Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Sunday, January 30, 2011

Sifat Marah Dan Kesannya

Bismillahirrahmnairrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://4.bp.blogspot.com/_vsqgL3X6OMk/TJ1PWuQiAiI/AAAAAAAAA9o/1ZW_IZCRJQI/s1600/marah.jpg

           Tadi aQoo marah. Tapi marah aQoo pada sesuatu yang harus aQoo marah. Alaa..kalian pun pernah marah. Apa bezanya. Namun...berbahagialah orang yang mampu menahan marahnya...

Sebuah hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w

" Wasiatkan kepadaku. " Sabda Baginda, " Jangan marah. " Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda Baginda, " Jangan Marah "

           Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
 
          Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


http://donotdo.files.wordpress.com/2010/01/angry123.jpg
         
          Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

          
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

          Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. 
          
          Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
 
          Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, walau berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Raja Beloot : maafkan kekhilafanQoo wahai manusia !

Saturday, January 29, 2011

Khurafat

Bismillahirrhmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Entry kali ni aQoo saja bagi kalian layan lagu Ya Robbi OST filem Khurafat nyanyian Syamsul Yusof dan Dr Anwar Fazal. 


YA ROBBI

Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
DIA memerhatikan kita

Ya ALLAH..

Verse 1

Manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiapa masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA

Uh' dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh' penuh nista
Yah' yah' ku terlupa..

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Verse 2

Jika kau tanya aku jujur uh' mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh' tampaknya
Walau hakikat oh' sebaliknya

KitabNYA, kalamNYA yang dulu kulupa
Kumula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana kutahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Aku tidak berdaya
Ampunilah,ampunilah (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya
Ampunilah,ampunilah (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga
Ampunilah,ampunilah
Tempatkanlah ku di syurgamu..

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini kupasti..
Alhamdulillah..


Raja Beloot : jangan percaya pada Khurafat !!!

Thursday, January 27, 2011

Ntahapahapantah 20 ~ Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!

Pencarian Blog Tercantik 2011
       
           Tergoda pulak aQoo tengok contest ni. Nak join gak ah. Cam tak percaya aQoo ada hati nak masuk dan bleh tulis pulak entry pasal ni. Perasan la pulak blog bengong aQoo ni cantik...hahahaha !!!  Sebenarnya aQoo saja jer nak meramaikan dan memeriahkan contest ni. Kurang-kurang ada gak nama blog bengong aQoo ni tersebar ke seluruh alam. Up jugak traffic dia. Yang lebih penting iklan makin bertambah, income pun cepat-cepat la masyooook. Ye dak !!! 

          Tapi harap-harap aQoo la pemenangnya. Sebab blog aQoo memang cantik. Tu bagi pandangan aQoo la. Kalau kalian tak puas hati, aQoo tak boleh buat apa. Tapi kalau kalian betul-betul berani lah kan...vote la blog aQoo. Tu pun kalau kalian berani lah kan... kalau kalian penakut...tak payahlah. Terima kasih jelah...hahahaha NTAHAPAHAPANTAH  !!!!

Raja Beloot : hidup untuk perasan & perasan untuk hidup...yeargghh !!!

Wednesday, January 26, 2011

Warna

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://1.bp.blogspot.com/_Vs0JjGDTvlQ/TOFDV-w8iEI/AAAAAAAAAMM/MVvUQIscahQ/s1600/pelangi.jpg

          Hari ni sajak lagi. Pasal sejuk...hujan. Ilham datang. Tajuk sajak ni aQoo namakan WARNA kerana dalam setiap barisnya ada nama warna. Kalau tak perasan nanti aQoo highlightkan...hehehehe !!!


Warna

Semarak jingga mewarnai hidup
membelah hijau dedaunan kasih
hitam dan kelam rasa di jiwa
saat merah api resah curiga melanda

Putih salju itu bukan milikku
kerna hati di belenggu rindu nan ungu
pada seraut wajah kelabu
entah milik siapa senyum nan biru 
terselit di celahan bibir merah jambu
menguntum bak jernih sang bayu

Kuning jiwaku kian pergi
hanyut bersama dingin malam pekat coklat
seri violet makin pudar
hilang ditelan cemburu lautan magenta !!!

