Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Wednesday, April 27, 2011

Ku Hadiahkan kau Sebuah Dunia

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://2.bp.blogspot.com/_lwUIYdcDX8s/S4EAc3wTqYI/AAAAAAAAAL4/zXTi-3RaMMs/s320/dunia-maya1.jpg

aQoo Hadiahkan Kau Sebuah Dunia

aQoo hadiahkan kau sebuah dunia
untuk kau hidup di dalamnya
dengan cara kau sendiri

aQoo hadiahkan kau sebuah dunia
di dalamnya hanya ada bebunga cinta
untuk kau petik dan sematkan di dada

aQoo hadiahkan kau sebuah dunia
agar kau bahagia
tanggalkanlah deritamu 
yang membelenggu
sangkutkan ia di sudut dunia lagi satu

aQoo hadiahkan kau sebuah dunia
di dalamnya ada khayalan yang tidak bertepi 
agar dapat kau lupakan segala sengsaramu
aQoo hadiahkan kau sebuah dunia
biar mudah kau ku temui 
jika sesekali aQoo melewati dunia itu

aQoo berikan dunia itu padamu
agar kau jaga ia sepenuh hatimu
kerana hanya itu yang aQoo mampu
hadiahkan untuQmu...



Raja Beloot : dunia mana lagi yang kau mahu...hehehehe

Tuesday, April 26, 2011

Ucaplah Yang Baik Saja !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://goib.files.wordpress.com/2011/03/11536_106133216065553_100000066244673_171481_1574428_n1.jpg
Perkara yang elok dan tidak elok disebut

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.


         Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Sewajarnya kita lebih menyebut-nyebut nama Allah yang telah memberikan nikmat yang tidak terhitung banyaknya untuk kita.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.


           Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.


           Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.


           Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riya’ atau bangga diri.Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain


           Kegelapan hati dan rangsangan syaitan selalu menyebabkan terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.Sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. kita walaupun kita pernah berbuat baik.

Raja Beloot : bertaQwalah kamoo kepada Allah !!!


Saturday, April 23, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

 
Sesiapa yang belum menonoton filem ini. Boleh klik kat bawah ni.

Kalau nak download. Klik je kat link-link yang tertera di bawah. Tapi kalau nak mutu yang terbaik...kalian pergi beli yang original kat kedai. Jangan beli cetak rompak pulak...hahahaha NTAHAPAHAPANTAH !!

http://www.imdb.com/title/tt1784670/ | Release Date: 10 March 2011 (Malaysia) | Country: Malaysia | Language: English | Subtitle: English | Genres: Action | Adventure | Size: 350Mkv / 380MB Rmvb / 700MB Avi | Quality: SDTVRip - VaRTHx

Plot: The Malay Chronicles: Bloodlines (released in Malaysia as “Hikayat Merong Mahawangsa”) is an adventure feature film set against the backdrop of ancient Malay, Roman and Chinese civilizations. It tells the tale of the journey of Merong Mahawangsa escorting a Roman prince to wed a beautiful Chinese princess during the 2nd century. Featuring an international cast, The Malay Chronicles: Bloodlines combines elements of romance, adventure, coupled with a strong dose of hand-to-hand combat & martial arts.


MKV FILE




PART1 | PART2


PART1 | PART2


SINGLE LINK


SINGLE LINK


SINGLE LINK


RMVB FILE




PART1 | PART2


PART1 | PART2


SINGLE LINK


SINGLE LINK


SINGLE LINK


AVI FILE




PART1 | PART2 | PART3 | PART4


PART1 | PART2 | PART3 | PART3


SINGLE LINK


SINGLE LINK


SINGLE LINK 



Raja Beloot : filem aQoo - Hikayat Raja Beloot...hahaha

Friday, April 22, 2011

Ntahapahapantah 32 ~ Marah !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://www.azwananuar.com/wp-content/images/marah.jpg

Ntah tak tau. Tetiba je nak cakap pasal marah. Marah bagi aQoo macam-macam jenis.

Marah sebelum buat... itu ingatan
Marah selepas buat... itu amaran
Marah dan tamparan... itu hukuman
Marah dan senyum... itu sindiran
Marah dan belai... itu sayang
Marah dan jeling... itu benci
Marah dan tangisan... itu kecil hati
Marah dan pergi... itu rajuk
Marah dan semuka... itu berani
Marah dan lari... itu penakut
Marah dan ketawa... itu bodoh
Marah dan sebab...itu bijak
Marah tanpa sebab...itu gila
Dan yang last sekali tiba-tiba marah...itu NTAHAPAHAPANTAH !!!
 
