Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa yang telah, sedang dan akan jadi bapa. Semoga menjadi bapa yang mithali dan dihormati...


Lirik Ayah – Aeman

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Ulang Chorus

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Ulang Chorus

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

Raja Beloot : Selamat Hari Bapa diucapkan kepada AyahandaQu...En Ali bin Abdullah !!!

Ntahapahapantah 34 ~ Dulu Dan Sekarang !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


Pekabar semua pembaca dan pelawat blogQu sekelian. Moga kalian sihat wal'afiat hendaknya. aQoo mulai kalimahQu dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Ntahapahapantah...tapi layan lagooo XPDC dulu lah ye..Hairan Bin Ajaib !!! anak sapa ni hah...

Apa aQoo nak tulis ek pasal tajuk  kat atas tu. aQoo pun tak tau. dah lama sangat ku birakan blog ini penuh sawang. Biarlah...sekurang-kurangnya ada gak kalian yang sudi menjenguk ! TQ deh...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZFghVgyVohSm2dfk3VnrZ2EszPWhQhiz4dK6CvbyY2RtK0wj8Y00briQhwqxwPrNC-kBTjdyKMm6piOqjWqS1Jz7yr9BqI3r_1h5PuohiflbvUeocwv4lniGBKk8vk0Jpa0O1bHaZp1c/s1600/dulu-dan-sekarang.png

Beberapa perkara aQoo perhati kalau dulu begitu tapi kini jadi begini....apo ko bondo eh ???

Ye la...contoh : 

Kalau dulu orang kaya je makan ayam....orang biasa macam aQoo mampu makan ikan jer.
Tapi sekarang orang kaya je mampu makan ikan....orang biasa macam aQoo plak hari-hari makan ayam. Nak beli ikan mahallll !!!!

Kalau dulu orang kaya jer duduk rumah batu...orang biasa macam aQoo duduk rumah kayu jer.
Tapi sekarang orang kaya pulak ramai duduk rumah kayu...orang biasa macam aQoo duduk rumah batu. Nak buat rumah kayu...kayu pulak harga mengalahkan emas...mahal wooo hahahaha !!!

Kalau dulu orang kaya jer ada TV...orang biasa macam aQoo menenggek kat rumah jiran sebelah tngok Drama Minggu ini.
Tapi sekarang...dah tak hairan dah. Semua rumah hatta yang dah nak roboh pun ada TV siap home theater dengan set karaoke lagi...huhuhu..dasssyyyaaatttt !!!

 http://sepeda.files.wordpress.com/2010/05/18-era-dulu-dan-sekarang.jpg

Kalau dulu orang kaya jer bleh pakai kereta...orang biasa macam aQoo naik basikal jer.
Tapi sekarang orang kaya pulak yang naik basikal...orang macam aQoo pulak naik kereta.
Ye lar...orang kaya naik basikal nak kuruskan badan pasal pakej 3 bersaudara dah hinggap dan bersarang dalam badan yang dulu tough and slim kini bagai dipam-pam...hahahaha !!!

Tu jelah. Yang lain-lain kalian fikirlah sendiri. Ntah betul ntah tidak....yang sebetulnya NTAHAPAHAPANTAH !!!

Raja Beloot : hairan bin ajaib !!!


Tuesday, June 14, 2011

Antara Ego Lelaki Dan Emosi Wanita

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam dari Raja Beloot


Selalu terdengar :

          Seorang wanita selalu mengeluarkan kata kata prejudis tentang sikap lelaki , " orang lelaki ni selalu bersikap ego ". Seorang lelaki pula selalu memberi tanggapan satu lagi tentang wanita , " susahlah cakap dengan perempuan, selalu emosional ". Padahal keduanya merupakan sifat sifat yang secara fitrah diberikan oleh Allah SWT kerana pada kedua jenis mahkluQ ciptaanNya nya ada bidang tugas dan tanggungjawabnya masing masing.

          Kedua-dua mahkluQ ini mempunyai peranan besar sebagai agen memperbanyak bilangan umat manusia yang merupakan penghuni yang terbaik di muka bumi. Bagaimana kedua makhluQ ini diciptakan oleh Allah dengan dua sifat / tanggungjawab yang berbeza tetapi dapat dipersatukan untuk memainkan peranan besar dan penting di atas ? Sudah tentu Allah telah mempersiapkan syariat yang dapat menjadikan keduanya makhluQ tadi pasangan yang hebat dibanding semua ciptaanNya yang juga berpasang pasangan.