          Hahahaha amacam best tak sajak aQoo...kalian faham ke sajak aQoo tu. Ia pasal warna. Warna yang ada dalam hidup kita. Kalau kalian tak faham...aQoo lagi la tak faham !!! Perghhh..NTAHAPAHAPANTAH !!!

Raja Beloot : merah biru hijau kuning adalah penantian !!!

Monday, January 24, 2011

Tanda Kematian

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


          Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

          Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :



1. Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

          Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. 
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Raja Beloot : renung-renungkan tanda-tanda ini...ada tak pada kalian ???

7 Wasiat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

[think_again_b.jpg]

          Dalam melayari kehidupan kita perlukan pedoman agar jalan kita tidak tersasar. Juga perlukan peringatan agar kita tak tersesat. Nasihat yang baik juga akan membantu kita mengenal kawan atau lawan. Seorang waliullah, Ibrahim bin Adham berkata, “Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, “Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu:-

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat 
    kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat 
    kata-kata hikmah darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu  
    harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat 
    khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup 
    hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim 
    janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu 
    harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.”

Raja Beloot : di mana kita…

Sunday, January 23, 2011

aQoo Dan Sesuatoo !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          Sesekali bersajak. Masa membelek barang lama tersimpan  dalam sebuah bejana lama terperosok di bawah meja. Lalu terjumpa sebuah nukilan. Sudah lama jua ia tercipta. Mengikut tarikhnya, aQoo telah ukirkan sajak ini di helaian itu pada jam 1.30 pagi tanggal 24 Disember 2000. Sudah 10 tahun tersimpan. Hari ini akan aku deklamasikan dan dedikasikan kepada seisi alam buana. Terimalah sajak aQoo (sajak ke ?) yang ntahapahapantah... huarghahahaha !!!

http://4.bp.blogspot.com/_qSsZbipxEP8/S0DPVeaUBwI/AAAAAAAAAao/kCtTDZ6NJgs/s320/ads-couple_1.jpg

aQoo Dan SesuaTooo !

Melakar sebuah arah hidup 
bagai di atur oleh satu tangan
lalu tersusur menurut telunjuk itu
hingga sampai ke satu tujuan
yang sudah lama tertulis...

aQoo dan sesuatoo
bagai cuba hidoop
dalam dunia ciptaan...aQoo sendiri
tanpa sudi di pimpin
kerana aQoo sudah pasti arahnya
mana haroos aQoo telusuri
menggapai mutiara di dataran daratan
mungkinkah mampu aQoo temui
kasih sejernih kilauan sinar mata
sang bidadari bertamoo di mimpi....
lalu tertanya aQoo
engkaukah bidadari itoo...

Raja Beloot : sudah ku temooi sesuatoo di dalam sesuatoo !

Thursday, January 20, 2011

Ntahapahapantah 19 ~ GAYOUROCK !!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

GAYOUR seorang kartunis tersohor seluruh Tanah Melayu telah menitipkan komen kat blog aQoo. Tak percaya ? Tengok gambar kat bawah ni.


aQoo minat Gayour dari dulu. Dari zaman dia kat Gelihati. Lepas tu dia join Ujang. Tak miss aQoo kumpul duit beli Ujang semata-mata nak baca Bersama Selamanya. Dengan album serta koleksi dia sekali aQoo beli. aQoo pernah jumpa dia dulu kat Pesta Buku di Terengganu. Ntah tahun bila aQoo pun dah lupa. Sempat mintak dia conteng buku nota aQoo dengan tandatangan dia serta gambar Melissa - awek kartoon pujaan. Stroke lukisan yang menarik dan dialog rock n rollnya memukau aQoo...huarghahahaha !!! Tak caya rasanya beliau sudi komen dalam blog aku yang NTAHAPAHAPANTAH ni !!!!

