Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Monday, October 25, 2010

Ntahapahapantah - 8 ~ RM Seringgit

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Taman Larangan Istana Raja Beloot


          Aku tertarik bila membaca satu kenyataan bahawa "Duit seringgit amat besar nilainya bila di bawa untuk disedekahkan kepada masjid tetapi terlalu kecil nilainya bila di bawa ke pasaraya". Amat menarik dan memang benar. Begitu juga bila seseorang itu akan merasa amat berat untuk menderma duit seringgit tersebut kepada fakir miskin berbanding amat mudah membuangnya dengan membeli token untuk bermain game di mesin slot. Hahaha...

          Begitulah kehidupan manusia sekarang, terlalu berkira untuk melakukan amal jariah tetapi tidak pernah berkira untuk memenuhi tuntutan material duniawi yang sementara ini. Aku teramat hairan dengan sikap manusia ini, tidak pernah malu untuk meminta limpahan rezeki dari Ar-RazzaQ iaitu Allah Yang Maha Melimpahkan rezeki tetapi bila Allah meminta sebahagian atau sedikit daripadanya untuk didermakan atau di bayar zakatnya, manusia seolah-olah bakhil dan kedekut dan bagaikan lupa dari siapa rezeki itu diperolehi...hahahaha

          Bila datang seseorang yang memita sedekah atau derma pasti diri kita akan merasa berat untuk menghulurkan walaupun seringgit. Kadang-kadang terasa bahawa peminta derma atau sedekah itu didalangi oleh satu sindiket yang memeras tenaga peminta-peminta sedekah tersebut. Entahlah. Kekadang betul jugak fikiran macam tu tapi kalau orang yang meminta tu betul-betul susah dan amat memerlukan bantu tetapi kita tidak membantunya, bagaimana pulak agaknya ya...hahaha

          Payah benar kita nak meniru akhlak Nabi dan para sahabatnya yang tidak pernah bakhil untuk bersedekah sehinggakan habis semua harta mereka sehingga sudah tidak ada lagi yang hendak disedekahkan. Sehingga ada para sahabat yang berkongsi pakaian dengan isteri mereka kerana pakaian dan harta yang lain sudah habis disedekahkan seperti Saidian Abu Bakar sendiri. Begitu juga dengan sifat dermawan Ummul Mukminin Sadatina Aishah yang sangat boros tetapi bukan boros berbelanja namun boros bersedekah sehingga ada ahli keluarganya yang menyorokkan harta beliau taku-takut kalau dihabiskan dengan bersedekah. Jauh benar dengan sifat, sikap dan perangai kita...hahahaha

          Tapi selalu yang kita jumpa. manusia ni memang berat nak menderma walau pun seringgit samada untuk derma surau ke, masjid ke, anak-anak yatim ke memang payah. Apa yang berat benar nak keluarkan seringgit tu aku pun tak maklum. Berapa kerat dari lelaki kita yang selalu bawak duit ke masjid tiap-tiap hari Jumaat nak bersedekah. Tak payah tanya tiap-tiap harilah. Seminggu sekali je. Ah...mungkin sekerat dua je. Tapi kalau anda tergolong dalam golongan yang suka berderma...Alhamdulillah. Tahniah diucapkan. Pahala berlipat kali ganda untuk anda di akhirat nanti....hahaha

Raja Beloot : selamat berderma dan melakukan amal jariah !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com