          Langkah penting yang harus dilakukan oleh kedua makhluQ lelaki dan wanita ini adalah berganding dalam rumahtangga yang diakuiNya dan taat menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang telah diperintahkanNya. Apabila seorang mukmin dan mukminah mempunyai kretaria di atas sudah tentu isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukan isu yang harus dipertikaikan . Ini disebabkan jika isu ini yang selalu diketengahkan maka kedua makhluQ ini akan selalu bersengketa dalam masa yang sama kedua makhluQ ini adalah ibarat magnet yang saling tarik menarik . Lebih jauh lagi adalah kita telah mengingkari qada dan qadar ciptaan Allah .


http://farm4.static.flickr.com/3020/2915602004_396e344dab_o.jpg

Lelaki dan Keegoannya

          Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahawa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil dengan memperlihatkan keegoannya .

          Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga selalu seorang wanita selalu terlepas pandang untuk dapat mempelajari sesuatu tentang kebijakan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki yang bergelar suami sehingga apabila ada perintah yang tidak atau kurang disenangi oleh si wanita tadi atau perintah yang menghalang wanita / isteri tadi memperoleh keinginannya maka sudah tentu ketaatan tadi menjadi beban dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

          Di lain pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan penciptaanNya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu pijakan untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau berlaku kasar apalagi menganiaya . Dalam hadis Nabi saw bersabda :
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya.
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya
http://lh3.ggpht.com/_Xq6PHItSHKo/TKOV-Py73ZI/AAAAAAAAAgc/ZhKFF-Pax8Y/image%5B7%5D.png

Wanita dan Emosinya
          Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan wujud tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fizikalnya sebagai seorang wanita ? Ini adalah sebuah ciptaan yang tidak dapat dimungkiri.

Dalam hadis Rasulullah saw bersabda :
Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik.

          Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk mengandung dan melahirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka pada wanita dilengkapkan dengan sifat sifat , penyayang dan pelindung . Sifat sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada sifat sifat sensitiviti terhadap ahlinya sehingga seorang wanita selalu lebih tampil dengan sifat sifat emosionalnya seolah olah wanita selalu tidak dikatakan tidak berpikiran rasional.

          Seorang wanita yang faham tentang hadis di atas sudah tentu reda dirinya diperhatikan dan dikendalikan oleh pasangannya agar hidupnya tidak terjerumus kepada hal hal yang memudaratkan.


http://yahadilah.files.wordpress.com/2010/08/40012_143471259015286_100000572383942_333776_4453049_a.jpg%3Fw%3D180%26h%3D269 
Lelaki sholeh dan Wanita sholehah
        
         Dalam rumahtangga yang harmoni sudah tentu kedua makhluQ yang dipasangkan tidak menjadikan sifat ego dan sifat emosional sebagai dua sifat yang ditolak ke belakang tetapi seharusnya menjadikan kedua sifat tersebut sebagai gabungan kerja untuk menjayakan kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai satu matlamat.

          Demikianlah juga dalam rumahtangga seorang mukmin, isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukanlah satu isu yang dapat menjadikan pasangan dalam sebuah rumahtangga untuk saling tuduh menuduh atau bercakaran satu sama lain. Ini disebabkan Allah SWT telah memberikan bimbingan hidup berumahtangga kepada hambaNya yang beriman . Dan Allah akan selalu memberikan inayah pertolonganNya kepada hamba yang selalu bertaqwa agar dapat mengharungi hidup kekal berpasangan .

Raja Beloot : semoga jadi pedoman dalam hidup !!

Sunday, June 12, 2011

Amalan Memurahkan Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkPVhoRUS2QcaTFNWKKdzpfRCVRiMVXXzpIJ2mcfO56UhPi5gsshUp83_lGrlH_SjtbKl-ygR37euWoG6y4ChTCIIAUwIPNnUQUUHx7JQzabzuk1qBto3n-e_ejPHnuD8d0mjMbXpg-9fA/s1600/DOA+MURAH+REZEKI.jpg

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)






17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Raja Beloot : renungkanlah dan selamat beramal... 
Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com