Raja Beloot : setiap marah pasti bersebab !!!

Monday, April 18, 2011

Sanggup Terjun Ke Neraka

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://2.bp.blogspot.com/_S6l9E7wxl20/S4MzRrFmHsI/AAAAAAAABqU/w6csRFE5WHA/s400/neraka01.jpg

          Adi bin Hatim r.a meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w katanya, baginda bersabda yang bermaksud :
“Tidak ada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah. Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa”.
(Hadis Riwayat Muslim)
          Pertemuan dengan Allah di akhirat adalah sesuatu agenda utama manusia ketika dibangkitkan di Mashyar kelak, setelah kita berusaha keras dengan beribadat bersungguh-sungguh kepadaNya. Orang-orang yang beriman lagi soleh bukan saja dapat bertemu Allah malah dapat menatap wajah Yang Maha Agung. Sementara orang-orang yang menderhaka penciptaNya juga dapat bertemu dengan Allah tetapi tidak dapat menatap wajahNya. Sekiranya golongan ini gagal menatap wajah Allah, apatah lagi golongan-golongan yang kufur kepadaNya.
          Walaubagaimanapun mereka pasti bertemu denganNya tanpa jurubahasa ataupun perantara. Yang dimaksudkan bertemu Allah itu ialah mereka pasti berhadapan dengan mahkamah Allah (Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil) itu tidak memerlukan bantuan malaikat untuk menjalan tugas pendakwaan, maupun sebarang juru bahasa untuk menterjemahkan segala perbuatan keji dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia. Segala urusan daripada Hari Pendedahan segala rahsia perbuatan mungkar dan keji itu, segala penyerahan catatan akan dilakukan Allah sendiri. Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa setiap hamba pasti berdepan dengan Allah di akhirat.
          Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w menjelaskan mengenai Hari Pendedahan yang dilakukan oleh Allah terhadap hambaNya di akhirat, ada di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai kerana tidak sanggup menanggung malu yang amat sangat. Ada antara mereka menganggap lebih baik mereka terus dicampakkan ke neraka asalkan tidak didedahkan perbuatan mereka yang keji dan hodoh. 
          Di akhirat nanti, akan ada manusia yang sudah bersedia untuk terjun ke bawah neraka daripada dimalukan dikhalayak ramai. Begitulah keadaan gawat yang berlaku di Mahsyar apabila Allah melaksanakan sesi Yaumul “Ardh.
   Saudara-saudaraku sekelian, jauhilah amalan-amalan kemungkaran di dalam kehidupan seharian kita. Ingatlah setiap detik dalam hayat ini aktiviti-aktiviti kita baik yang makruf mahupun yang mungkar senantiasa dirakamkan oleh Malaikat Ratib dan ‘Atid untuk dipaparkan dihadapan Allah pada hari itu.
Wallahu A’lam…Ya Allah…jauhilah diri kami dari keburukan dunia ini…

Sumber : Buku - Bertemu Janji Allah

Raja Beloot : bukan mengajar cuma membetuli diri cuma...

Friday, April 15, 2011

Detik-detik Rasulullah Menghadapi Sakaratul Maut

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot



http://3.bp.blogspot.com/_EjtHrxL8H04/TSK2r-5ateI/AAAAAAAAALo/IpZcy5ztSno/s1600/makam-rasulullah-saw.jpg
MaQam Rasulullah (s.a.w)
Air mata Rasulullah
(detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sajaratul Maut)

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut  datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….

Raja Beloot : alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajahmu !!!

Wednesday, April 13, 2011

Menyesal

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Hari ni aQoo nak layan lagu ni. Hari-hari keluar kat radio dan tv. Hari ni keluar kat blog aQoo plak. Siap lirik agi. Nak ameQawww !!!


MENYESAL

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Raja Beloot : menyesalkah kau ?

