Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Thursday, September 16, 2010

Ntahapahapantah - 1 ~ Sebelum Aku Tidur !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

          Sudah larut pagi namun mata belum mahu pejam lagi. Degil betul mata ini. Tak ada apa yang nak aku fikirkan. Tak ada juga yang aku risaukan. Namun masih jugak aku buntu. Kenapa tak boleh tidur ni. Ah biar ah...nanti lepas ni boleh tidur. TAPI....

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-uldB8zB3ItWpcqiqfWmaGTamgU9I47qZKlEL6ohiUin4YGKaoOXIruzLMSSmshHKgeJ_0-Fg4oxCL4_OeULhzY8k2whLrZiaj9ZGBR8iec5TXMzdeLZES5KeF5O3C2a0BoY4hti7G9I/s1600/tidur.jpg
Andai esok aku bangun, pasti mentari akan muncul menerangi kegelapan malam yang beransur pergi...
Apa harus aku ucapkan pada Tuhan ?
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan yang menghidupkan aku setelah mematikan aku dan kepadaNya aku akan kembali !

Aku selak jendela kamar, maka tertamparlah sang bayu ke pipi aku...
Apa harus ku bisikkan pada Tuhan ?
Syukur padaMu Allah, masih memberi aku nyawa untuk terus hidup mengumpul pahala dan bertaubat dari segala dosa !

Aku mandi dan membersih diri...
Apa perlu aku ucap lagi pada Tuhan ?
Jadikanlah aku dari kalangan orang yang bertaubat, jadikanlah aku dari kalangan orang yang bersih dan jadikanlah aku hambaMu yang soleh !
Aku memakai pakaian dan bersiap diri...
Akan aku katakan pada Tuhan...
Ku memohon kebaikan dari kejadian pakaian ini dan jauhkanlah aku dari keburukan dan fitnah kerana pakaian ini...

Tapi aku pakai baju siap-siap ni nak pergi mana. Hari ni kan cuti Hari Malaysia...
Apa yang perlu aku lafazkan ?
Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana menghadiahkan aku sebuah negara yang aman dan sentosa...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA !

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT TIDUR...HAHAHAHA !

Raja Beloot : dapat jugak aku tidur...Bismikallahumma ahya wa amut !

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com