Quran
kalau Iqra’ tiada ibu-bayi mati berpelukan
ada I-Ching, ada Tipitaka, ada Veda
habis baca semua baru sedar kita tiada beza
kita manusia, lain nama dan fizikal
persamaan utamanya kita ada akal
biar haiwan saja bersifat territorial
ok, hypothetical - tiada peta politikal.
Saya orang aman, saya bukan orang jahat
saya benci perang, saya rela bersahabat
nyanyi lagu damai satu dunia ikut rapat
sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat.

CHORUS (RABBANI) X2
Alhamdulillah
kita selamat,
kabus dah hilang
perang dah tamat,
nyanyikan lagu
damai dalam lena,
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza.

OUTRO (SAMPLE: TUN DR. MAHATHIR)
War must therefore be made illegal.  

Download link :

Raja Beloot : tak payah lah nak perang-perang !!!

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://paksuu.com/wp-content/uploads/ibu002.bmp
         
          Esok 8 Mei 2011, seluruh dunia menyambut Hari Ibu. Sayu hati aQoo bila tengok promo kat tv pasal Hari Ibu. Bila buka radio pun ada juga sebut Hari Ibu. aQoo sayu kerana aQoo teringat kat arwah ibu. Sedang orang lain ghairah dan teruja menyambut dan mengucapkan Selamat Hari Ibu lalu memeluk dan mencium ibu mereka, pasti aQoo hanya mampu memerhati dan memandang sahaja. aQoo nak peluk siapa ? Ibu sudah tiada. Hadiah ini untk siapa ? Ibu sudah tiada. Tiada lagi tangan yang membelai dan mengusap kepalaQu. Tiada lagi tangann yang menyuap nasi ke mulutQu. Tiada lagi jelingan mata bila memarahiQu. Tiada lagi renungan sayu tatkala aQoo ingin kembali berkelana. Bahkan pada Hari Ibu pun aQoo tak mampu nak menziarahi pusaramu Bu. Namun mujur kau bekalkan aQoo dengan ilmu yang akan aQoo gunakan untuk memberi hadiah paling istimewa untukmu...Sesurah Al-Fatihah dan serantaian Surah yasin akan aQoo kirimkan sebagai penemanmu dia alam sanaaaa !!! Ibu, aQoo merinduimu....

http://2.bp.blogspot.com/_9ry62X9b4wg/TLF-JBLutmI/AAAAAAAAAKo/ChJ0zLumgxk/s1600/doa-untuk-ibu-bapa_1024.jpg

Antara Ibu Dan Kekasih


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu


Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu


Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu


Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku



Renungkan:


Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. 


Raja Beloot : ingatlah pengorbanan ibuuuuu...hargai mereka selagi ada !!!

Friday, May 6, 2011

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTdqmNlTr6H6zMgwG920uESuHsoprmJoNxycZCIBvdLIOgd253J

          aQoo mulai dengan sebuah nukilan rasa dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang aQoo petik dari blog beliau iaitu http://genta-rasa.com berjudul BERILAH KEMAAFAN ITU !


BERILAH KEMAAFAN ITU 

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri

Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
~Pahrol Mohd Juoi~

          Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??



Firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)












Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)
“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)
“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)
Firman Allah SWT:

“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)
         Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW. Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)
          Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)
“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Raja Beloot : memaafkan kesalahan orang lain dan meminta maaf di atas kesalahan sendiri adalah sebaik-baik penyelesaian

Tuesday, May 3, 2011

Hidup Ini Memang Payah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Sebuah lagoo yang bagi aQoo amat berkesan dihati buat renungan. Dengan lirik yang tidak sukar untuk difahami dan mudah pula menyentuh rasa. Hidup ini memang payah namun di sebalik kepayahan itu pasti ada kesenangannya... Fainna ma'al 'usri yusra !!!



Hidup Memang Payah - Yasin
 

Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanisan, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
ku terima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah

Bersama yang susah
adanya yang mudah
bersama yang susah
mudah

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran

Dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan


Raja Beloot : Inna ma'al 'usri yusra...

Monday, May 2, 2011

Ntahapahapantah 33 ~ Osama bin Laden Dah Mati ??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Tersebar di mana-mana perihal kematian Osama bin Laden yang sekian lama menjadi igaun Amerika...Video di bawah adalah berita di CBSnews yang mengandungi pengumuman rasmi yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Mr. Barack Obama.



Betapa gembiranya rakyat Amerika...


http://3.bp.blogspot.com/-XqO5DK1AmTc/Tb5uVDzuAVI/AAAAAAAADLo/9CJOkrIa0xo/s1600/Osama.JPG

Tapi benarkah Osama sudah meninggal ??? Cuba lihat video di bawah !!!




Kalian nilailah sendiri...

Raja Beloot : sudah berulang-ulang kali Osama di katakan mati...huhuhu

Hadiah Selepas Kematian !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari raja Beloot

Perggh...ringan beban kepala aQoo exam dah habis. Minggu depan collect modul pastu masuk sem baru...berasap balik kepala...hahahaha. Tapi apa pun hidup jalan terooooos !!!

 http://www.iluvislam.com/pic/zulhafidz/wallpaper/optimized-78789.jpg

Baca ini dan amalkan...!!!

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan ::: Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya. “Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami.”

2. Bersedekah ::: Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?” Beliau menjawab, “Ya, dapat.”

3. Berpuasa ::: Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,”Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ya’.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhn ya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.

4. Haji ::: Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, “seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ….tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran.”

5. Solat ::: Ad Daruquthni meriwayatkan, “Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu.”

6. Membaca al Quran ::: Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan ‘Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada….(nama almarhum dan almarhumah)

Sumber - http://ustazazhar.net/v01/ 


Raja Beloot : kirimkanlah walau satu ayat...







Layan Tiub Awak

Loading...
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com