Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Wednesday, October 27, 2010

Resepi Asam Pedas Beloot


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Dapur Istana Raja Beloot


Kali ni beta saja nak suggestkan kat korang yang ada kelapangan dan suka makan makanan pelik dan exotik untuk mencuba resepi istimewa dari dapur istana beta...hahaha. Di sini beta paparkan satu resepi yang amat istimewa iaitu resepi yang berkaitan anak cucu beta iaitu BELooT. Belut boleh dipelbagaikan masakannya. Boleh buat paprik belut ( ini yang paling laris kalau dijual), tom yam, sup belut, asam pedas belut, goreng berlado dan lain2 masakan! Selamat mencuba...

Asam Pedas Beloot

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Belut 4 ekor (bersih dan toskan)
  • Bawang merah 6 ulas (kisar)
  • Bawang putih 2 ulas (kisar)
  • Lengkuas 2 inci (kisar)
  • Lada kering (kisar) p/s:tp untuk kali nih lela guna serbuk lada baba's, bancuh dgn air
  • Serbuk kuniyt 1 sudu kecik (campur bersama bhn kisar)
  • Lada hitam (kisar)
  • 1 sudu halba
  • Air asam jawa @ asam keping-lela guna asam keping
  • Air
  • Garam dan msg
  • Daun kesum dan bunga kantan
  • Baby cucumber @ timun kecik (potong serong)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dikisar sehingga garing
  2. Bila agak garing masukkan halba dan tumiskan sekejap kemudian masukkan air asam jawa.
  3. Bila mendidih masukkan sedikit air kemudian masukkan belut tadi diikuti dengan garam & msg
  4. Bila lauk hampir masak, masukkan baby cucumber, daun kesum dan bunga kantan bagi membangkitkan bau dan rasa
  5. Siap untuk dihidangkan.
Raja Beloot : sedapnya sehingga menjilat pinggan...hahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com