Raja Beloot : lepas ni aQoo akan cari gambar Bersama Selamanya pulak buat satu entry !!!

Wednesday, January 19, 2011

Ntahapahapantah 18 ~ Mak !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Hari ini 18 Januari 2011, genaplah 2 tahun pemergian arwah ibuku...
Hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu di sana ibu. Tiada pernah aQoo melupai dirimu walau kini kau tiada lagi di sisiku. Kau tetap kesayanganku...IBU !


















Keratan komik dari majalah Ujang 1/1/2000 ini aQoo songlap dari blog GayourHarap dia tak marah aQoo !!!


Raja Beloot : Al-Fatihah buat arwah ibu...

Monday, January 17, 2011

Beza Lelaki & Wanita

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

Beza Lelaki & Wanita

http://3.bp.blogspot.com/_naT26uFM17Q/TEiCwPYY1lI/AAAAAAAAARo/GXgW1VSQTpY/s400/lelaki.png

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini  orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

http://3.bp.blogspot.com/_h7Ga18xQ2P4/TQOfk0zr87I/AAAAAAAAAio/OOJeH2D0AC0/s1600/220801_type-91.jpg


Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu  adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap  4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat  suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

http://lakaranhidupku.wokeyh.com/wp-content/uploads/2010/03/tanggungjawab-suami-700x388.jpg

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Raja Beloot : bersyukur dengan kejadian !

Sunday, January 16, 2011

Peringatan Untuk Wanita

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://chooseislam.files.wordpress.com/2007/10/wanita-muslimah.jpg
Wahai semua wanita Muslim kesayangan hati aQoo !!!

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
http://2.bp.blogspot.com/_GMcqJ-BH16o/TGICzqezBFI/AAAAAAAAAMw/d9pQgKNAO0g/s320/Norjuma.jpg

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun- ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya
sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat  perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa
mereka disiksa seperti itu?



*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki
yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri
yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah
perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah
karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya
ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan
badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan
membenci suami."



Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan
inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Raja Beloot : wahai yang bernama perempuan...

Saturday, January 15, 2011

Ntahapahapantah 17 ~ Facebook Tiruan ???

Bismillahirrahmanirrahhim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


     Salam buat semua rakyat Malaysia. aQoo dah blur...tak tau nak tulis apa dah. Tadi aQoo dah siapkan satu entry pasal Millatfacebook. Last-last aQoo delete balik. Mungkin kalian ada yang dah tahu tentang Millatfacebook ni dan mungkin ada yang pertama kali dengar. Kalau nak tahu klik sini... http://millatfacebook.com

     Millatfacebook ini dikatakan lahir di Pakistan dan diasaskan oleh seorang pakar IT yang bernama Omer Zaheer Meer yang dimulakan pada 19 Mei 2010 sebagai bantahan dan boikot terhadap satu page di facebook iaitu "Everybody Draw Muhammad Day" iaitu "Hari Melukis Nabi Muhammad" yang mendapat tentangan yang hebat dari seluruh umat Islam di dunia kerana menghina Nabi Muhammad. 

Wall Millatfacebook yang lama
     Millatfacebook pada asalnya amat menyerupai facebook dari segi designnya namun itu bukan soal besar. Yang diambil kira ialah sejauh mana ia memberi impak sebagai laman sosial network alternatif kepada umat Islam dan memboikot laman sosial lain terutamanya Facebook.
Wall Millatfacebook terkini

Tapi sebelum kalian teruja atau excited dengannya dan tidak teragak-agak untuk sign-up atau register kat laman tu, aQoo cadangkan kalian baca dulu entry blog ni pasal Millatfacebook ni. Klik kat sini 


Kalian nilailah sendiri dan buatlah keputusan dan tanggapan masing-masing. Kalau baik pada pandangan kalian maka terpulanglah samada nak join Millatfacebook ataupun tidak... 

