Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Monday, December 27, 2010

Ntahapahapantah 15 ~ aQoo Pun Anak Malaysia !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot  

http://1.bp.blogspot.com/_Hn2ecOv60LQ/TQjMj6Bg2xI/AAAAAAAAAJw/VoN43PPj15U/s1600/piala-aff1-550x366.jpg

          Alhamdulillah...menang jugak akhirnya. Best pulak tengok Malaysia main malam ni. Kalau begitu sokmo kan bagus. Taklah bosan sangat. Terasa jugak, walau AFF je rasa macam final Piala Dunia pulak...hehehe rasa jer. Keputusannya Malaysia ganyang (perkataan yang selalu orang Indon gunakan untuk Malaysia) 3 - 0 hasil jaringan Sapiee Sali (2 gol) dan Ashaari Shamsuddin. Bekalan selesa untuk final kedua di Gelora Bung Karno, Jakarta 29hb Disember ni. Tahniah dan terima kasih kepada anak buah Rajagobal kerana dapat buat aku sedikit bangga dengan dream team kali ni. Harap-harap dapat bertahan dan berjaya memikul pulang piala AFF ke Malaysia setelah 14 tahun mencuba. 

http://1.bp.blogspot.com/_IXjI_Rs2J68/TRFcM-iQe-I/AAAAAAAAKQ8/O5dnKmGAK4I/s1600/national+football+team.jpg
Malaysia Dream Team 2010

          Tahniah juga kepada semua penyokong Malaysia yang beramai-ramai memenuhi Stadium Bukit Jalil dan yang berkumpul di depan tv samada kecil atau besar. Tapi janganlah masa tengah naik dan menang ni ayik puji je...tapi bila merosot sikit dan kalah pulak kembali kena kutuk dan keji. Memang sokmo begitu. Aku rasa kali ni berilah mereka peluang (yang entah ke berapa kali dah...hehehe) membina jati diri dan mengharumkan nama Malaysia. Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !


Raja Beloot : kini aQoo bangga cakap pasal team Malaysia...heheh

Saturday, December 25, 2010

Nak Jadi Santa Claus ??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRyQWu_JlyMiuoTDHxF9iG-DpFV-ET0kKf9WS7fZWnJa2DnNPiOXA
    
        Aduyai...dah seminggu tak masuk istana. Tup tap tup tap dah raya. Tapi bukan raya kita...dia punya. Tapi nampaknya ramai jugak orang kita yang nak raya sama dia. Nak jadi atuk dia pun ada. Siapa ? Atuk Santa Claus la. Boleh ke ? Semalam terbaca dalam Berita Harian dengan Harian Metro ulasan dari Mufti Johor, Al-Fadhil Datuk Tahrir bin Shamsuddin. Bacalah dan ambil iktibar. Moga kita tidak beraya dengan hariraya bukan milik kita...hehehe !!!

Untuk sumber berita tu  klik di sini..
Kalau malas nak klik...baca je kat bawah...hahaha

JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.

Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu.
Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.


 Raja Beloot : kau bukan milik, milik aQoo...bukanlah milik uh...bukanlah milik milik aQoo - XPDC !

Saturday, December 18, 2010

IBRAHIM ADHAM : Dari Seorang Raja Menjadi Sufi Mulia

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

          Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

          Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

          Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

          Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.

“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.

“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.

“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.

“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.

“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.

“Sebelum ayahmu?”

“Datukku!”

“Sebelum dia?”

“Datuk kepada datuk-datukku!”

“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.

“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.

“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

          Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

          Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

          Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

          Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

          Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

          Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

          Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

          Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatu pun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.
“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

          Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

          Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

          Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

          Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

          Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

          Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

          Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Raja Beloot : semakin hari dunia semakin memelukku...

Tuesday, December 14, 2010

Senyum Sumbing...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://imagehost.ngobrolaja.com/images/cqs1220939676y.jpg

Ayat-ayat ketika baru bercinta...
Baca dari atas ke bawah.


Teruna   : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.
Dara       : Apakah kau rela kalau aku pergi ?

Teruna   : Tentu tidak ! Jangan sekali kau berfikiran begitu !
Dara      : Apakah kau mencintaiku ?

Teruna   : Tentu ! Selamanya akan tetap begitu.
Dara      : Apakah kau pernah berlaku curang ?

Teruna  : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu !
Dara      : Mahukah kau menciumku ?

Teruna   : Ya!
Dara      : Sayangku !

