Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
Akhirnya CintaQoo Beralih Arah
Dulu...
kita sering bersama ke mana saja
Tak pernah ku lupa kau ku bawa bersama
beriringan berjalan, kau sentiasa di sisiku
tak pernah berpisah...
Janji mu amat indah hingga aQoo terlena
leka dan longlai dalam pujuk rayumu
walau aQoo sentiasa sedar
bukan sekali kau menipu aQoo
katamu kau terbaik
bisikmu kau menyayangi aQoo
namun janjimu tidak kau tepati
berkali kau membiarkan aQoo dalam kepasrahan
menanti kau kotakan janjimu
namun kau tetap begitu
langkahmu perlahan di saat aQoo amat memerlukan perhatianmu
namun andai ku kenyangkan poketmu
barulah kau berlari dalam senyum yang tiada hujung
Kini...
aQoo sudah bosan dengan sandiwaramu
memerangkap aQoo
biarlah ku berlepas diri darimu
jangan kau cari lagi aQoo...
Ya...aQoo sedang bahagia dengan kasih baru
amat bahagia, jangan kau ganggu aQoo lagi
dia langsung tidak sepertimu
jauh sekali bezanya...
dia sentiasa tersenyum di saat aku memerlukannya
begitu pantas dia menunaikan apa yang aQoo minta darinya
dia tidak suka bersosial sepertimu
tidak suka keluar rumah...rimas katanya
lebih baik berkurung di sangkar
dari berterbangan berkalang dosa...itu katanya
lalu tidak pernah dia berjalan bersamaku...malooo katanya
ku ajak menemui bapaku...biarkan dulu, masih baru
ohh...berbunga hati aQoo
bertaman dan berpasu, berkembang mewangi...
aQoo tidak mahu lagi kehilangan dia...
Jadi...kau harus mengerti wahai Maxis Broadband
aQoo dan kau tiada hubungan lagi...
kerana aQoo sudah pasang Streamyx di rumahku
dan aQoo bahagia dengannya
tidak seperti denganmu laju di awal...lembab dihujungnya
ku ucapkan Selamat Tinggal wahai Maxis Broadband,
kau lupakanlah aQooo...babai !!!
Raja Beloot : Ntahapahapantah...sesekali bila aQoo gila !!! Hahahaha
wah..
ReplyDeletebermadah.. :)
Hehehe...sesekali merapooo merapik...
ReplyDeleteharap2 disukailah adanya !