Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Saturday, January 8, 2011

Ntahapahapantah 16 ~ Jadi Ke Raya Tahun Ni ?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


          "Adalah saya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu setelah diperkenankan oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan ini mengisytihrkan bahawa tarikh hariraya Aidilfitri pada tahun 2011 jatuh pada 30 Ogos"...

          Cuba kalian semua tatap dan renung puas-puas potret di atas. Pasti kalian amat mengenali beliau. Setiap kali tiba Ramadhan dia akan muncul. Bila raya bakal menjelang dia juga muncul. Raya Haji pun dia akan muncul Nampak je muka dia kat TV pasti akan membawa khabar gembira buat kita semua. Beliau ialah YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah. Tapi itu dulu...

         
          Kini semua itu hanya tinggal kenangan. Mungkin raya tahun ni di batalkan atau mungkin takkan sesempurna raya-raya sebelum ini kerana wajah yang kalian tatap itu sudah bersara dari jawatannya setelah memikul tugas itu selama 22 tahun mulai 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof.

          Tidak akan ada lagi riak wajahnya di kaca TV di saat kita amat teruja menanti kemunculan wajahnya. Wajah dan riak mukanya tiada pengganti. Ataupun mungkinkah pengganti tugasnya nanti kan sehebat dia. Arrgghhh...mana mungkin. Dia hanya satu di Malaysia ini. Mana mungkin ada yang sehebat dia dalam tugasnya menyentap segenap rasa di dalam dada setiap insan yang menanti kemunculannya walau cuma 4 kali dalam setahun...Arrgghh bagaimana harus aku hadapi 2011 ini tanpamu. Bagaimana dengan puasaku, raya Aidilfitriku, anak bulan Zulhijjahku dan Raya Qorbanku. Apakah kau akan muncul lagi untuk mengumumkan semuanya....Sukar untuk aku menerima hakikat ini !!!! 

Woiii...dahlah !!! Over nampak !!! Arghhh...NTAHAPAHAPANTAH !!!

Raja Beloot : Selamat Bersara Pak Engku...Jasa Pak Engku tetap kami kenang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com