Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Friday, February 25, 2011

Jumaat Yang Indah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjwl-9DJRgQGhjnjkds9pN7Ly8JOPK2iL_gc-mADAY7jxvYQSVbhPBajL6hTh2ZBv12V8n-QU73YmjTtaHPFo96nLMNOm-OA_RFjm5TP3F4oMpjkG-Mbn69E0Y16-ZuY3xLVcN9zp0zDWb/s640/comel+tudung.jpg

Pagi Jumaat....

          Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

          Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


           Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.





http://kimsta.files.wordpress.com/2009/05/anak-soleh.gif?w=740

          Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

           Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


           Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


           Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


          Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


           Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


          "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


          "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"


          "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


          "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


          "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


          Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


          Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

           Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang !!!

Raja Beloot : indahnya hidup dalam iman !!!

Thursday, February 24, 2011

Ntahapahapantah 24 ~ Bicara aQoo Dan Dia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9ivHh29tiz4eWQz3IoiEneISkDUFh1bVJaAfrMPlj4hFrpx81-C0SD2gVchi7yu7Uy3S5qLX5ROGGJjj8Y-lG-_23LTqCQLIkobyAaOpHmxY3YEiMBILulj9D0foc8Y895oCR2PU65Qc-/s400/bismillah.gif
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://www.artwallpaperhi.com/thumbnails/cover/20121029/love%20kristin%20kreuk%20smallville%20series%20tom%20welling%20clark%20kent%20lana%20lang%201450x967%20wallpaper_www.artwallpaperhi.com_17.jpg

Pada suatu hari. Sedang burung-burung berkicauan riang dia insan bertemu sambil berbicara !!!!

Ada apa?
Takde apa-apa.
Habis nak jumpa ?
Sajer...tak boleh ke !
Banyak kerja ah...
Kejap jer..
Apa dia ?
Tade apa-apa...
Adoiii...kalau tahu camni...baik takyah datang !

Marah ke ?
Takdelah marah...geram jer !
Dah tu...kita nak buat apa ni ?
La tanya kita pulak...kan awak yang nak jumpa saya !!!
Aa ek...ye tak ye jugak. Lupa...
Cepatlah...
Apa dia ?

Ada apa awak nak jumpa saya ni ?
Sajer je lah...nak tengok muka awak !
Kan hari-hari awak tengok muka saya...tak puas lagi ?
Hehehehe...tak. Boleh saya bawak balik muka awak ?
Ni apa hal ni. Tebiat ke apa ni ? Saya nak balik lah kalau macam ni...
Nanti lah dulu...
Apa lagi...
Tolong beli aiskrim !

Cehh...(aQoo pun blah)...cerita habis!!!

Pergghhh...siap jugak satu entry untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membacanya sampai ke garisan terakhir !!! Adios amigos...NTAHAPAHAPANTAH !!!!

Raja Beloot : sesekali bergurau senda...

Wednesday, February 23, 2011

Jangan Menangis Lagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig0Q0lPrSPyvaVBW0GGF1bY_QeqEzz_nuyW_th1jGIQj6xqPxP-7XP1K7SSFkArJ00Mf29i4S06CSu3vBQUZIcby8o7zC_67iXsedPKNq4EOvkTBLgh8gjPSY_LdVDUFmSFov5bdObq9s/s1600/bismillah.jpg
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1106/Kosmo/Pesona/ps_04.1.jpg 
Jangan Menangis Lagi

Sarat bebanmu ku tahu
sendirian terpikul di bahumu
aQoo hanya jauh merenung
takut untuk mendekati
ingin membantu
tiada tahu bagaimana
harus ku hulurkan jemariku
menarik keluar tali bebanmu itu...

Hela nafasmu tidak seghairah dulu
sambil merenung nasibmu
hujung mata ada mutiara suci
mengalir...bukan mengeluh
takkan mengalah
ini tulisan dari tinta takdirku
katamu tega...
akan kau baca ia sepenuh jiwamu
demi baktimu..jadi bekalmu

Kau tahu
tiada bahagia disini
moga bersinar di sana
di bawah redup pohonan delima
di tebing sungai madu dan susu
menghirup seteguk titisan telaga al-Kauthar
di syurgawi abadi....
Jangan Kau Menangis Lagi !

