Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Tuesday, September 28, 2010

Wasiat Saidina Ali


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Singgahsana Raja Beloot

http://lh3.ggpht.com/_wUNxt92Phwo/SPClDtNAeBI/AAAAAAAAAWA/P8vxmo2WBdg/s800/syahadat3.jpg

Ucapan Saidina Ali sebagai renungan....
  1. Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.
  2. Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.
  3. Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.
  4. Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.
  5. Peribadi seseorang itu tersembunyi dibawah lisannya.
  6. Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.
  7. Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.
  8. Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.
  9. Tidak ada pujian bersama kesombongan.
  10. Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.
  11. Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.
  12. Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.
  13. Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.
  14. Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.
  15. Tidak ada keperwiraanbagi pendusta.
  16. Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.
  17. Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.
  18. Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.
  19. Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.
  20. Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.
  21. Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.
  22. Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
  23. Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.
  24. Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.
  25. Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.
  26. Ukhwah itu indah JIKA SEGALA-GALANYA KERANA ALLAH
Raja Beloot : janganlah dihiraukan siapa aku...tapi perhatikanlah apa yang aku tuliskan !

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com