Selepas 15 tahun berkahwin.
Baca dari bawah ke atas....

Raja Beloot : apakah kau begitu...

Sumber : Mastika

Sunday, December 12, 2010

Cerita Romantis Di Suatu Petang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


Ceritanye bermula pada suatu petang yg indah
Waktu itu petang ..
Petang yg panas..
Petang yg poyo..
Petang yg tak ingat.. 
Petang yg petang la......... 

 
 
Pada suatu petang yang terang dan romantis .. Aku terlihat dari nun jauh seorang awek seperti bidadari, dengan seluar ketat pendek, baju pagoda .. PEWIT… membuat hatiku tergoda ..untuk lelaki pasti Tergoda untuk wanita mesti makan hati. Tak terusik tu



Aku tanpa membuang masa mengejar dengan pantas Aku tak mahu dia hilang dari pandanganku, lajuku melangkah, dan si dia menghampiri sebuah van .. apa kerja Agaknye wanita ini, tertanya aku



Akhirnya, sampai juga aku
Berbekalkan kamera telefon bimbit ku ..
menghampiri dia ..   cantik sungguh kulihat

Rambutnye yg hitam berkilat
tetapi sayang seribu kali sayang..
sangka ku kan ke mati rupanye 
    

 

  WHOAAA...
TIPAH TERTIPU TERTIPU TIPU TERTIPAH !!!!

Raja Beloot : jangan tertipu dengan perhiasan dunia...hehehe

Saturday, December 11, 2010

Mee Segera

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          Suapan kali ini aku isikan dengan kiriman email dari seorang kawan. Harap dapat memberi panduan kepada sesiapa yang suka sangat makan mee segera....

Subject:  mee segera
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.








   


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
 
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


Raja Beloot : cepat dimasak sedap dimakan !!!

Monday, December 6, 2010

Salam Ma'aL Hijrah 1432

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          Mulai Maghrib nanti maka akan bermulalah Tahun Baru Hijrah 1432. Selamat Tahun Baru di ucapkan kepada semua pembaca Blog Raja Beloot. Ampun dan maaf dipinta andainya sepanjang tahun yang akan berlalu terdapat salah dan silap yang terlaku secara sedar atau tidak. Di sini aku ingin berkogsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun yang sunat dibaca sbelum dan sesudah solat Maghrib setiap awal tahun Hijrah.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs596.ash2/154827_475300654756_277057849756_5442125_3673110_n.jpg

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1354.snc4/162645_475301169756_277057849756_5442136_3759220_n.jpg

Raja Beloot


Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A'lam

Sunday, December 5, 2010

Rahsia Solat 5 Waktu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Mahligai Raja Beloot


http://1.bp.blogspot.com/_gOGdpzjh8eU/TNkftX0s3SI/AAAAAAAAA3I/EgtLtlOT-oU/s1600/GAMBAR%2BSOLAT4.jpg

Ali bin Abi Talib r.a. berkata :

  • "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : 
  • "Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 

  • Lalu Rasullullah saw bersabda:  'Silakan bertanya.' 

  • Berkata orang Yahudi:  'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

  • "Sabda Rasullullah saw:
  •  
  • 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
  •  
  • Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. 
  •  
  • Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. 
  •  
  • Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. 
  •  
  • Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.' 
  •  
  •           Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

  • Rasullullah saw bersabda:
  •  
  • Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. 
  •  
  • Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
  •  
  • Sabda Rasullullah saw lagi:

  • Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' 
  •  
  • Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. 

  • Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.' 
  •  
  • Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
  •  
  • Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
  •                      a) Dibebaskan daripada api neraka.
  •                      b) Dibebaskan dari nifaq. 

  • "Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). 


Raja Beloot : solatlah kamu sebelum kamu di solatkan

Friday, December 3, 2010

Aku Hairan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot


http://blog.seniors-site.com/wp-content/uploads/2007/10/confused-face.jpg
AKU HAIRAN

  • Aku hairan melihat orang yang yakin akan mati tetapi dia tetap bergembira.
  • Aku hairan melihat orang yang yakin terhadap api neraka tetapi dia masih tertawa.
  • Aku hairan melihat orang yang yakin dengan qada' dan qadar Allah tetapi dia masih berpenat lelah.
  • Aku hairan melihat orang yang nampak kehinaan dunia tetapi dia tenang dan senang dengannya.
  • Aku hairan melihat orang yang yakin ada hisab tapi dia tidak beramal"

--ayat-ayat dalam suhuf musa-
(Riwayat Ibn Hibban dan Hakim)

http://3.bp.blogspot.com/_PWGeUBvl-gY/TJh8cQkL6LI/AAAAAAAABDE/iIGJkLY-T5o/s1600/terkejut2.jpg

Ayat-ayat aku...