Raja Beloot : dugaan datang silih berganti

Monday, February 21, 2011

Ntahapahapantah 23 ~ Tak Tahoooo Maloooo

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRF9SAP_EicsQ0i9J8YrSNbUIbthP1YfoweFpqUYq1xYjWYtzNxhXd3P6uwipHzkoxB3ZefwJqwBJqiFSNMTmZ9Mm3obBc-tDnoglY5Fw9cvTpv9Q1lTXo5wWcgp4MxRJ4hvAdq5T-M7jo/s760/bismillah2.gif 
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgceeo2VN5m2h7l6BWU4np65O3Cxmba8ytEylbuh-SSTRgG5j_AeN_iU7bEJMkUk_yFQ6z04tfMrSFOn-R7BywkR5uLfIDb7cNOoqibPKG9d3ScpK-OOjX732orsIGEIVnLzcMC8-_Iewg/s1600/aurat5.jpg


          Tadi petang masa duduk depan sekolah agama waktu budak balik, aQoo tersenyum tengok akak tu yang nak amik anak dia. Perrrgghhh bukan main ranggi, kalah Mak Enon dalam cerita Laxamana Do Re Mi. Agak-agak la kak nak ambil anak. Sekolah agama tu. Takkan nak legging, ketat tu sampai tertonggek bontot. Dah lah rambut mengerbang macam pontianak Shuhaimi Baba part OneTwo, baju dia pulak...pergghh meruntun Qalbooo bagai Banjaran Andes. Rasa bleh main ski ah kat situ sambil turun bukit....agak-agak ler kak...sekolah agama tu. Siap jalan kucing lagi lintas jalan depan semua ibu-ibu bapak-bapak yang punya anak berbilang-bilang kat sekolah agama tu...huhuhuuhuu...terbelalak mata Pak Aji !!!






Apalah salahnya pakai sopan sedikit...kalaulah taknak tutup aurat pun, tutuplah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan pun dah kira ok dah.

Itu stail ibu...stail bapak lak lagi sempoi. Seluar pendek berpasangan dengan singlet apek. Rantai sebesar sauh kapal ngan bangle setebal rantai basikal. Alangkah bagusnya kalau tutup aurat tak pun tutuplah apa yang ternampak antara pusat dan lutut  Dah habis gaya lah tu. Nasib baik anak belajar agama, harap-harap bila besar nanti dapatlah jugak tolong doakan ibu dan bapak mereka itu.

Tulah senario pakaian ibu bapa yang mengambil anak kat sekolah agama. Tak rasa segan silu langsung dengan ustaz dan ustazah anak mereka kalaupun tak malooo ngan ibu bapa lain yang memandang mereka...ahhh lantaklah . NTAHAPAHAPANTAH !!!!

Raja Beloot : susah sangat ke nak tutup aurat ?

Saturday, February 19, 2011

Qeesah Cinta Loooka !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

http://sibintang.com/images/termenung.jpg

          Bermula sebuah cerita...cinta aQoo dan dia si gadis jelita. Amat bahagia aQoo rasa. Begitu juga dia. Ke mana-mana saja pasti berdua kecuali ke bilik air saja dia taknak ikut bersama. aQoo dan dia sudah bersumpah setia akan kekal bersama walau apa jua rintangannya.

          Namun apakan daya. Panas yang ku harap sampai ke petang, kini hujan yang tiba. aQoo dan dia terpaksa berpisah. Bukan kerana tentangan ibu dan ayah, tapi aQoo terpaksa ke luar negara, 3 belajar demi masa depan yang lebih cerah. Untuk aQoo dan dia juga...


          Maka bermulalah cinta jarak jauh antara aQoo dan dia. Lama kelamaan cinta berjauhan ini membuatkan hati si dia semakin tawar. Dia kesunyian. Katanya lagi dia tak sanggup untuk menunggu aQoo lebih lama. Dia sudah berpunya. aQoo kecewa...cinta oh cinta. aQoo doakan kau bahagia. Walau di hatiku cinta masih tersimpul padu !!!

