Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Monday, March 28, 2011

Senyumlah di kala hati ingin menangis

Bismillahirrahmanirrahim
Asslamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          Dah beberapa hari tak mengadap laptop...maka tiadalah entry yang tercalit. Hari ni nak bagi sajak je lah. aQoo curi kat sini.
          Puisi ini benar-benar menyentuh hati…Ampunkan aku Ya Allah, kerana terkadang hati ini berburuk sangka padaMu…Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang…Ampunkan aku oh Tuhan ku…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTdmOhKYMuAdU7qlodDmvft-NuNfcSsBU5YER6mFpWypbpXJCmy9FGJ3NoLoe99Hdc9fvS6EzKG2guhbiX1XeVwx356wVdRxZKCu5z1mqwxBk0Sf3nu9K_aQVhlaRL1LcnA7xCjLZ5Lu8/s1600/jiwasukses-menangis.jpg

Senyumlah di kala hati ingin menangis

Adakalanya….
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke mana perginya mentari yang dinanti
Begitulah hidup…
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya….
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu…
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna…
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu…
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya
Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~
kerna
Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sirna kelamnya
‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala 
(dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya’
(Al-Baqarah:284)

“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al-Insyirah 5-6)
Raja Beloot : Inna ma'al 'Usri...yusra !!!

Tuesday, March 22, 2011

Ntahapahapantah 29 ~ Disiplin Rakyat Jepooon

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          aQoo nak share kekaguman aQoo kepada rakyat Jepoon dalam menghadapi bencana tsunami. Betapa kuat disiplin diorang dalam kehidupan sosial diorang. Walaupun menghadapi bencana alam yang meragut berpuluh-puluh ribu mangsa, namun adab dan budaya kesopanan tetap dikekalkan dalam kehidupan mereka. Baca dalam Utusan Malaysia 21 hb Mac atau klik kat sini ada kisah yang menarik tentang mereka...atau kalau kalian malas klik baca jelah kat bawah.

Rakyat Jepun kekal disiplin dalam bencana




MANGSA-mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun beratur dengan penuh sabar dan tertib di luar sebuah pasar raya untuk membeli barangan makanan di Sendai, Miyagi, semalam. - AFP


KAMAISHI 20 Mac - Insiden terpencil kegiatan mencuri oleh mangsa tsunami yang terdesak mula dilaporkan di Jepun, negara yang rakyatnya telah mendapat pujian meluas kerana disiplin mereka sekalipun menghadapi malapetaka bertimpa-timpa.
Negara lain melahirkan rasa kagum dan sedikit cemburu kerana kekacauan tidak berlaku berikutan gempa bumi kuat disusuli tsunami pada 11 Mac lalu yang menyebabkan hampir 20,000 orang terbunuh atau hilang.

          Berlainan dengan huru-hara dan keganasan yang menyusuli gempa bumi di Haiti pada tahun lepas atau Taufan Katrina di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada 2005, tindak balas rakyat Jepun terhadap bencana terburuk di negara ini sejak 1923 memperlihatkan kesabaran dan ketabahan sebuah masyarakat paling stabil di dunia. Meskipun kekurangan bekalan makanan dan air sangat meruncing di kawasan paling teruk dilanda bencana itu, mesin penjualan makanan pun tidak disentuh, malah kandungannya yang jelas kelihatan di sebalik penutupnya masih tidak diusik.

          Namun lebih seminggu selepas tsunami melanda kawasan pantai timur laut Jepun, polis berkata, beberapa insiden mencuri dan pecah masuk dilaporkan dari rumah dan kedai yang rosak teruk dan ditinggalkan.





Fenomena itu jarang berlaku di Jepun kerana polis di negara ini bertindak tegas ke atas jenayah kecil manakala penduduk mendapat ganjaran kerana memulangkan barang yang hilang atau dicuri.

          "Disebabkan kami begitu sibuk dengan operasi mencari dan menyelamat dan kemudahan kerja pembersihan, sukar untuk kami mengesan mereka yang mencuri," kata timbalan ketua polis di bandar pelabuhan Kamaishi, Hironori Kodashima di wilayah Iwate. Katanya, pihak polis baru mula menerima laporan mengenai jenayah itu dan melakukan penangkapan. "Kami memandang berat perkara ini dan mahu menghentikannya," kata Kodashima yang menyebut kes seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba memecahkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM).

