Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Tuesday, February 1, 2011

Selamat Hari Wilayah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

Lagu Rasmi Wilayah Persekutuan

          Hari Wilayah di sambut pada 1 Februari setiap tahun.Sambutan tahunan itu, yang bertema ’1Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi’ bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, turut diserikan dengan perarakan kereta antik dan motosikal berkuasa tinggi. Tahun ini Kuala Lumpur berusia 37 tahun manakala Labuan berusia 27 tahun dan Putrajaya berusia 10 tahun.

Labuan

          Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

          Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.  Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXUH5EaoQ7dJGNDI7yp2LC9kjtZ3OO9D5Fv_o18agyM0oyug2QURAz1KPXZCuBUcWDufBh_GDl3ms3bbmHtqej4SGBXahbh1icxzeJWNk8YhWSZLClyO9yyUZ_Mhv5r-2Tittjr5v4lUcl/s320/kualalumpur.jpg
Kuala Lumpur

           Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJCmvHtHRifoEcngSBwfxaZCS0o_cCBlmxdnMAVrMQsuM35izpbONF4IBPnD5ruXHgnLiqeNzYLkjw3eEMpJ7kro3ZyFQRPLZx0jnfsyxDeGY6fVCUZncJsTRt3eBRxovYMVVPlSdgfOvf/s320/putrajaya.jpg
Putra Jaya
     
         Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia sehingga kini. 

           Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan. 

Raja Beloot : Selamat bercuti...aQoo je tak cuti...hahahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com