          Kini aQoo kembali semula setelah 3 tahun berkelana. Setibanya aQoo di sini tiada lain yang ku cari...si gadis jelita. aQoo memberanikan diri ke rumahnya. Salam diberi, terdengar suara yang sekian lama tidak aQoo dengari. Tersentap jugak jantungku. Terpacul wajahnya dimuka pintu...dia terkejut... aQoo kaget. Namun aQoo keraskan hati untuk ku luahkan segala yang terbuku di hatiku selama ini. Kataku, "Sayang kembalilah kepadaku. aQoo tidak pernah dapat melupakanmu. Terimalah aQoo kembali."


          Dia mula menangis. "Maafkan aQoo Loot ! aQoo tidak dapat menerimamu kembali. aQoo sedang bahagia bersamanya." Perghhh bagai halilintar memanah dadaku. aQoo kecewa lagi. aQoo mengambil gitar kapok yang aQoo beli masa belajar kat luar negeri dulu sambil ku katakan padanya, "Sayang...dengarlah lagu ini...aQoo masih sayang padamu !!!

Scorpions Still Loving You 

 

Time, It Needs Time
To Win Back Your Love Again
I Will Be There, I Will Be There ...
Love, Only Love
Can Bring Back Your Love Someday
I Will Be There, I Will Be There ...
Fight, Baby I Fight
To Win Back Your Love Again
I Will Be There, I Will Be There ...
Love, Only Love
Can Break Down The Walls Someday
I Will Be There, I Will Be There.

http://stat.kompasiana.com/files/2010/07/tangis.jpg 

Dia diam...masih dalam sedu tangisannya tadi...aQoo terus berlagu !!!

If We'd Go Again All The Way From The Start
I Would Try To Change Things That Killed Our Love
Your Pride Has Built The Wall So Strong That I Can't Get Through!
Is There Really No Chance To Start Once Again?
I'm Loving You.
Try, Baby Try
To Trust In My Love Again
I Will Be There, I Will Be There ...
Love Our Love
Just Shouldn't Be Thrown Away
I Will Be There, I Will Be There ...

Suara aQoo terus mendayooo-dayooo....

If We'd Go Again All The Way From The Start
I Would Try To Change Things That Killed Our Love
Your Pride Has Built The Wall So Strong 
That I Can't Get Through!
Is There Really No Chance To Start Once Again

If We'd Go Again All The Way From The Start
I Would Try To Change Things That Killed Our Love
Yes I Hurt Your Pride And I Know What You Been Through
You Should Give Me A Chance, This Can't Be The End

aQoo ulangi phrase yg sama…….dia terdiam…walaupun air mata masih mengalir…

I'm Still Loving You ...
I'm Still Loving You ..

          Setelah tamat lagu yang aQoo nyanyikan untuk si dia…tiba-tiba kaluar suara dari bibir mungilnya ," Loot...inginku katakan sesuatu padamu ”, “katakan lah duhai sayang” jawapan ringkas dari aQoo.  "Err…… err…” suaranya perlahan bagai dalam keadaan bersalah… "Katakan lah ... katakan lah Sayang... aQoo sanggup terima segala keputusanmu…” tambah aQoo. Perlahan-lahan bibirnya tersipu maloo. Sambil tersenyum dia berkata," Apa makna lagoo yang kau nyanyikan tadi Loot. Sebenarnya  Loot, sebenarnya....aQoo tak faham Bahasa Inggeris."

Raja Beloot : bak kata Usop HKLBR...itooolah pentingnya English Education !!!

Friday, February 18, 2011

Rasulullah Dan Pengemis Yahudi !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          Masih dalam mood Maulidur Rasul. Hayati dan contohi akhlak Rasulullah berdepan dengan seorang pengemis Yahudi yang buta matanya...
 
http://jannatulwardah.files.wordpress.com/2010/11/islamic_wallpaper_muhammad_green_floral-1ab99wtv0ag0ks080cw8co404-2ob3lob1nvsw4440kcosg0wg8-th.jpeg

          Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

          Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

          Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

http://komunikasi-indonesia.org/wp-content/uploads/2009/10/orang-buta.png

          Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.  Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

          Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

          Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

          Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

          Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.


Raja Beloot : apakah mampooo aQoo bersikap begitoooo !!!