          Beliau berpendapat penduduk mencuri kerana ketiadaan makanan dan wang tetapi mangsa bencana mendakwa, semakin ramai orang luar datang ke kawasan pantai timur laut untuk mengambil kesempatan daripada situasi tidak menentu dan kemusnahan yang berlaku. - AFP

p/s : Yang aQoo maksudkan ialah tidak berlaku rusuhan atau pergaduhan yang menyebabkan kerosakan harta benda. Kalaulah tsunami tu berlaku kat Malaysia ni, gamaknya hancur leburlah pasaraya tu. Kedai runcit ke, kedai kasut ke, kedai makan ke, rumah urut ke hatta ke jamban sekalipun mesti pecccah punya !!!! NTAHAPAHAPANTAH...

Raja Beloot : Budaya mencerminkan bangsa !!!

Sunday, March 20, 2011

Ntahapahapantah ~ 28 - Man Juara Raja Lawak Musim Ke 5

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwMMoDb_jXRkQyi8Rsv_krqUcVjbchnsjo24psLXah4xEl0wdofuaQz2Doj_nVRwn2LC6KhaII_8w7pF_80emli8ajCs7KpzNqQanKORGwOCrhJ5-UJ7rk2oooYUR9EGCuqlegqZYXBkQ/s1600/1112011_manrl5%2528a%2529.jpg

SHAH ALAM: Jenaka bersahaja dan meyakinkan membuatkan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman dipilih menjadi juara Raja Lawak musim kelima (RL5) dan membawa pulang wang tunai RM100,000, malam tadi. Tempat kedua menjadi milik R2 dan kumpulan Balas pula di kedudukan ketiga. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000. Ketiga-tiga pemenang juga mendapat hadiah barangan elektrik Arezzo, LG, Elba dan Pensonic serta trofi Raja Lawak sumbangan Astro.


R2 dianggotai pasangan adik-beradik, Rahim Mat Ali (Aim), 40, Ridhzuan Mat Ali (Lopez), 21 dan Balas dianggotai Mohammad Shukri Mohamed Sahar (Shuk) , 24 dan Fandi Muhammad (Fend).
Pertandingan akhir RL5, diadili juri tetap Afdlin Shauki, David Teo dan Saathiya. Bagaimanapun kemenangan ditentukan 100 peratus undian peminat. Pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam itu dihoskan Zizan dan Johan Raja Lawak dan dipancarkan secara langsung di Astro Prima.

Sesiapa yang takde Astro kat rumah, bolehlah menontonnya di sini !!!













Raja Beloot : aQoo hanya lah Raja Beloot...bukan Raja Lawak !!

Saturday, March 19, 2011

22 Tanda Qiamat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://i1223.photobucket.com/albums/dd516/murabbiy/Islam/kiamat.jpg

          Marilah kita sama-sama menghayati 22 tanda hampir berlakunya Qiamat. Apakah kita juga tergolong dalam golongan orang-orang yang menjadi tanda-tanda Qiamat itu...

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.


4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


Raja Beloot : Qiamat sudah dekat ?? 

Monday, March 14, 2011

Ntahapahapantah~27 - Akhirnya...Siap Juga !!!

Bismillahirrahmnairrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

         Alhamdulillah...akhirnya siap juga assignment aQoo. Nak pecah kepala, sampai naik bengkak mata mengadap laptop. Padan muka aQoo. Saper suruh buat kerja last minit. Ginilah jadinya. Pasni nak drive balik kampung plak. Larat ke tak larat nih. Apa-apa pun kejap lagi bantai tidor dalam sejam dua. Ok lah tu kot !!!

          Dah bersawang blog aQoo ni. Empat hari aQoo tak balik istana. Entah ada pelawat ke tidak. Cam sunyi sepi jer. Kalian semua ada baca tak blog aQoo ni ???

          Macamm takde orang baca je. Takpelah asalkan aQoo boleh layan dan syok sendiri pun so ok lah. Kepala dah ringan. Sebelum tido aQoo nak dodoikan diriQoo dengan lagu Spider ni jap....hahahaha NTAHAPHAPANTAH...Adioooosss !!!



