Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://paksuu.com/wp-content/uploads/ibu002.bmp
         
          Esok 8 Mei 2011, seluruh dunia menyambut Hari Ibu. Sayu hati aQoo bila tengok promo kat tv pasal Hari Ibu. Bila buka radio pun ada juga sebut Hari Ibu. aQoo sayu kerana aQoo teringat kat arwah ibu. Sedang orang lain ghairah dan teruja menyambut dan mengucapkan Selamat Hari Ibu lalu memeluk dan mencium ibu mereka, pasti aQoo hanya mampu memerhati dan memandang sahaja. aQoo nak peluk siapa ? Ibu sudah tiada. Hadiah ini untk siapa ? Ibu sudah tiada. Tiada lagi tangan yang membelai dan mengusap kepalaQu. Tiada lagi tangann yang menyuap nasi ke mulutQu. Tiada lagi jelingan mata bila memarahiQu. Tiada lagi renungan sayu tatkala aQoo ingin kembali berkelana. Bahkan pada Hari Ibu pun aQoo tak mampu nak menziarahi pusaramu Bu. Namun mujur kau bekalkan aQoo dengan ilmu yang akan aQoo gunakan untuk memberi hadiah paling istimewa untukmu...Sesurah Al-Fatihah dan serantaian Surah yasin akan aQoo kirimkan sebagai penemanmu dia alam sanaaaa !!! Ibu, aQoo merinduimu....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnj7nLERpHeHWokfftLmLXYhEbhid7Rz4WlEr3GXln8Vnxfr0s0wHp6rIePuWpQE9CwkCXoaZToqohkJWJwCW9SWZ2pEzBUs4-YC00fb4pfKbInlRZPuwQ3mAaJhWllxjzSmCbuUIn4M6-/s1600/doa-untuk-ibu-bapa_1024.jpg

Antara Ibu Dan Kekasih


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu


Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu


Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu


Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku



Renungkan:


Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. 


Raja Beloot : ingatlah pengorbanan ibuuuuu...hargai mereka selagi ada !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com