Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot
Baru pulang dari Gelang Patah Johor Bharu. Perjalanan melalui lebuhraya PLUS memakan masa lebih kurang 3 jam bila dicampur dengan istirehat di hentian rehat. Menyelusuri lebuhraya ini memberi satu gambaran halus pada aku bahawa kehidupan manusia ini seumpama itu iaitu memandu sebuah kehidupan melalui jalan yang lurus ke satu arah dan destinasi yang tertentu...
Sebelum memulakan perjalanan, perlu diperiksa segala bekal dan kelengkapan. Kenderaan yang akan dipandu juga perlu diselenggara dan diisi minyak yang cukup. Enjin kenderaan bagaikan tubuh badan yang perlu mempunyai kekuatan dan kesihatan untuk mengharungi rintangan di lebuh raya kehidupan. Ia perlu dipandu dengan penuh kesabaran, berhati-hati, tidak gopoh, tidak mengantuk dan sentiasa bertolak ansur dengan pemandu yang lain. Barulah kita akan tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat. Andai kita sambil lewa sahaja dengan menyelenggara dan mempersiapkan diri dan kelengkapan pemanduan kehidupan makan kita mungkin akan ditimba musibah. Mungkin akan berlaku kemalangan ataupun kita boleh menyebabkan orang lain kemalangan. Na'uzubillah !
Lebuhraya juga mempunyai lorong-lorong dan persimpangan-persimpangan yang membolehkan kita menentukan arah kehidupan kita. Ada pemandu yang tersalah masuk lorong atau persimpangan menyebabkan mereka tersesat dan perlu berpatah balik ke pangkal jalan. Ada pemandu yang mencari jalan pintas untuk cepat sampai ke destinasi mereka. Jalan yang mereka pilih itu kadang-kadang betul membawa mereka ke arah yang baik dengan penuh kebahagiaan. Namun ada juga yang tersalah pilih membuatkan mereka lemas dalam kehidupan mereka sendiri dan mengatakan jalan yang mereka ambil itu betul sehingga lupa matlamat asal dan destinasi sebenar mereka. Dan berbahagialah orang yang memilih lorong dan persimpangan yang telah dilakarkan atau sudah ditetapkan panduan dan arah yang sebenar untuk sampai ke destinasi mereka tanpa perlu mencari shortcut atau jalan pintas yang kadang-kadang mengelirukan...
Aku juga menemui hentian rehat dan rawat di lebuhraya. Pemandu boleh menenangkan diri mereka dari penat, mengantuk, haus atau lapar di situ. Ia seumpama hospital yang boleh merawat kita jika kita sakit sebelum kita benar-benar sihat bagi meneruskan pemanduan atau kehidupan. Ia juga ibarat sebuah masjid yang boleh digunakan untuk beribadah kepada Allah dan berdoa semoga selamat di perjalanan. Di situ juga mungkin berlaku perkenalan, persahabatan atau pertemuan semula rakan lama. Segala perkara di situ akan membuatkan kita kembali segar dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan kehidupan...
Begitulah kehidupan. Ibarat memandu di lebuhraya. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada sedih, ada yang laju, ada yang perlahan, ada yang memotong, ada yang salah potong, ada panas, ada hujan, bergaduh dalam kenderaan, bergeseran luar kenderaan dan macam-macam lagi lah. Samalah tu...hidup di dunia dengan memandu di lebuhraya...ahhh NTAHAPAHAPANTAH !
Raja Beloot : kadang-kadang celik sebelah mata, tidur sebelah mata masa memandu !
buat lagu hip hop cikit bang...masyuk nih dgn tjuk nih....too phat...
ReplyDelete