Raja Beloot : siang malam kita jadi satoo kerana kau adalah miliQQoo !!!

Thursday, March 10, 2011

Ntahapahapantah ~ 26 - Faceblog ~ aQoo Dah Join !!

Edit


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Mengenali Cinta HaQeeQee !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Cinta Dari Raja Beloot

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiMo6TXc3v6gHC90Li8fGqUg6my1LfY7Ds-ga7lrzCTJqFEaB-CpMor1IDS90vO0ssOwhp0B54ierZBe9wKYzBK5mletLbXr9Bl2AKXgi6ClHXMbRMDRUM-4vwaI1s9YXrJNMHvvtfU0Pp/s1600/dunia+cinta+Allah.jpg

          Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong berarti cinta itu berkurang. Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

          Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t.” Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di dunia.” Bagaimanakah yang dikatakan hakikat cinta itu? Banyak mengingati pada yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang, maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t.: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” [Al-Anfaal:45]


http://lh6.ggpht.com/_wUNxt92Phwo/SKQRIuxr3pI/AAAAAAAAACE/gMBX6qKBS2M/s800/cinta-allah.jpg
          Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri. Dalam hal ini, orang yang mencintai itu ada tiga macam:

1. Orang yang mempunyai keinginan tertentu dari orang yang dicintainya.
2. Orang yang berkeinginan terhadap orang yang dicintainya.
3. Orang yang berkeinginan seperti keinginan orang yang dicintainya. Inilah yang merupakan tingkatan zuhud yang paling tinggi kerana dia mampu menghindari setiap keinginan yang bertentangan dengan orang yang dicintainya. Firman Allah s.w.t.: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [A’li Imran:31]

          Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Apakah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi KebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga orang ‘alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)” [Riwayat At-Tirmidzi]

           Ibnu Abbas berkata: Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tidak meredhai kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui kemungkaran itu, maka azab Allah akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya mahupun orang-orang yang baik. Umar Ibn Abdul Aziz berkata: Bahwa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat siksa. “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan berbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobohinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerena terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya”( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

          Mencintai tempat dan rumah sang kekasih. Di sinilah letaknya rahasia seseorang yang menggantungkan hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta kepada Ka’abah dan Baitulahhilharam serta masjid-masjid sehinggakan dia rela berkorban harta dan meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun akan terasa ringan dan menyenangkan. Bukannya seperti kebanyakan daripada manusia zaman ini yang lebih cintakan harta benda daripada apa yang sepatutnya mereka cintai.

          Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi s.a.w. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gundah terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya: Apakah “wahan” itu hai Rasul s.a.w? Nabi s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut mati” [Riwayat Abu Daud] Mencintai apa yang dicintai sang kekasih. Dengan mematuhi segala perintah Allah s.w.t. serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. “Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [Al-Baqarah:208]






          Berkorban untuk mendapatkan keredhaan sang kekasih Keimanan seseorang muslim itu akan lengkap sekiranya dia mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintainya daripada (cintanya kepada) anak dan bapanya serta sekelian manusia” [Riwayat Asy-Syaikhany, An-Nasaai, Ibnu Majah dan Ahmad] Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang dicintai, maka beliau sanggup berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan kecintaannya itu kepada sang kekasih yang dicintainya. Oleh yang demikian, kedudukan iman seseorang masih belum dianggap mantap kecuali menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling mereka cintai, lebih besar dari cinta kepada diri mereka sendiri apalagi cinta kepada anak dan seterusnya keluarga dan harta benda.

