Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
Istimewa untuk anak-anak muridku yang akan mula menghadapi peperiksaan UPSR esok 21 September hingga 23 September 2010. Hayatilah pesanan terakhir ini setelah kamu semua berusaha dan bertawakkal. Iringilah perjuanganmu dengan doa...
Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
1. Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2. Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3. Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga
yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4. Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada
demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan
menyebabkan otak kurang cekap.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat
dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga
dan melembapkan minda.
6. Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
8. Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan
peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara
yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda
dan melapangkan fikiran.
11. Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada
rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh
dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan
menderhaka dengan ibu apa dan jangan kurang ajar dengan guru.
12. Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan
guru dan rakan-rakan.
15. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan
sebenar.
16. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan
bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan
berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan
ketegangan.
17. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan
sebelum menjelang hari peperiksaan.
18. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan
sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup
untuk menghadapi peperiksaan.
19. Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih
selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan
meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran
pelajar.
20. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat
atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
21. Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar
pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini
amatlah penting.
22. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
23. Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
24. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
25. Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas
yang bertugas.
26. Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang
peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan
tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai
tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi
sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!
27. Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
28. Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul
terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk
satu-satu soalan yang sukar dijawab.
29. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan
mengikut arahan yang dinyatakan.
30. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh
kejayaan selepas bekerja keras.
DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Yang paling utama....Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu, Allahumma zakkirnii maa nasiitu) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh...
Raja Beloot : semoga Allah memberkati kamu semua...Aminn !