Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Tuesday, June 14, 2011

Antara Ego Lelaki Dan Emosi Wanita

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam dari Raja Beloot


Selalu terdengar :

          Seorang wanita selalu mengeluarkan kata kata prejudis tentang sikap lelaki , " orang lelaki ni selalu bersikap ego ". Seorang lelaki pula selalu memberi tanggapan satu lagi tentang wanita , " susahlah cakap dengan perempuan, selalu emosional ". Padahal keduanya merupakan sifat sifat yang secara fitrah diberikan oleh Allah SWT kerana pada kedua jenis mahkluQ ciptaanNya nya ada bidang tugas dan tanggungjawabnya masing masing.

          Kedua-dua mahkluQ ini mempunyai peranan besar sebagai agen memperbanyak bilangan umat manusia yang merupakan penghuni yang terbaik di muka bumi. Bagaimana kedua makhluQ ini diciptakan oleh Allah dengan dua sifat / tanggungjawab yang berbeza tetapi dapat dipersatukan untuk memainkan peranan besar dan penting di atas ? Sudah tentu Allah telah mempersiapkan syariat yang dapat menjadikan keduanya makhluQ tadi pasangan yang hebat dibanding semua ciptaanNya yang juga berpasang pasangan.

          Langkah penting yang harus dilakukan oleh kedua makhluQ lelaki dan wanita ini adalah berganding dalam rumahtangga yang diakuiNya dan taat menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang telah diperintahkanNya. Apabila seorang mukmin dan mukminah mempunyai kretaria di atas sudah tentu isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukan isu yang harus dipertikaikan . Ini disebabkan jika isu ini yang selalu diketengahkan maka kedua makhluQ ini akan selalu bersengketa dalam masa yang sama kedua makhluQ ini adalah ibarat magnet yang saling tarik menarik . Lebih jauh lagi adalah kita telah mengingkari qada dan qadar ciptaan Allah .


http://farm4.static.flickr.com/3020/2915602004_396e344dab_o.jpg

Lelaki dan Keegoannya

          Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahawa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil dengan memperlihatkan keegoannya .

          Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga selalu seorang wanita selalu terlepas pandang untuk dapat mempelajari sesuatu tentang kebijakan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki yang bergelar suami sehingga apabila ada perintah yang tidak atau kurang disenangi oleh si wanita tadi atau perintah yang menghalang wanita / isteri tadi memperoleh keinginannya maka sudah tentu ketaatan tadi menjadi beban dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

          Di lain pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan penciptaanNya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu pijakan untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau berlaku kasar apalagi menganiaya . Dalam hadis Nabi saw bersabda :
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya.
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya
http://lh3.ggpht.com/_Xq6PHItSHKo/TKOV-Py73ZI/AAAAAAAAAgc/ZhKFF-Pax8Y/image%5B7%5D.png

Wanita dan Emosinya
          Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan wujud tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fizikalnya sebagai seorang wanita ? Ini adalah sebuah ciptaan yang tidak dapat dimungkiri.

Dalam hadis Rasulullah saw bersabda :
Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik.

          Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk mengandung dan melahirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka pada wanita dilengkapkan dengan sifat sifat , penyayang dan pelindung . Sifat sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada sifat sifat sensitiviti terhadap ahlinya sehingga seorang wanita selalu lebih tampil dengan sifat sifat emosionalnya seolah olah wanita selalu tidak dikatakan tidak berpikiran rasional.

          Seorang wanita yang faham tentang hadis di atas sudah tentu reda dirinya diperhatikan dan dikendalikan oleh pasangannya agar hidupnya tidak terjerumus kepada hal hal yang memudaratkan.


http://yahadilah.files.wordpress.com/2010/08/40012_143471259015286_100000572383942_333776_4453049_a.jpg%3Fw%3D180%26h%3D269 
Lelaki sholeh dan Wanita sholehah
        
         Dalam rumahtangga yang harmoni sudah tentu kedua makhluQ yang dipasangkan tidak menjadikan sifat ego dan sifat emosional sebagai dua sifat yang ditolak ke belakang tetapi seharusnya menjadikan kedua sifat tersebut sebagai gabungan kerja untuk menjayakan kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai satu matlamat.

          Demikianlah juga dalam rumahtangga seorang mukmin, isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukanlah satu isu yang dapat menjadikan pasangan dalam sebuah rumahtangga untuk saling tuduh menuduh atau bercakaran satu sama lain. Ini disebabkan Allah SWT telah memberikan bimbingan hidup berumahtangga kepada hambaNya yang beriman . Dan Allah akan selalu memberikan inayah pertolonganNya kepada hamba yang selalu bertaqwa agar dapat mengharungi hidup kekal berpasangan .

Raja Beloot : semoga jadi pedoman dalam hidup !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com