Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Monday, October 18, 2010

Ntahapahapantah 6 ~ Aku Dan Sesuatu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Khazanah Istana Raja Beloot

          Maafkan aku. Kali ni tiada ungkapan bicara atau tutur bahasa yang ingin aku ungkapkan hanya helaian lakaran dari komik bersiri "Aku Dan Sesuatu" karya Aie @ Shaari bin Sulong yang menjadi simpanan peribadi untuk dikongsi . Antara karya yang menjadi masterpiece dia antaranya ialah cerita Abe, Blues Untuk Aku, Aku Hidup Dalam Blues, Aku Dan Sesuatu, BalQis Dan Sulaiman, Loveville dan jugak beberapa poster dan cover album antaranya album Naga Kramat (Wings), Remifasolatido (DefGab-C) serta banyak lagi karya-karya Aie yang tersebar luas di poskad, t-shirt banner dan sebagainya. Aku antara seorang peminat karya Aie. Asal ada je lukisan dia walau sekenit mana pun memang aku beli majalah atau komik tu. Tapi sekarang aku dah tak tahu mana Aie menghilang sekarang. Selalu jugak aku belek-belek komik-komik yang ada kat kedai tapi tak ada karya dia langsung hilang selera nak beli.. Sebenarnya banyak lagi yang terkumpul cuma tak larat nak scan dah. Cukup ah yang ni jadi tatapan bersama....Adios !

 
Gambar 1 - Watak ini bernama Hassan


Gambar 2 - Hussin dan Khadijah ( Hero & Heroin)


Gambar 3 - Ini dari sketch book Aie
 
 
Gambar 4 - Watak utama ADS - Hussin.

Sebenarnya aku dah lama tunggu keluaran terbaru komik ni sebab masih ada satu koleksi iaitu koleksi ke 5 yang menjadi penutup komik bersiri ini. Kepada sesiapa yang mengetahui di mana Aie, suruhlah dia baca blog aku dan siapkan Koleksi ke 5 tu...hehehehe NTAHAPAHAPANTAH !

Raja Beloot : seni itu indah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com