Wednesday, February 16, 2011

Setitis Hujan Dalam Lautan !!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot


http://j0.tagstat.com/image04/a/8b25/007s053mEIB.gif
          
          Hari ini aQoo nak tunjukkan kat kalian satu lirik lagooo yang bagi aQoo amat puitis dan syahdooo ! Ia adalah lirik lagooo Spring yang berjudul "Setitis Hujan Dalam Lautan" dipetik dari album Sampai Hati tahun 1993. aQoo masih mencari-cari lagu dia kat dalam khazanah aQoo tapi tak jumpa...Kalau sesiapa diantara kalian yang mempunyai album atau lagooo ini, tolonglah uploadkan pada aQoo. Sedap lagooo ni wooo...mendalam dan menyentuh hati tentang bandingan diri kita seorang hamba dengan Tuhannya. Kalian bacalah liriknya kat bawah ni....




http://i583.photobucket.com/albums/ss274/PICKLEBRAIN/rain-fall-animation.gif



SETITIS HUJAN DALAM LAUTAN


Aku di ibaratkan hanya setitis hujan
dan engkau seluasnya lautan
jatuh aku ke dasarmu
hilanglah aku di dalam cintamu

Tiada sesuatu yang dapat ku megahkan
setitis hujan dalam lautan
dengan penuh kesedaran
oh segalanya aku serahkan

em..em

"Seandainya ternilai cinta ku,
pasti tak terbayang agungnya cinta Mu
Seandainya aku di terima,
di pantai manapun sanggup ku berada

Seandainya sesaat terleka
lemparlah diriku kemana Kau suka
keranaMu aku relakan
walau pasang surut tidakku peduli
walau hilang duniaku...oh

Aku hanya setitis hujan 
di samping Mu tidak kelihatan
segalanya ku serahkan
kerana cinta aku merelakan


Tiada sesuatu yang dapat ku megahkan
setitis hujan dalam lautan
dengan penuh kesedaran
hilanglah aku di dalam cintaMu

em..em


Raja Beloot : aQoo hanya menurut segala taQdeerMu pada Qoooo !

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah ~ Pt. II

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
Rabiul Awwal menjelang lagi...terkenang kita Rasul pilihan...Nabi Muhammad pemimpin ummat membawa rahmat membawa berkat Nabiul Hadi Rasulillah !!!

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua pembaca. followers dan Facebook Likers !!
http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/nizam/milad.jpg
Hukum Sambutan Maulidur Rasul

          Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. 
          Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw. 
http://sichifuchira.files.wordpress.com/2010/02/selawat-keatas-nabi.gif
    Raja Beloot :  Ya Rasulallah...salamun 'alaik !!

    Monday, February 14, 2011

    Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah ~ Pt. I


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum
    Salam Dari Raja Beloot


    Pengertian

              Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

    Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

              Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
    1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

    2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

    3. Hijrah - Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

    4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

    5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

    6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

    7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

    8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

    9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lag
      i suara azan di negara tersebut.
    Raja Beloot : kenali siapa kita dan ke mana tujuan kita...

    Saturday, February 12, 2011

    HantOO Kak LeeMah BaLik RoooomaH

     

    Hantu Kak Limah Balik Rumah | DVDRip | AVI | 700MB | 200MB Parts | Screen Res:672X368 | Bitrate:1003Kbps

    Language : Malay
    Subtitle : English [IDX Sub]
    Pelakon : Awie, Delimawati, Johan Raja Lawak, Zami Ismail, Man Kadir, Ummi Nazeera, Pekin Ibrahim, Shoffi Jikan, Avaa Vanja, Shy8, Azwan Annuar, Zainuri Misfar, Adam Khalid
    Kutipan Kasar : RM7.90 Juta

    Sinopsis 
     
    Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan. Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ 


     



    DOWNLOAD

    [HotFile] 


    http://hotfile.com/dl/103434037/8cc5bc2/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part1.rar.html

     
    http://hotfile.com/dl/103434600/c488e43/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part2.rar.html

     
    http://hotfile.com/dl/103433300/7a3a9a7/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part3.rar.html

     
    http://hotfile.com/dl/103432247/c3c0d83/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part4.rar.html

    [File Serve] 


    http://www.fileserve.com/file/aDBDnHn/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part1.rar

     
    http://www.fileserve.com/file/weMnWdx/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part2.rar

     
    http://www.fileserve.com/file/ZY8Zcq5/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part3.rar

     
    http://www.fileserve.com/file/uV2gf4B/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part4.rar

