Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Thursday, November 25, 2010

Kalaulah Sembahyang Dapat Duit !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot

http://i157.photobucket.com/albums/t46/camarsenja/al-quran.png
    
          Pernah jugak terfikir kalaulah Allah s.w.t tukarkan pahala ngan duit.. Agaknya apa akan jadi. Mesti semua orang akan berlumba-lumba melakukan kebaikan. Betul tak?.Contohnya kalau kita buat kesimpulan. Kalau solat 5 waktu sehari semalam tu sendiri Allah bagi kita RM1 satu kali solat dan kalau dilakukan secara berjemaah tu Allah s.w.t bagi kita RM27.00, yang mana kita nak?? dan kalau lima waktu kita solat berjemaah dah dapat RM135.00. Perghh, mesti penuh masjid. Ada ke kat dunia ni senang2 jer orang nak bagi kita RM135.00 sehari. Gabenor Bank negara pun tak boleh buat macam tu..huhuh. Kalau sebulan, agak-agak berapa kita dapat? RM4050.00 kan?... Agak-agak sama banyak dengan gaji siapa? Sama ngan gaji lecturer tau...kita tak payah susah-susah nak ambil master baru boleh dapat duit banyak tuh....dalam setahun kita punya income pasti dapat lebih kurang RM48,600.00.. cuma dengan solat je.

Hahahaha dah habis berangan !!! Bezanya ialah Allah tidak bagi duit cuma Allah tukarkan duit tu dengan pahala je. Jadi sekarang bayangkanlah kalau pahala kita tu duit dah berapa duit dah dalam simpanan yang dah kita kumpul. Tapi yang pastinya duit simpanan kita ni kita tak pernah keluarkan malah ianya kekal dalam simpanan kita...sekarang ni kita pilih nak solat berjemaah atau solat sendirian...renungkanlah...maka rugilah orang-orang yang meninggalkan solat...


http://nazzcollection.files.wordpress.com/2010/06/scan00032.jpg

Mari kita sama-sama kira income statement the year ended!!! macam akaun bank plak....huuhuu..
untuk sembahyang berjemaah dan sembahyang sendirian...

SOLAT BERJEMAAH..

27 x 5 =135 (day)
135 x 30=4050 (month)
4050 x 12=48600 (year)

SOLAT SENDIRIAN

1 x 5 =5 (day)
5 x 30=150 (month)
150 x 12=1800 (year)

Bawak-bawaklah berfikir. Bak kata Nabil lu pikir lah sendiri!! Ini belum termasuk kebaikan yang lain kita lakukan...kalau niat ke arah kebaikan pun dapat pahala ni kan pulak melakukan kebaikan tuh...Maha Pemurahnya Allah s.w.t.. Subhanallah..  Alhamdulillah..  Allahuakbar!!

Raja Beloot : banyakkanlah berbuat amal kebaikan...

Monday, November 22, 2010

Ntahapahapantah 13 ~ Aku Dan Sesuatu II

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          Aku dan Sesuatu II...beberapa lagi helaian foto komik kegemaran aQoo...yang ini aku gelintar di segenap alam !! Di songlap kat google search dan beberapa blog...hehehe jangan marah haaa !!!



http://3.bp.blogspot.com/_FhXbRImWYmQ/TLp3x5Iwt7I/AAAAAAAAAnE/X6e_qNnRURE/s400/AkuDanSesuatu.JPG

http://3.bp.blogspot.com/_jtIj9t1tKrg/RqRkAk1yTNI/AAAAAAAAAG0/ywPbFFIX0bQ/s320/ads3.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_u_gPayMjcDw/SaNsqzh4iOI/AAAAAAAAAXY/Linz9d7ITME/s320/aku+dan+sesuatu4.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_bcbrHLmA3Og/SbD1YyiAHTI/AAAAAAAAAAM/dkV6o_a_2eQ/s320/aku+dan+sesuatu.gif 
http://2.bp.blogspot.com/_Tg6hcRV9ITI/TNyHpc1GYSI/AAAAAAAAAng/dZmvBZcyr4I/s400/AkuDanSesuatu3.JPG

Raja Beloot : sesekali santai dalam hidup !

Saturday, November 20, 2010

Puisi Untuk aQoo

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://4.bp.blogspot.com/_2GMG6R3GkvM/StdeIu6YUUI/AAAAAAAAACA/JT3-9Miukas/s1600/patah+hati.jpg

aQoo Dan HatiQoo

aQoo dan HatiQoo
Menyelak helaian hari
satu persatu lalu tertanya
wahai hari kenapa terlalu pantas pergi...bagai berlari
aQoo masih lena dibuai mimpi
dibaluti selimut alpa lalu lalai
pada arah laluan jiwa yang tenang
Ya Rabbil 'Azim...Ihdinassirotol mustaQim !!!

