Labels

Alang2 Singgah Follow La

Tulis Nama Atas Batoo

Saturday, September 25, 2010

Ntahapahapantah - 4 ~ Andai Dapat Ku U-turn kan Masa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Salam Dari Raja Beloot

gambar jam Image

          Menderu memasuki telinga aku lagu dari kumpulan Axl's yang tajuknya Andai Dapat Ku Undur Masa. Nanti aku letakkan videonya kat bawah ni. Sebenarnya aku tertarik dengan tajuk lagu tu. Boleh ke aku undur kan masa ? Atau boleh ke masa tu berundur. Kalaulah boleh, macamana agaknya keadaan dunia ini. Pasti tak akan ada orang yang akan mati. Bila sakit je dia undurkan masa. Bila nak mati je, dia pun undurkan masa. Hehehehe best jugak ek. Kita boleh pilih apa saja yang kita nak supaya berlaku dalam hidup kita. Kalau dah tak suka pada sesuatu, kita bleh undurkan masa pastu kita pilih je sesuatu yang lain. Ataupun bila bulan Syawal dah nak habis je kita undurkan balik masa supaya kita dapat raya sakan berbulan-bulan lamanya. Kahkahkah...

          Aku rasa, banyak orang nak undurkan masa. Mereka seolah macam tak puas hati dengan apa yang mereka lalui dan miliki sekarang. Ada yang menyesal apabila saat mereka pelu memilih antara dua benda, mereka tersalah pilih lalu hidup mereka macam ada rasa terkilan. Mereka merasakan andainya mereka mengambil pilihan yang lain dari apa yang mereka pilih dulu, mungkin kehidupan mereka lebih baik dan bahagia. mungkin saja...tetapi tiada kepastian. Seorang kekasih mungkin menyesal kerana telah meninggalkan kekasihnya dan berkahwin dengan orang lain yang sangkanya akan membahagiakannya. Namun apabila dia kecewa dengan pilihannya dia merasakan tersangat ingin mengundurkan masa untuk kembali dengan bekas kekasihnya yang telah ditinggalkan. Dalam angannya itu dia merasakan akan hidup bahagia bersama bekas kekasihnya. Apakah dia akan bahagia ? Dalam angannya sahaja...Hehehehe....andai dpat ku undurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula, kata-kata dan tingkahlaku ku agar kita dapat seiring di mercu asmara !

          Seorang suami yang merasakan isterinya sudah tak relevan lagi dengan hidupnya, mahu mengundurkan masa dan memilih gadis lain untuk dijadikan isteri walaupun saat ini dah berkilo-kilo tenaga isterinya dikerah untuk masak makanannya, cuci bajunya, beranak untuknya dan dodoikannya. Begitu juga si isteri yang merasa bosan dengan tabiat dan habitat suaminya mungkin mahu mengundurkan masa dan mencari suami yang dirasakan lebih hebat dan dasyat daripada suaminya sekarang walaupun dah berkarung harta suaminya dihabiskan....hahahaha aku pun tak faham !!!!

          Layan ah lagu ni. Kepada sapa-sapa yang masih berangan nak mengundurkan masa, tak payahlah menghabiskan masa berkhayal. Baliklah ke dunia realiti. Masa tak akan dapat dan tak mungkin sekali-kali akan dapat diundurkan. Terimalah kehidupan yang anda ada sekarang. Semuanya sudah diatur dan disusun oleh Allah. Ada hikmah dan rahmanirrahim dalam apa yang telah Allah tentukan. Carilah dan bersyukurlah dengan apa yang telah kamu dapat dan lalui dalam hidup kamu. Ingatlah kalau tak begitu takkan jadi begini..... NTAHAPAHAPANTAH !!!!


Raja Beloot : Kalau dapat undur masa...aku nak letak entry ni dalam blog lama aku....huhuhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com