Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU KE 40 !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


          Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru samada yang telah lama jadi guru, yang baru nak jadi guru, yang sedang jadi guru atau yang dah pencen dari jadi guru juga untuk guru-guru aQoo di SK Seri Nilam Chabang Tiga, Kuala Terengganu (1979-1984), SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu (1985-1989), Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) (1990-1993) serta terkini semua pensyarah OUM yang pernah mengajar aQoo.


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgN3RuHMYTteOXnets6lW1R7fmzgdl3rK4wa7-MVtnya1IW1E1lDGbOT6j7fA47hlVEZ3dOQ8Tw4ghekcX1LOvmaF-eWDFzWVRRSzSQEI8qp61Cgfxy15isd0-S6iSMT-yNuolYYnXXmWq/s1600/Untitled.jpg
SEJARAH HARI GURU

          Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. 

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk  perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.


2.  Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan  taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif perana guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. 

Raja Beloot : terima kasih cikgooo !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com