          Firman Allah s.w.t.: “Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri[1200] dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik[1201] kepada saudara-saudaramu (seagama). adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah)” [1200] Maksudnya: orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan. [1201] yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat yang tidak lebih dari sepertiga harta. [Al-Ahzab:6]

          Cemburu kepada yang dicintai. Orang yang mencintai Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dilanggar dan diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf dan nahi mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad sebagai tanda cinta kepada-Nya. Firman Allah s.w.t.: ”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui” [Al-Maaidah:54] Menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. ”Hai nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. 

http://miftahunnajah.files.wordpress.com/2008/06/cinta-allah.jpg
          Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara” [Al-Ahzab:1-3] ”Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)” [106] yang dimaksud dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah. [Al-Baqarah:165] “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah” [Al-Maaidah:50] “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” [Al-Baqarah:188]

          Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: aku mendengar Rasul s.a.w. bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi” [Riwayat Al-Hakim]

[Dipetik dari buku Cinta dan Rindu oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah / Al-Hikam oleh Syeikh Ibn Ata'illah Al-Sakandari]

Raja Beloot : aQoo sedang ingin bercinta...

Wednesday, March 9, 2011

Bicara aQoo dan Dia (Tuhan)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

AL-FATIHAH

http://mysaffiyah.files.wordpress.com/2011/02/al-fatihah.jpg?w=397&h=560

Bismillahirrahmanirrahim


"Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.”
 
           (
“Hamba-Ku telah memuji-Ku.”)

  ”Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.”

          (“Hamba-Ku Mengagungkan-Ku.”)

 ”Raja di Hari Pengadilan.”

          (“Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku.”)

 ”Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.”

          (“Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”)

   ”Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.”

          (“Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”)

****
Raja Beloot : rasa diri begitu kerdil di dunia fana ini !

Tuesday, March 8, 2011

Ntahapahapantah~25 - Buat Duit Dengan Heartbeat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


Buat Duit Dengan HeartBeat. Cara-Cara Mendapatkan RM 200 Dari Heartbeat!


Belajar Buat Duit Denga HeartBeat
Assalamualaikum….

Memandangkan sekarang ini Buffered Earnings sudah susah nak meletak di blog ini, jadi saya perlu untuk mencari alternative lain untuk buat duit secara online ini.Nuffnang bukanlah satu-satunya cara untuk buat duit secara online tetapi untuk blogger Malaysia,Nuffnang lah satu-satunya company yang boleh membayar sedikit wang kepada blogger.Malangnya pendapatannya adalah tidak malar atau tetap.Ia bergantung kepada bilangan Buffered Earnings yang kita dapat dari Nuffnang.Disitulah bermulanya masalah..huhu…
         Kita lupakan dulu pasal Nuffnang kerana hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua cara membuat duit dengan HeartBeat.Pernah dengar HeartBeat?Rasanya dah ramai blogger-blogger tahu pasal HeartBeat ni.Bulan lepas ramai yang mempromosikan HeartBeat ni tapi disebabkan ramai yang dah promote so saya diamkan diri dulu.Malas nak perbanyakkan entri yang sama kat internet ni..hehe…
          HeartBeat ini menawarkan satu pakej Affiliate dimana kita perlu mempromosilan link affiliate kita kepada orang lain dan kita akan dapat duit sekiranya orang lain register atau beli barang menggunakan link yang kita punya.Haa begitulah sedikit sebanyak konsep Affiliate ini.Faham tak?


Bagaimana Nak Buat Duit Dengan HeartBeat?

          Itulah persoalan yang pertama yang akan ditanyakan oleh korang semua kan?Terdapat banyak cara untuk buat duit dengan HeartBeat ini tetapi saya nak kongsikan 2 cara saya iaitu:-




Refer Friends to Register
          Cara ini korang dikehendaki untuk mempromosi link affiliate dan mengajak rakan-rakan anda untuk menyertai HeartBeat.Setiap ahli baru yang mendaftar dibawah korang,korang akan mendapat RM 2.Tetapi anda kena pastikan yang rakan anda mendaftar menggunakan link affiliate korang.Contoh link affiliate adalah seperti dibawah:-

          So katakan korang berjaya mencari 10 rakan untuk menyertai korang di HeartBeat,ini bermakna anda akan dapat RM 2 x 10  = RM 20.Jika anda berkerja keras dengan mencari lebih ramai rakan untuk menyertai HeartBeat,korang mungkin boleh dapat lebih banyak daripada itu.Usaha tangga kejayaan.