AQoo di lamunan
turun ke dasar hati yang paling dalam
mencari iman, islam, ihsan
tertanam dalam lumpur jiwa kelam
tertimbus di bawah noda dosa hitam
arghhh...wahai diriku
tolong sucikan hati mu
sebelum hati itu lupa jalan pulang....

Hati oh hati...
jangan kau mati
tabahkan diri
biar jernih lagi suci
biarku kenali
biar kekal janji di azali....
lafaz dua kalimah abadi
La ilahaillaLlah Muhammadur Rasulullah
biar sebati 
pada belikat dan sulbi...
agar dipuji Ilahi...
Ya ayyatuhannafsul mutmainnah
irji'i ila robbiki rodhiyatan mardhiyyah
fadkhuli fi 'ibaadi...wadkhuli JANNATI !!!

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRcAy7vucNoDmIquuTfUIHC_3_l64PNtjalDZwF5zXqcB4zYLic_Q

Raja Beloot : merindui syurga idaman !!


        

Ntahaphapantah 12~ Tambah Umur Kurang Umur....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


happy birthday
         
          Tanggal 18 November adalah tarikh keramat dalam kehidupan aku. Pada tarikh itulah aku diputerakan. Hingga kini sudah hampir empat dekad aku menghuni dunia yang serba indah ini. Terlalu banyak perkara yang telah dilalui. Menjadi pengajaran dan pengalaman dalam mematangkan kehidupan aku di alam buana ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dunia yang sementara ini.

          Terima kasih kepada semua kenalan yang telah menyampaikan ucapan dan doa. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah. Maka andai dimakbulkan akan panjanglah umur aku dan murahlah rezeki hendaknya. Ucapan panjang umur dan bertambah umur amat menarik hati aku. Sambil ia berbunga terdetik juga bahawa umur di dunia semakin bertambah maka umur untuk menuju ke akhirat semakin berkurang. Lalu terpanggil untuk merenung sambil bermuhasabah diri. Bertambah umur mampu dikira namun yang berkurang itu berapakah ia ? Apakah sama banyak dengan yang bertambah atau semakin kurang ? Tapi yang pasti, sekiranya satu pihak bertambah maka pihak yang satu lagi pasti berkurang...

http://hatiperantau.files.wordpress.com/2009/07/5.gif

          Arrghh...jika itu dikenang, kecut perut aku memikirkannya. Apakah sudah sedia. Bekalan sudah cukup atau belum untuk bermusafir ke sana. Risau andai segala amalan yang dilakukan hanyalah sia-sia dan tak diterima Tuhan. Ohh...tak mahu di fikir terfikir juga. Hendak dilupa teringat juga... Ya Allah, terimalah daripadaku segala doaku, solatku, puasaku, zakatku, ibadatku, hidupku dan matiku. Ampunilah segala dosaku samada yang terang ataupun terlindung. Samada sedar atau pun tidak. Ya Allah, akhirkanlah kehidupanku dengan sebaik-baik pengakhiran dan janganlah Engkau akhirkan kehidupanku dengan seburuk-buruk pengakhiran. Jauhkanlah aku dari azab kubur dan azab neraka. Masukkanlah aku ke dalam syurgaMu !!! Amin Ya Rabbal 'Alaminnnn !!!!

TERIMA KASIH ~ Zamani Slam
Tak terdaya lagi
Ku harungi hidup ini
Dengan seribu ngeri
Menyakitkan di hati
Tak termampu lagi
Ku ratapi nasib diri
Apa yang terjadi
Ku pendam hampir mati
Sendiri
Mengapa ini harus ku tempuhi
Sampai bila kan berhenti
Entah siapa ingin jadi saksi
Hanyalah Tuhan yang mengerti
Maafkan aku
Berpaut di kasihmu
Menumpang bahagia seketika
Izinkan aku sedetik di hatimu
Kerna ku jua manusia
Terima kasih



Raja Beloot : Taqobbalallahu minkum !!!


Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Hati Nurani Raja Beloot



http://3.bp.blogspot.com/_qW4pVZ7rZ3w/SxDdPYnfDXI/AAAAAAAAAwQ/S6WLvFCle1w/s400/Aidi+Adha.jpg

Kepada semua rakyat jelata
Beta ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431H
Maaf Zahir Batin



http://farm4.static.flickr.com/3235/3082050644_75f180193a.jpg

"Mungkin ada lisan yang tak terjaga,
janji yang tak tertunai, hati yang berprasangka dan salah yang pernah dilakukan.. 
Mohon maaf untuk segalanya.."

" Sesungguhnya aQoo insan yang lemah dan selalu melakukan kesilapan demi kesilapan.. Dalam melangkah kadang tersalah, dalam berjaga kadang terleka, dalam bersahabat kadang terluka.. "

Raja Beloot : aQoo memohon maaf & memberi kemaafan !!!

Kelebihan Zulhijjah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot

Oleh Zaharuddin Abd Rahmanhttp://i16.photobucket.com/albums/b26/azfina/apa2aje/kadrayahajimoden.jpg

BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.
Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani)
Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)

Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)

Ia juga disebut oleh baginda Rasulullah SAW bahawasanya: “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan daripada 10 hari ini.” (Riwayat Al-Bukhari)

Sebagaimana kita sedia maklum, beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti:

1. Berzikir.


Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)


Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.


2. Berpuasa.


Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.


Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)


Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.


3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.


Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.


4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.


Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.


Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.


5. Bertakbir.


Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik. 

 
http://1.bp.blogspot.com/_A_-nnClb5gc/SY_opmeZWPI/AAAAAAAAAf4/JWGubArTT0o/s400/Sembelihan.jpg


6. Melakukan sembelihan korban.


Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)


Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”


Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.


Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)


Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.


Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.


Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa- apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.


Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas niat korban.


Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.


Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.


Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)


Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.


Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.


Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.”


Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).


Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.


Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.


Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan menyembelih korban atas nama syarikat.


Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang bukan manusia.


Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)


Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.


Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.


Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.


Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).


Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).


Raja Beloot : aku tak rela dikorbankan...ada ke orang korban beloot !!! hehehe 

Saturday, November 13, 2010

Ntahapahapantah 11 ~ Apa Lagi Nak di Kenang OOiiii !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Khazanah Seni Istana Raja Beloot


          Kenangan Oh Kenangan...manusia mana yang tak ada kenangan dalam hidup dia. Kalau manusia tak ada kenangan maka tak layaklah dia jadi manusia. ( Kalau tak jadi manusia nak jadi apa )....Sebab kalau nak jadi manusia wajiblah ada kenangan. Tak kiralah kenagan manis ke, pahit ke, masam ke, suam suam ke, saje nak buat kenangan ke tak kisahlah...asalkan ada kenangan !!!

          Tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita perlu ada kenangan. Mengapa Allah jadikan kita ni ingat je pada kenangan. Sampai tersengeh tergelak sorang-sorang...Mengapa tak hilang je terus sebab benda dah berlaku dan berlalu, tak mungkin akan kembali lagi...Betapa Allah itu memahami jiwa manusia yang dijadikanNya. Jiwa manusia suka membandingkan sesuatu dengan sesuatu. Dibandingkan hidup sekarang dengan hidup dalam kenangan dia, dibandingkan hal sekarang dengan hal dulu, dibandingkan suami sekarang dengan pakwe dulu, isteri sekarang dengan makwe dulu...dan keputusannya kehidupan dan segala bandingan dari zaman kenangannya itu adalah yang paling baik dan indah serta membahagiakan. Dirasakannya hidup realitinya sekarang tidak seronok, membosankan, bosan dan menyakitkan hati kerana dia telah dirasuk oleh hantu yang bernama KENANGAN!

          Sebenarnya kenangan diciptakan untuk kita muhasabah diri. Bagaimana keadaan kita dulu dengan keadaan kita sekarang. Kalau dulu kita jahat, sekarang kita ubahlah diri jadi baik. Kalau kita dah sememangnya baik, perbaikkanlah lagi diri kita. Dan kenangan kita itu boleh dijadikan rujukan dan panduan. Ada guna jugak kenangan ni yer...

Hahaha apa yang aku merapu ni...tapi anyway...TQ lah kerana sudi baca sampai sini. Hehehehe aku hadiahkan korang yang suka membaca ini dengan sebuah lagu dari XPDC - Apa Lagi Nak Di Kenang...hehehe jangan marah haaa !! Arrgghhh NTAHAPAHAPANTAH !!!


APA LAGI NAK DI KENANG

Di mana bumi di pijak
di situ langit dijunjung,
biar kaya budi dan adat
pasti kita kan disanjung,
hancur badan di kandung tanah,
budi baik dikenang juga
berkawan biar beribu
berkasih biarlah satu...pantun lama !