Argghhh NTAHPAHAPANTAH !!!

Raja Beloot : macam-macam hal dalam dunia nih...

Thursday, January 13, 2011

Bercermin Diri

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://2.bp.blogspot.com/_u-cyhs3yDeA/TMxt_PS7jMI/AAAAAAAAAM0/cpBLsSxj7Lk/s1600/cermin-diri.jpg

BERCERMIN DIRI

Tatkala ku menatap sebuah cermin
Tampak sesusuk tubuh yang sangat lama ku kenal 
dan sangat sering ku lihat
Namun aneh , sesungguhnya aku 
belum mengenal siapa yang ku lihat
Tatkala ku tatap wajah , hatiku bertanya :
Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya 
bersinar indah di syurga sana ?
Ataukah wajah ini yang kelak akan hangus 
legam di neraka Jahannam

Tatkala ku tatap mata, nanar hatiku bertanya
Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan….
Menatap Allah , menatap Rasulullah , 
menatap kekasih-kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yang terbeliak , melutut , menganga , terburai menatap Neraka Jahannam………..
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata , apa gerangan yang kau tatap selama ini ?

Tatkala ku tatap mulut , 
apakah mulut ini yang kelak akan membisik penuh kerinduan .. Mengucap Laa ilaaha ilaLlah 
saat malaikat maut datang menjemput ?
Ataukah menjadi mulut menganga dengan lidah menjulur , 
dengan tengking jeritan pilu 
yang akan melemahkan sendi-sendi setiap pendengar.
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahannam ..
yang getir penghangus , penghancur setiap usus.
Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang ?
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan ?
Berapa banyak hati-hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu
yang engkau ucapkan untuk menipu ?
Betapa jarang engkau jujur.
Betapa kalikah engkau syahdu 
memohon agar Tuhan mengampunimu.

Tatkala ku tatap tubuhku.
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya …
Bersinar , bersukacita , bercengkerama di syurga ?
Atau tubuh ini yang akan tercarik-carik hancur , mendidih , 
di dalam lahar membara jahannam , terpasung tanpa ampun , 
derita yang tak pernah berakhir
Wahai tubuh , berapa banyak maksiat yang engkau lakukan ?
Berapa banyak orang-orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu ?
Berapa banyak hamba-hamba Allah yang lemah yang engkau
tindas dengan kekuatanmu ?
Berapa banyak perindu pertolongan yang engkau acuhkan 
tanpa peduli... padahal engkau mampu ?
Berapa banyak hak-hak yang engkau rampas ?
Ketika ku tatap hai tubuh
Seperti apa gerangan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu
Apakah hatimu segagah ototmu
Atau selemah daun-daun yang mudah gugur
Ataukah hatimu seindah penampilanmu
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu
Betapa beza ..betapa beza …apa yang tampak di cermin
dengan apa yang tersembunyi
Betapa beza apa yang tampak di cermin dan apa yang tersembunyi

Aku telah tertipu , aku tertipu oleh topeng
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng, 
hanyalah topeng belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng
Betapa yang indah ternyata hanyalah topeng..

Sedangkan aku … 
hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu , aku malu ya Allah
Allah ..selamatkan aku..Amin ya Rabbal ‘alamin

Sumber : Abdullah Gymnastiar


Raja Beloot : kenali peribadi anda...

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan aQoo

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://4.bp.blogspot.com/_jyDTd4JDHdw/TI1Ow2eFcPI/AAAAAAAAAGc/CupGSZzm9Xw/s1600/ana+raffali.jpg

Guane gamok...hehehe lepas layan AJL 25 tadi mesti ada yg tak puas hati dengan keputusan juri. Mesti ada yang kata, "Ada ke lagu Ana Raffali boleh menang. Tak logik langsung." Kalian pulak macamana ? Setuju ke tidak Ana Raffali menang. Mungkin ada jugak yang cakap,"Ah lantak ah. Siapa-siapa pun menang bukan hadiah dapat kat aku pun. Diorang gak kenyang ! Apa pun tanggapan dan telahan kalian, keputusan sudah dibuat. Yang menang sudah menang yang kalah sudah kalah. yang tinggal kita yang tak tahu kita menang atau kalah setelah 3 jam melangut kat depan TV tanpa buat apa-apa...hahaha menggemukkan badan ada la...

