Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
Sesekali bersajak. Masa membelek barang lama tersimpan dalam sebuah bejana lama terperosok di bawah meja. Lalu terjumpa sebuah nukilan. Sudah lama jua ia tercipta. Mengikut tarikhnya, aQoo telah ukirkan sajak ini di helaian itu pada jam 1.30 pagi tanggal 24 Disember 2000. Sudah 10 tahun tersimpan. Hari ini akan aku deklamasikan dan dedikasikan kepada seisi alam buana. Terimalah sajak aQoo (sajak ke ?) yang ntahapahapantah... huarghahahaha !!!
aQoo Dan SesuaTooo !
Melakar sebuah arah hidup
bagai di atur oleh satu tangan
lalu tersusur menurut telunjuk itu
hingga sampai ke satu tujuan
yang sudah lama tertulis...
aQoo dan sesuatoo
bagai cuba hidoop
dalam dunia ciptaan...aQoo sendiri
tanpa sudi di pimpin
kerana aQoo sudah pasti arahnya
mana haroos aQoo telusuri
menggapai mutiara di dataran daratan
mungkinkah mampu aQoo temui
kasih sejernih kilauan sinar mata
sang bidadari bertamoo di mimpi....
lalu tertanya aQoo
engkaukah bidadari itoo...
Raja Beloot : sudah ku temooi sesuatoo di dalam sesuatoo !
No comments:
Post a Comment