Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2011 diucapkan kepada semua rakyat jelata sekelian di mana saja berada. Semoga muncul tahun baru ini akan membawa lebiha keberkatan dan kejayaan serta rezeki yang melimpah ruah kepada rakyat jelata semua. Tahun 2010 yang baru berlalu akan tetap menjadi kenangan. Kisah kejayaan team bolasepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki menjadi hadiah istimewa kepada semua rakyat negara ini.
Namun di sebalik kegembiraan menyambut kehadiran tahun baru yang kekadang aku rasa pelik, mengapa perlu gembira sangat menanti kehadiran tahun baru hingga menganjurkan pesta dan sambutan besar-besaran sehingga detik 12 malam. Apa salahnya kalau buat doa selamat ke, solat hajat ke kan ke lebih afdhal. Ini siap bunga api, gembira betul mereka sambut tahun baru. Kekadang dek kerana begitu gembira, hilang kerisauan tentang kenaikan harga barang. Minyak naik, gula naik, bawang naik, kopi naik, kain batik pun naik harga. Dah masuk tahun baru ni lagi la banyak barang yang akan naik harga, tapi , mereka tetap bergembira...hahaha pelik tapi benar. Lantak korang lah.
Namun di sebalik kegembiraan itu, ada juga insan yang berduka. Umpama kakak iparku yang kehilangan bapa mertuanya pada 31 Disember 2010. Juga berita kehilangan pelakon drama Faizal Yusof iaitu bekas suami Siti Nordiana kerana serangan jantung. Tahun baru mereka disambut suram. Rasanya tak terlintas pun di hati mereka nak sambut Tahun Baru. Nak berkumpul ramai-ramai tengok bunga api. Berpelu-pelukan dan bercium-ciuman. Besok paginya bersepah sampah dan kondom. Khalwat di hotel tak terkira la. Biasa lah. Sambut tahun baru... hahahaha lantak koranglah.
Tapi apa-apa pun aQoo ucapkan Selamat Tahun Baru kat korang semua. Moga tahun baru ni dapatlah kita sama-sama pertingkatkan amal ibadah dan menjadikan 2011 ini lebih baik dan berkat daripada tahun 2010 !!!
Raja Beloot : Al-Fatihah buat semua yang meninggal di awal tahun baru ini !!!
No comments:
Post a Comment