Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Saturday, January 15, 2011

Ntahapahapantah 17 ~ Facebook Tiruan ???

Bismillahirrahmanirrahhim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


     Salam buat semua rakyat Malaysia. aQoo dah blur...tak tau nak tulis apa dah. Tadi aQoo dah siapkan satu entry pasal Millatfacebook. Last-last aQoo delete balik. Mungkin kalian ada yang dah tahu tentang Millatfacebook ni dan mungkin ada yang pertama kali dengar. Kalau nak tahu klik sini... http://millatfacebook.com

     Millatfacebook ini dikatakan lahir di Pakistan dan diasaskan oleh seorang pakar IT yang bernama Omer Zaheer Meer yang dimulakan pada 19 Mei 2010 sebagai bantahan dan boikot terhadap satu page di facebook iaitu "Everybody Draw Muhammad Day" iaitu "Hari Melukis Nabi Muhammad" yang mendapat tentangan yang hebat dari seluruh umat Islam di dunia kerana menghina Nabi Muhammad. 

Wall Millatfacebook yang lama
     Millatfacebook pada asalnya amat menyerupai facebook dari segi designnya namun itu bukan soal besar. Yang diambil kira ialah sejauh mana ia memberi impak sebagai laman sosial network alternatif kepada umat Islam dan memboikot laman sosial lain terutamanya Facebook.
Wall Millatfacebook terkini

Tapi sebelum kalian teruja atau excited dengannya dan tidak teragak-agak untuk sign-up atau register kat laman tu, aQoo cadangkan kalian baca dulu entry blog ni pasal Millatfacebook ni. Klik kat sini 


Kalian nilailah sendiri dan buatlah keputusan dan tanggapan masing-masing. Kalau baik pada pandangan kalian maka terpulanglah samada nak join Millatfacebook ataupun tidak... 

Argghhh NTAHPAHAPANTAH !!!

Raja Beloot : macam-macam hal dalam dunia nih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com