Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Tuesday, September 21, 2010

Menjengah Pintu Peperiksaan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

         
          Istimewa untuk anak-anak muridku yang akan mula menghadapi peperiksaan UPSR esok 21 September hingga 23 September 2010. Hayatilah pesanan terakhir ini setelah kamu semua berusaha dan bertawakkal. Iringilah perjuanganmu dengan doa...

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1.  Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2.  Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3.  Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga  
     yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4.  Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada 
     demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan  
     menyebabkan otak kurang cekap.
5.  Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat 
     dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga 
     dan melembapkan minda.
6.  Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7.  Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
8.  Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9.  Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan  
     peluh.
10.  Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara 
     yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda 
     dan melapangkan fikiran.
11.  Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada 
     rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh 
    dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan 
     menderhaka dengan ibu apa dan jangan kurang ajar dengan guru.
12.  Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13.  Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14.  Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan 
       guru dan rakan-rakan.
15.  Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan 
       sebenar.
16.  Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan 
       bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan 
       berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan 
       ketegangan.
17.  Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan 
       sebelum menjelang hari peperiksaan.
18.  Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan 
       sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup 
       untuk menghadapi peperiksaan.
19.  Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih 
       selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan 
       meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran 
       pelajar.
20.  Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat 
       atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
21.  Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar 
       pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini 
       amatlah penting.
22.  Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
23.  Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
24.  Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
25.  Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas 
       yang bertugas.
26.  Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang 
       peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan 
       tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai 
       tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi 
       sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!
27.  Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
28.  Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul 
       terlebih  dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk 
       satu-satu soalan yang sukar dijawab.
29.  Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan 
       mengikut arahan yang dinyatakan.
30.  Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh 
       kejayaan selepas bekerja keras.


DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Yang paling utama....Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu, Allahumma zakkirnii maa nasiitu) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh...

Raja Beloot : semoga Allah memberkati kamu semua...Aminn !

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com