Banner/Text Link Clicks


          Seterusnya ada banner/Text Link Clicks.Cara ini lebih kurang macam pay per click lah.Korang akan dibayar RM 0.04 untuk satu klik.Agak murah rate yang diberikan tapi okeylah daripada tak ada teruskan..hehe..Untuk cara ini ia lebih bergantung kepada nasib dan kedudukan banner tu.Kalau korang pandai pilih tempat yang sesuai,maka banyaklah klik yang korang dapat.Insya-Allah.

Okey,Apa Target Saya Dengan HeartBeat Ini?
          Saya bercadang untuk mencari 100 orang referal dibawah saya.So ini bermakna saya akan dapat RM 2 x 100 = RM 200.So cukuplah untuk simpanan bulan Februari ini..hehe…dan Banner Link Click saya harap boleh dapat RM 10 sehingga akhir bulan ini.Agak susah untuk dapat tapi saya akan berusaha untuk mencapainya.Insya-Allah..hehe..

So Macam Mana Nak Sertai HeartBeat Ini?Kena Bayar Ke?
          Semuanya adalah percuma,tak perlu nak bayar apa-apa pun.Kita mempromosikan produk mereka so mereka lah yang patutnya bayar untuk kita.Betul tak?.
Okay,mari kita lihat tutorial untuk mendaftar dengan HeartBeat ini.Tutorial ini saya ambil daripada sini .Saya malas nak buat screenshot sendiri so pinjam jelah dari sini..hehe..

Langkah 1:

Korang perlu klik link ini : Daftar HeartBeat ! atau klik banner diatas.

Langkah 2:

Langkah Pertama
Setelah korang klik yang diberikan,korang akan ke laman HeartBeat seperti gambar diatas.Selepas itu, korang perlu klik pada “Let Us Start” seperti yang ditunjukkan didalam gambar diatas.

Langkah 3:


Buka Akaun HeartBeat
Seterusnya,korang perlu create akaun HeartBeat korang sendiri.Lihat gambar diatas dan isi semua maklumat yang diperlukan.


Langkah 4:


Daftar Akaun Affiliate HeartBeat
Setelah berjaya register itu,korang akan jumpa menu baru iaitu MY HB!Affiliate .Jadi klik pada menu itu. Lepas tu klik Join HB!Affiliate. Penuhkan ruang yang diminta.


Langkah 5 :




Kod Banner HeartBeat
Korang akan dapat lihat satu lagi menu seperti gambar diatas.Kat situ ada menjelaskan beberapa cara untuk korang dapatkan duit dari HeartBeat.So perkara pertama yang perlu korang buat adalah dapatkan kod banner untuk diletakkan di blog korang.Done!.
Langkah seterusnya adalah anda perlu mempromosikan banner berkenaan untuk dapatkan pendaftar baru untuk HeartBeat seperti mana yang saya katakan dipermulaan entri ini.

Adakah HeartBeat Akan Mempengaruhi Status Glitterati Nuffnang?

Jawapannya tidak kerana konsep HeartBeat dan Nuffnang adalah berbeza so Heartbeat ini bukan pesaing kepada Nuffnang.So selamat lah. =).

So apa lagi,marilah kita sama-sama menjana pendapatan dengan Heartbeat ini. Mari daftar bersama-sama saya hari ini.Sebarang masalah bolehlah ditanyakan di ruang komen.Insya-Allah,saya akan membantu korang semua dengan hari yang terbuka =).


Raja Beloot : Mudah-mudahan berkat !!!

Wednesday, March 2, 2011

Gadis Dan Ayat Suci ~ Usman Awang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQVcIRmBNEd8AfAqZbb15Uxq5SelJ29TDwfuP_emW1KFs4Fhf4W

Gadis Dan Ayat Suci ~ Usman Awang

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci

Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak

Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair

Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

~Usman Awang

Raja Beloot : Puisi Indah Karya Usman Awang

Tuesday, March 1, 2011

aQoo, Lim Dan Islam

Bismillahirrahmnairrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
http://pembinabangi.com/wp-content/uploads/2010/09/sahabat.jpg

          Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

          20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 


           Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

           Assalamualaikum w.b.t....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

           Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
          Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

           Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

          Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

           Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

           Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Raja Beloot : sebagai Tauladan.. pernahkah kita sampaikan Islam kepada rakan sekerja, jiran atau mereka yang disekeliling kita.
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com