Monday, April 11, 2011

Pintu Dan Halangan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot



http://mygreenexpo.com/expo/image_slideshow/doors.jpg

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita


- Pintu marah
- Cinta dunia
- Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Uujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan


- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan


- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara  
  mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

Friday, April 8, 2011

Ntahapahapantah 31 ~ Cara Membuat Telur Tiruan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

         Heboh pasal telur tiruan. Meh nak ajar cara nak buat. Lepas ni puan-puan tak payah pergi ke pasar dah beli telur. Boleh buat kat rumah je. Jimat belanja...hahahaha NTAHAPAHAPANTAH !!!

http://3.bp.blogspot.com/_fnEVZDW63m4/TNloYrgR42I/AAAAAAAAF48/nG7q7Iu3VYY/s1600/telur.jpg

Bahan-bahannya :

Asid Benzoic
Kalsium Klorida
Selulosa
Alum
Asid Amino
Pewarna Makanan
Sodium alginate
Gelatin
     
http://juwani.files.wordpress.com/2009/11/04.jpg?w=300&h=254

1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning
2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida  tanpa pewarna makanan = Putih telur
3: Acuan untuk bentuk telur
4: Acuan untuk kuning telur

 http://1.bp.blogspot.com/_BrlxIAAvOSQ/StM00w84lXI/AAAAAAAADbs/JxY4auASjgA/s400/telur10.jpg

          Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.

http://3.bp.blogspot.com/_BrlxIAAvOSQ/StM0kfOcxRI/AAAAAAAADa0/xif3UmWfv_s/s400/telur3.jpg
         Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kan dan masukkan ke dalam acuan (3).  Bahagian acuan (3)  tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan  telur boleh dibasuh selepas itu.

http://2.bp.blogspot.com/-A_qOeH08JWk/TZ3TDiZ8mEI/AAAAAAAAAIY/CYhe9kThtFw/s320/telur_tiruan_06.jpg

          Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.

http://4.bp.blogspot.com/-DJJore1KDNw/TZ1BNACro-I/AAAAAAAACOM/IWaPt5mrFeM/s1600/telur_tiruan_07.png

          Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding  dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.

http://semuabest.com/wp-content/uploads/2011/03/10.jpg

http://thibbalummah.files.wordpress.com/2011/03/telurpalsucina.jpg


          Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China. So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum.

Raja Beloot : lepas ni apa lagi yang nak ditiruankan...

Thursday, April 7, 2011

Iklan-iklan Hasutan Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Kali ini aQoo nak belanja kalian nonoton video-video iklan yang mampu memberikan sesuatu kepada orang yang menontonny... ENJOY !















Raja Beloot : lakukan kebaikan walau di mana anda berada !!!

Monday, April 4, 2011

Ustaz Oh Ustaz !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Sumber : Harian Metro.

ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.


          KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.


          Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.









         “Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.


          “Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.
Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.


         Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.
Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.


         Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.


          Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.


          Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.


        “Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.


         “Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.


           Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.


          “Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.


         Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Raja Beloot : menyesal kemudian tiada gunanya !!!

Sunday, April 3, 2011

All The Best

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot



 

Selamat Menempuh Final Exam aQoo ucapkan pada semua student SMP OUM  terutama kpd Kohot 6 dan semua sahabat yg kenal aQoo Si Beloot. Terima kasih kpd semua pensyarah yg telah memberi tunjuk ajar : Ustaz Abdullah, Ustaz Nasri dan Ustaz Fadzli…



Raja Beloot : Semoga semua mendapat kejayaan...Ameeen !!!

Friday, April 1, 2011

Ntahapahapantah 30 ~ April Fool...siapa yang fool ?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

         Tiap tanggal 1 April, ada saja orang terutama anak-anak muda yang merayakan hari tersebut dengan membuat aneka kejutan atau sesuatu jenaka. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April atau lebih popular disebut sebagai April Mop. Namun tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap Muslim Spanyol yang memang didahului dengan cara penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What? (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005).


SEJARAH APRIL MOP/FOOL !!!


          Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The Aprils Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya menengok sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

          Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah bisa dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.

          Islam telah menerangi Spanyol. Karena sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktekkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

          Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicoba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya mata-mata itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

          Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari ketimbang baca Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

     Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang idbantai, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dihabisi dengan sadis.

          Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.

          Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Spanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan! demikian bujuk tentara Salib.

          Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

          Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah itinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

          Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya bisa terpana ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

          Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.

         Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

          Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam.

So apakah anda termasuk orang yang merayakannya?

( Petikan dari http://abijay.wordpress.com/2008/06/25/sejarah-april-mop/ )

Jelasnya ia fool!

Terungkap pada sabda Nabi SAW:
lubangdhab.jpg
“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Raja Beloot : Walaupun sesetengah pendapat mengatakan bahawa peristiwa yang dikatakan sebagai sejarah ini tidak begitu pasti kesahihannya. Namun rasanya tidak salah kiranya kita mengambil ia sebagai iktibar….

Layan Tiub Awak

Loading...
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com