    [Rapid Share] 

     
    http://rapidshare.com/files/447084802/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part1.rar

     
    http://rapidshare.com/files/447084718/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part2.rar

     
    http://rapidshare.com/files/447085945/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part3.rar

     
    http://rapidshare.com/files/447085723/Hantu.Kak.Limah.Balik.Rumah.2010.DVDRip.XviD-TeaMarYzs.part4.rar

    [Mega Upload] 


    http://www.megaupload.com/?d=F3NRDE9E

     
    http://www.megaupload.com/?d=RVQFMNNZ

     
    http://www.megaupload.com/?d=R7SPETZD

     
    http://www.megaupload.com/?d=7U0UTELG


    Raja Beloot : download with your own risk...kena mintak izin dengan Mamat Khalid dulu...hahaha

    Friday, February 11, 2011

    Say No To Valentine's Day

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum
    Salam Dari Raja Beloot

              Entry aQoo pasal Valentine'S Day...ini aQoo selongkar dari blog lama aQoo. Usaha untuk mengingatkan dan menyedarkan seluruh remaja Muslim tentang haramnya Valentine'S Day !!!

    http://4.bp.blogspot.com/_aVCzWraNQw8/SZplDEp3fVI/AAAAAAAAAKY/YaTFK67ZB18/s320/1ihatevday.gif

              Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa: “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam“. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam“.

              Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud kuat, aktif, sihat dan seumpamanya.

              Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

    [No%20Valentine.jpg]

    Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine:
    1. Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

    2. Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

    3. Pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
              Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.
    Firman Allah s.w.t:
    “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akanberibadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
    (al-Kafirun ayat 1-6)
    Hadith Rasulullah S.A.W:
    “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Raja Beloot : tapi yang haram tu selalu nampak cantik dan menyeronokkan kan…..

    Dah Solat Ke ???

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum
    Salam Dari Raja Beloot

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkPX8uqRe3N8WHoiu8Pl153btl-iuHyibmwKwvz2QGfrXVHGUQnqbTI13OdMAoOqIaSd4ZOE2vZCo3LZjs47olEtV9TcRZg72P5iPHuqGBTpUCyRgdAScRsrn6MOHa8XUOd6meFDiXQZZ0/s320/dah+solat+ke.jpg
    12 kesengsaraan meninggalkan sholat

    3 kesengsaraan di dunia

    1.tidak diberkati Allah swt setiap usaha dan rezekinya
    2.dicabut cahaya kesolehan dari dirinya
    3.menjadi kebencian bagi orang-orang beriman

    3 kesengsaraan saat mati

    1.merasa sangat haus
    2.sukar keluar ruh dari jasad
    3.mati dengan tidak membawa islam dan iman

    3 kesengsaraan di alam kubur

    1.tidak dapat menjawab pertanyaan malaikat munkar dan nakir
    2.kuburnya sangat gelap dan sempit
    3.kuburnya sangat sempit sehingga tulang rusuk kanan dan kiri bertemu

    3 kesengsaraan saat kiamat

    1.disukarkan hisabnya
    2.ALLAH swt membencinya
    3.di azab dalam neraka



    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6Py_fmCvN2r6vgEFNbtLN2x5jvJPVMVYvoJu64WzTIyVKtZytnXSxu53mgXTd0kCZ_MqVL7QwzQtikr9JMDBGUF-9NGYAnc9nMtuci095vsS5-TXU2hC-3O1e0P6sSsAcDPFb2sBSmA/s1600/20100930-solat.jpg

    Hukuman bagi orang yang tidak solat

    1.subuh= masuk neraka selama 60.000 tahun
    2.zuhur= dosanya seperti membunuh 1000 umat islam
    3.asar= dosanya seperti meruntuhkan ka'bah
    4.maghrib=dosanya seperti berzina pada kedua orang tuanya
    5.isya'= Allah swt tidak redho padanya makan,minum dan hidup di dunia dan berkata
     "keluarlah,cari tuhan selain aku!!" 

    Raja Beloot : sembahyanglah kamooo sebelum kamooo disembahyangkan !!!

    Wednesday, February 9, 2011

    Ntahapahapantah 22 ~ Akhirnya...CintaQoo Beralih Arah !!!