Tapi takpe. Kepada yang tak puas dengar lagu Juara AJL 25 iaitu Tolong Ingatkan Aku oleh Ana Raffali, kat bawah ni aQoo sponsor kat kalian klip dia ngan lirik dia sekali...hahaha layaannn !!!



TOLONG INGATKAN AKU - ANA RAFFALI


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Raja Beloot : Tolong ingatkan aQoo untuk makan ubat demam esok...huhuhuhu

Sunday, January 9, 2011

Facebook Zaman P.Ramlee

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
Sesekali tergelak juga bila baca status facebook kat bawah. Yelah kalau dibayang benar-benar terjadi apabila facebook ada di zaman P.Ramlee. Mungkin kalian pernah terbaca atauu terserempak dengan status ni kat mana-mana. Tapi tak kisahlah kerana aQoo hanya ingin berkongsi gelak dengan kalian yang baru ternampak status facebook ni. Ini pun aku forwardkan dari e-mail seorang kawan baikku. Dah lama tersimpan dalam inbox maka aku campak dia kat sini pulak...hahahaha !!!
Kalau mata kalian tak nampak nak baca...klik je gambar biar jadi besar sikit !!!

Raja Beloot : ku akhiri seminggu pertama tahun 2011 dengan....demam !!! huhuhu

Saturday, January 8, 2011

Ntahapahapantah 16 ~ Jadi Ke Raya Tahun Ni ?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


          "Adalah saya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu setelah diperkenankan oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan ini mengisytihrkan bahawa tarikh hariraya Aidilfitri pada tahun 2011 jatuh pada 30 Ogos"...

          Cuba kalian semua tatap dan renung puas-puas potret di atas. Pasti kalian amat mengenali beliau. Setiap kali tiba Ramadhan dia akan muncul. Bila raya bakal menjelang dia juga muncul. Raya Haji pun dia akan muncul Nampak je muka dia kat TV pasti akan membawa khabar gembira buat kita semua. Beliau ialah YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah. Tapi itu dulu...

         
          Kini semua itu hanya tinggal kenangan. Mungkin raya tahun ni di batalkan atau mungkin takkan sesempurna raya-raya sebelum ini kerana wajah yang kalian tatap itu sudah bersara dari jawatannya setelah memikul tugas itu selama 22 tahun mulai 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof.

          Tidak akan ada lagi riak wajahnya di kaca TV di saat kita amat teruja menanti kemunculan wajahnya. Wajah dan riak mukanya tiada pengganti. Ataupun mungkinkah pengganti tugasnya nanti kan sehebat dia. Arrgghhh...mana mungkin. Dia hanya satu di Malaysia ini. Mana mungkin ada yang sehebat dia dalam tugasnya menyentap segenap rasa di dalam dada setiap insan yang menanti kemunculannya walau cuma 4 kali dalam setahun...Arrgghh bagaimana harus aku hadapi 2011 ini tanpamu. Bagaimana dengan puasaku, raya Aidilfitriku, anak bulan Zulhijjahku dan Raya Qorbanku. Apakah kau akan muncul lagi untuk mengumumkan semuanya....Sukar untuk aku menerima hakikat ini !!!! 

Woiii...dahlah !!! Over nampak !!! Arghhh...NTAHAPAHAPANTAH !!!

Raja Beloot : Selamat Bersara Pak Engku...Jasa Pak Engku tetap kami kenang.


Layan Tiub Awak

Loading...
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com