Masih segar diingatanku
pantunmu nyata palsu
bagai syair tanpa lagu
yang tinggal hanyalah pilu
tanam padi tumbuh lalang
musnahlah satu impian jodoh
tuhan tantukan jadikan pengajaran...oh kenangan !

Apa lagi nak dikenang biarkan hilang
datang dan pergi hilang berganti
belum pasti sampai bila
esok lusa
ingin aku lupakan semua oh  kenangan
kenangan silam bagai semangat yang hilang
sampai bila esok lusa
yang lepas usah di kenang oh kenangan
kenangan silam
selamat tinggal oh kenangan

Masih segar diingatanku
pantunmu nyata palsu
bagai syair tanpa lagu
yang tinggal hanyalah pilu
tanam padi tumbuh lalang
musnahlah satu impian jodoh
tuhan tantukan jadikan pengajaran...oh kenangan !

Raja Beloot : kenangan yang paling pahit adalah kenangan yang paling manis !!!????

Friday, November 12, 2010

Kisah sembahyang dan Nabi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Balairongseri Istana Raja Beloot

http://2.bp.blogspot.com/_LHtTPUh4CdY/SwVan9V_k4I/AAAAAAAAA7w/K8scLmF7_5M/s1600/edited_2.jpg
          Salam dari beta. Menurut firasat beta, semua perkara yang Allah jadikan atau perintahkan kesemuanya adalah untuk kebaikan dan keperluan manusia itu sendiri. Tak kiralah samada kebaikan itu semasa manusia hidup di atas muka bumi yang fana ini ataupun selepas mereka mati nanti. Begitu juga dengan solat. Betapa Allah menjadikan solat itu sebagi sunnah para Rasul agar menjadi ikutan seluruh umat manusia dan juga sebagai tanda perhambaan paling tulus terhadap Allah s.w.t...

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

http://1.bp.blogspot.com/_CCsY4sst46Q/SxSr1sG4huI/AAAAAAAAAjA/rCc8-S449rI/s640/solat-1.jpg

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Raja Beloot : sudahkah anda bersolat ?

Thursday, November 11, 2010

Qunut Nazilah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam dari Singgahsana Raja Beloot








PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


DOA QUNUT NAZILAH



Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

 Raja Beloot : jangan lupa solat...





Tuesday, November 9, 2010

KEHILANGAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Takziah Dari Raja Beloot

          Puisi ini aku ingin dedikasi kepada seorang kawan yang baru kehilangan suammi tersayang yang nahas dalam kemalangan jalaraya di jalan Muazam - Segamat pada Jumaat 5 hb November yang lalu. Buat Nordhafikah Ibrahim...tabahlah kau menghadapi hari-hari mendatang walau tiada dia di sisi.



KEHILANGAN

Terlalu hitam
titik dalam titian hidupmu
makin mencengkam sebati
bersama renyai air mata
sebak sayu hati aku menyusur riak wajahmu
rawan...
raut kehilangan penuh luka
di dasar ada rintik nan sadis
pilu...
tanpa taufan layarmu patah
tanpa badai bahteramu rebah....
mana harus kau adukan 
berat beban  duka kehilangan dia...
yang tak akan mudah kau lupakan

Namun...kau harus tabah
padamkan yang hitam itu
kuatkan hatimu dengan iman yang jitu
bangkitlah dari rebahmu
demi Afif dan Afifah...
dua pusaka tinggalan abadi
dia yang sentiasa memerhati dan menanti
ingatan dan doa dari mu...

Ingatlah...kau masih punya kami
saudaramu yang sentiasa di sisi
sudi menerangi setia menemani 
perjalanan hidupmu yang pasti sunyi...
Al-Fatihah untuk dia yang telah pergi !

Raja Beloot : pergi yang takkan kembali lagi !

Sunday, November 7, 2010

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot

http://3.bp.blogspot.com/_fmKpYu-Acgw/TJQZSpUiqkI/AAAAAAAAAIg/LerSU-VpVJ0/s320/death.jpg

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:

1.      Keluarga
2.      Hartanya
3.      Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;

1.      Keluarga dan hartanya akan kembali
2.      Sementara amalnya akan tinggal bersamanya.
 
 Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
 
  • Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau dunia yang meninggalkanmu
  • Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan, atau kekayaan yang telah menumpukmu
  • Apakah kau yang telah menumpuk dunia, atau dunia yang telah menumpukmu
  • Apakah kau yang telah mengubur dunia, atau dunia yang telah menguburmu."   
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
 
  • Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah
  • Mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tak bersuara
  • Mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa
  • Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini hilang tak bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan 
 
  • Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan ridha Allah
  • Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
  • Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
  • Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
  • Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
http://razzyy.com/images/KisahBest_CB79/b0128.jpg


Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
 
  • Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
  • Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
  • Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Disholatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
  • Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
  • Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
  • Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
  • Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
  • Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
  • Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
  • Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."


Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
  • Kini Kau Tinggal Seorang Diri
  • Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
  • Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
  • Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
  • Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
  • Hari Ini,....
  • Akan Kutunjukan Kepadamu
  • Kasih Sayang-Ku
  • Yang Akan Takjub Seisi Alam
  • Aku Akan Menyayangimu
  • Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
  • Kembalilah Kepada Tuhanmu
  • Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
  • Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
  • Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku" 
http://2.bp.blogspot.com/_JL9_gc35qyk/Sf0k3hKgSrI/AAAAAAAAAGA/Pdhy0fYDvqc/S760/gambar_kubur.jpg

Anda Ingin Beramal Shaleh...?

Tolong sebarkan kepada rakan-rakan Muslim lainnya yang anda kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
 
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan  ini...

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca entry kali ini.

Aktiviti seharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???
 
Kesempatan ini marilah kita saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan menuai kebaikan.  Mari berlumba dalam kebaikan.
Raja Beloot : semua yang hidup akan merasai mati ! 

Saturday, November 6, 2010

Apa Ada Pada Jari Jemari Anda

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot

http://www.technovelgy.com/graphics/content05/bush-robot-fingers.jpg

> Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

> Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

> Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
> Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!

> Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

> Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

> Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

> Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
> Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Raja Beloot : terkecuali kepada yang putus jari kerana main mercun !

Ntahapahapantah 10~ Kekasih Baru

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Beranda Istana Raja Beloot

          Beberapa hari ni beta dilamun cinta dengan kekasih baru beta. Setelah beberapa lama beta intai dan ayat si dia, akhirnya dia menjadi milik beta. Namun dalam kegembiraan itu tak mampu jua beta menahan kesediahan kerana terpaksa berpisah dengan kekasih lama beta yang sekian lama berjasa dan berbakti mengharungi panas dan hujan bersama. Akhirnya dia kini menjadi milik orang lain. Selamat tinggal 125 ku sayang !

          Namun luka beta kini terubat dengan kehadiranmu. Ke sana sini kita kan bersama. Kaulah yang akan menjadi peneman beta yang setia. Bawalah beta ke mana saja. Walau panas walau hujan kita akan redahi berdua tu pun kalau tak ada pembonceng kat belakang. Hahahahaha NTAHAPAHAPANTAH !!!!

Inilah dia buah hati beta yang baru...

Yamaha Lagenda 115Z

yamaha lagenda 115z specs

Overall length x width x height
1,930 mm x 680 mm x 1,065 mm
Seat Height
765 mm
Wheel base
1,245 mm
Tire size (front/rear)
70/90-17 38P / 80/90-17 44P
Dry weight/ Curb weight
103 kg
Engine oil capacity
1.0 litre
Fuel tank capacity
4.2 litre
Transmission
Constant mesh 4 forward speed rotary
Brake front / rear
Hydraulic, single disc (z) / Drum





Warna - warna yang terdapat dalam yamaha 115z


Ciri-ciri yang terdapat dalam yamaha 115z





1.Lampu depan baru ,Ciri-ciri sebuah "Line Beam" design pencahayaan
2. Panel Meter Canggih,Kombinasi daripada "kulit & besi " cita rasa sebuah motosikal yang high premium
3. Twin Head Light Design , Sebuah Yamaha tampak simbolik dan khas
4. Jenis lampu belakang LED  , Menyediakan baik pencahayaan, visibility dan pengiktirafan
5. 3 dimensi multifungsi berbentuk panel meter , Memberikan kelihatan lebih high premium


Gallery

Jantungmu
enjin jenis gear rotary 4 lejang

nyawamu
 Chasis

lentik kakimu
 pemijak kaki belakang

http://3.bp.blogspot.com/_MgiQ1sWlECs/TCGPIgjrm6I/AAAAAAAAA4w/dgy6rkUg9x8/s1600/frontWheel.jpg
halusnya jemarimu
tayar hadapan dan break disc

lembutnya tanganmu
cermin sisi

paduan kasihmu
tempat kunci
pinggulmu menawan kalbu
lampu belakang


Raja Beloot : ku bahagia menemui mu...hahahaha !

Layan Tiub Awak

Loading...
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com