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum
    Salam Dari Raja Beloot

    http://zuharin.files.wordpress.com/2008/03/love-1-2.gif

    Akhirnya CintaQoo Beralih Arah

    Dulu...
    kita sering bersama ke mana saja
    Tak pernah ku lupa kau ku bawa bersama
    beriringan berjalan, kau sentiasa di sisiku
    tak pernah berpisah...

    Janji mu amat indah hingga aQoo terlena
    leka dan longlai dalam pujuk rayumu
    walau aQoo sentiasa sedar
    bukan sekali kau menipu aQoo
    katamu kau terbaik
    bisikmu kau menyayangi aQoo
    namun janjimu tidak kau tepati
    berkali kau membiarkan aQoo dalam kepasrahan
    menanti kau kotakan janjimu
    namun kau tetap begitu
    langkahmu perlahan di saat aQoo amat memerlukan perhatianmu
    namun andai ku kenyangkan poketmu
    barulah kau berlari dalam senyum yang tiada hujung

    http://imanulamiq.files.wordpress.com/2010/05/telah-ku-temukan-cinta-yang-baru3.jpg

    Kini...
    aQoo sudah bosan dengan sandiwaramu
    memerangkap aQoo
    biarlah ku berlepas diri darimu
    jangan kau cari lagi aQoo...

    Ya...aQoo sedang bahagia dengan kasih baru
    amat bahagia, jangan kau ganggu aQoo lagi
    dia langsung tidak sepertimu
    jauh sekali bezanya...
    dia sentiasa tersenyum di saat aku memerlukannya
    begitu pantas dia menunaikan apa yang aQoo minta darinya
    dia tidak suka bersosial sepertimu
    tidak suka keluar rumah...rimas katanya
    lebih baik berkurung di sangkar 
    dari berterbangan berkalang dosa...itu katanya
    lalu tidak pernah dia berjalan bersamaku...malooo katanya
    ku ajak menemui bapaku...biarkan dulu, masih baru
    ohh...berbunga hati aQoo
    bertaman dan berpasu, berkembang mewangi...
    aQoo tidak mahu lagi kehilangan dia...

    Jadi...kau harus mengerti wahai Maxis Broadband
    aQoo dan kau tiada hubungan lagi...
    kerana aQoo sudah pasang Streamyx di rumahku
    dan aQoo bahagia dengannya
    tidak seperti denganmu laju di awal...lembab dihujungnya
    ku ucapkan Selamat Tinggal wahai Maxis Broadband,
    kau lupakanlah aQooo...babai !!!

    Raja Beloot : Ntahapahapantah...sesekali bila aQoo gila !!! Hahahaha


    Tuesday, February 8, 2011

    Abah...Pulangkan Tangan Ita !!!

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum
    Salam Dari Raja Beloot

              Ingin aQoo kongsikan dengan kalian kisah yang berlegar di seluruh maya. Mungkin ada yang sudah terlebih dulu menitiskan airmata apabila membacanya di blog-blog lain, namun tidak ada salah rasanya andai aQoo juga ingin menyimpan cerita ini sebagai khazanah dalam blog aQoo untuk kita sama-sama renungkan apakah kita sudah menjadi ibu atau bapa yang terbaik bagi anak-anak !!! Renungi dan hayati...
    http://nurulism.com/wp-content/uploads/2011/01/img-2876.jpg


    Kisah Si Kecil Ita...

               Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

               Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

               Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

              Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

    ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

    Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
    Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

    http://www.ahmadfuad.com/pics/hulk.jpg

              Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

              Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

              Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

              Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_LF0dkPMcy83Z7KwNtha3GnqCq7WrXFIJxoRGon3gi-z4GxvkanuMLyEyEVzueb5OzMU0tSEyYys47uvxWFMWlmT40hdcy7LMYYOCuLtG7hVKqEUAYrI6_Mv4hDvpyjSekecj1TM0mfk/s1600/16092010350.JPG

              Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

              Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

              Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

             'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

              Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZzN_dGLpbg-tFlG95YiI-PIUfePVC4rKFnKp1HNNGNkhGjxlMfR2pGYvVJjbGGm-q3T1LCYk_9BPhiPNYkWOwGBAQZC-uxfYnJksbqj-WS5ruo98vhI3g33nMBrOxUsIA1JNGY5JduRa7/s320/Anak+Menangis.jpg

              'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

              'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

              Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

              Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

              "Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

    Raja Beloot : tak terkata aQoo...

    Related Posts with Thumbnails


    I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com