Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Saturday, October 23, 2010

Ntahapahapantah 7 ~ Terima Kasih !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Mahligai Hinggap Raja Beloot


          Alhamdulillah...setelah hampir 2 bulan blog ini muncul dari sebuah kekecewaan pada kehilangan yang lalu, aku amaat bersyukur kepada Tuhan dan juga sangat berterima kasih kepada semua kamu wahai teman kerana sudi melawat blog aku yang sememangnya NTAHAPAHAPANTAH !
          Dalam masa dua bulan ini, istana hinggap aku ini di sukai oleh 312 orang rakan facebook dan dikunjungi hampir setiap hari sehingga mencecah hampir 500 orang setakat ini. Bagi aku ini adalah satu pencapaian yang baik dan satu penghargaan patut diberikan kepada kalian semua. Sebenarnya aku hampir kecewa (cheh konon...huhuhu) setelah terpadamnya blog aku yang terdahulu. Mungkin itu satu kifarah kerana di dalamnya aku akui ada kisah yang tak sepatutnya aku kisahkan...

          
Apabila aku cuba kembali berdiri bersama blog aku yang baru ni, rasa takut muncul kerana aku tak pasti apakah blog baru ini akan ada pengunjungnya. Sudikah kalian membaca apa yang aku paparkan. Mampukah aku menarik pembaca blog yang hilang dulu. Nak ke diorang baca blog aku lagi. Aku tahu, tiada yang istimewanya blog aku ni. Memang tak ada pun. Yang ada cuma tulisan dan contengan serta kekadang entry yang dicuri dan disonglap dari blog ikhwan yang lain. Namun izinkanlah aku, budak baru belajar ini merangkak dan bertatih. Biarkanlah bahasa aku tak seindah melodi syahdu yang mampu ku dendangkan untukmu. Benarkanlah aku merapu dalam mengisi ruang masa berkongsi apa yang ada...Terimalah blog aku seadanya !








          Aku bukanlah penyair yang bisa menyusun kata-kata puitis, bukan pujangga yang sentiasa bermain bunga bahasa, aku bukan novelis yang mampu mengarang cerita cinta maupun dongengan. Aku hanyalah aku yang cuba melakukan apa yang aku rasa tak mampu aku lakukan...Andai kau sudi menerima, aku kan sentiasa sudi memberi. 

          Lepas baca entry ni...sila cadangkan blog aku ini kepada kawan-kawan mu di facebook, myspace, twitter, friendster dan sebagainya. Boleh jugak dicadangkan kepada gangster semoga mereka bertaubat...hahaha NTAHAPAHAPANTAH !!!!

Raja Beloot : terima kasih sayang ku ucap padamu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com