  • Aku hairan melihat manusia khusyuk berfacebook tapi tidak khusyuk ketika solat.
  • Aku hairan melihat manusia gembira chatting berjam-jam tapi gelisah ketika 5 minit bersolat.
  • Aku hairan melihat manusia tahan berjam-jam melayari internet tapi tak tahan untuk berzikir walaupun 5 minit.
  • Aku hairan melihat manusia mampu membaca dan membalas komen di facebook & friendster berjam-jam sehari tapi tak mampu untuk menghabiskan satu juzuk Al-Qur'an pun sehari.
  • Aku hairan melihat manusia sanggup meredah hujan dan panas berjalan kaki pergi cyber cafe sebab nak berfacebook daripada berjalan kaki pergi ke masjid solat berjemaah.
  • Aku hairan, aku pun kadang-kadang terikut-ikut dengan manusia-manusia yang aku hairan melihat sikap mereka tersebut...Ouchhh !!!

ALLAHUAKBAR...SAMA-SAMA KITA BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK..
YA ALLAH AMPUNKAN DOSA2 KAMI..
BAIK DOSA BESAR..DOSA KECIL..
DOSA NYATA DAN DOSA TIDAK NYATA...
AMIN....

Raja Beloot : aku masih hairan...mengapa aku menjadi hairan !!

Thursday, December 2, 2010

Ntahapahapantah 14 ~ Namun Salji Berterusan Turun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Istana Raja Beloot

http://www.uasd.edu/winter.jpg
Teratak Bonda Diselaputi Salji

          Alhamdulillah...sampai juga ke kampung halamanku. Setelah menempuh perjalanan selama 8 jam, akhirnya kepulangan ku ke bumi Los Angeles (Losong je lerrss) di sambut dengan musim salji sepanjang jalan. Huhuhu sejuknya...di sana sini kelihatan lopak-lopak putih jernih salji bergelimpangan di permukaan bumi. Rasa ingin berhenti dan turun memijak-mijak lopak salji itu. Namun memikirkan perjalanan mesti diteruskan, hasrat itu tertangguh seketika. Namun salji masih berterusan turun...


http://byfiles.storage.live.com/y1pwb8u9CBAq3Wzx7wLsansUpq4WH-qxnU_QDnkJAUaMrYjP81dKo6S4PXHbYbRJj1fBuJ-Oavc0rs
Adikku sedang berbasikal di belakang rumah
          
          Setibanya di teratak bonda, malam tersenyum lebar melabuhkan permaidani hitam pekat menyua kepulanganku. Namun salji masih berterusan turun. Dingin menusuk tulang apabila titisan air perigi yang bercampur salji menjamah tubuhku kala aku menyucikan diri dari segala kekotoran yang terpalit sepanjang musafir seharian. Pergghhh !!! Terhidang nasi dagang yang sentiasa jadi pujaan di meja makan bersebelahan tingkap dapur yang sedikit terkuak. Aku melebarkan kuakan tingkap itu dan yang pasti salji masih berterusan turun...


http://www.blomblog.com/uploaded_images/snowman-738903.jpg
Membina Snowman di halaman rumah
          Seteguk demi seteguk kopi hitam pekat ku hirup. Terasa hangat dadaku seketika apabila kopi hangat itu menyentak paru-paru dan limpa hati yang tergantung di tenggorokku. Namun suasana kembali dingin kerana salji masih berterusan turun. Argghhh...payah pulak nak ku lelapkan mata ku ini walau badan amat terasa kepenatan. Biarpun udara dingin mengusik lembut kelopak mata namun tidak mampu ku lenakan hatiku yang amat teruja kerana salji masih lagi berterusan turun...

          Oiii...udahlah tu. Berangan...mana ada salji kat kampung kau tu...hujan ada la. Musim tengkujuh melanda. Tak pasal-pasal nanti kau hanyut dek banjir...Laaa...aku ingat aku kat Losongeles tadi !!! NTAHAPAHAPANTAH !!!!

Raja Beloot : bila la salji nak turun kat kampung aQoo...

Layan Tiub Awak

Loading...
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com