Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Tuesday, February 1, 2011

Ntahapahapantah 21 ~ Alhamdulillah...Terima Kasih !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
http://img142.imageshack.us/img142/5485/alhamdulillah.jpg          

           aQoo baru dalam dunia blog. Dan aQoo rasa aQoo belum layak dipanggil blogger. Pasal aQoo tiada arah tertentu dalam berblog. Tiada asas langsung. Blog hanya suka-suka dan ikut-ikutan. Tiada ilmu dan kepakaran apatah lagi kemahiran dan kebijaksanaan. Bahasa un tunggang langgang. Kadang-kadang tiada idea langsung malahan terpaksa ciplak. Ntah tuan tanah marah ke tidak. Asal blog aQoo updated...dah. Bila lah aQoo mampu berdiri atas idea aQoo sendiri dan atas dasar luahan ikhlas dari hati sanubari aQoo.

          Sebenarnya ini adalah blog ketiga aQoo. Yang pertama masih wujud. Nak tengok boleh klik di sini. Yang kedua dah mati. Terdelete angkara tamak haloba. aQoo hentikan blogging kat blog pertama kerana aQoo nak cuba cari income kat Nuffnang. Pastu tamak punya pasal, aQoo register pulak kat Google Adsense. Terus Nuffnang merajuk. Then Google tak approve pun aQoo punya akaun. Pastu aQoo tengok Nuffnang nak cantas aQoo punya income, aQoo try adjust balik blog tu. Last-last tanpa disengajakan aQoo tertekan butang delete blog. Padan muka aQoo.

          Dan inilah yang ketiga, Raja Beloot. Ntahapahapantah. Lahir pada 9 September 2010. Tu pun lepas aQoo dah rasa fed up ngan blog. Tapi oleh kerana bara nafsu masih ada aQoo gagahi juga meneruskan blog ni. Tak ada yang special pun sebenarnya kat blog aQoo ni. Kalian baca pun boring jer. Hari ni datang kat sini tapi besok belum tentu nak datang lagi. Hahahaha...harap-harap datang lah hari-hari walau aQoo tak sempat nak update.

          Selalu aQoo dengki ngan blog orang lain. Selalu aQoo menjelajah ke serata alam buana, baca blog kawan-kawan. Canggih manggih semua. Penuh ketersendirian yang amat sendiri. Jadi cemburu aQoo. Kalau baca blog blogger otai, rasa kecik jer aQoo kat sini. Rasa koman jer blog aQoo. Macam terasa jer diorang ngutuk aQoo..."Eleh, ada hati nak jadi blogger. Orang blog, dia pun nak blog...tapi hampeh !!! " Uwaaa...support la aQoo kawan. Huarghhahahaha !!!

          Namun terima kasih bebanyak kepada semua kawan-kawan yang selama ini banyak memberi perangsang dan dorongan untuk aQoo terus jadi aoo eh salah... untuk terus berblog. Segala yang baik yang ada kat sini ambillah dan sebarkanlah. Mana yang buruk dan silap, maafkanlah aQoo. 

          Ranking terkini blog aQoo di http://alexa.com ialah seperti gambar di bawah.

 

           Raja Beloot pada hari ini 1 Februari 2011 jam 12.41 pagi berada pada kedudukan yang ke 1,058,262 di dunia dan yang ke 7367 di Malaysia. Ok lah tu bagi orang baru macam aQoo. aQoo rasa minggu depan ranking aQoo akan jadi bawah satu juta. Pencapaian yang baik. Hahahahaha lantaklah...arrrggghhh NTAHAPAHAPANTAH !!!!

Raja beloot : aQoo adalah aQoo nyanyi lagu yang rindooo !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com